Tuesday, September 24, 2013

Resolusi 5 Perkara Dewan Ulama Bukti Tahaluf Siyasi Pas haram dan menyimpang?


Saya pernah menulis tentang tahaluf siyasi songsang Pas yang tidak bersandarkan sunnah sebelum ini pada November 2009, melalui artikel 

"Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?"

Saya sebutkan di dalam kesemua peristiwa dalam sirah Rasulullah saw, pengikut Pas telah gagal memahami dengan jelas tentang perkara-perkara berikut;

  • pertama, menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya, tetapi tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh kepada mereka, apa lagi sehingga menggadaikan perjuangannya (seperti yang dibuat oleh Nizar atau yang mungkin dijanjikan oleh pihak tertentu kepada kaum lain dalam hal menentukan kedudukan dan keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan).
  • kedua, dalam konteks Perlembagaan Madinah, pembentukan kerjasama dengan bukan Islam untuk membangunkan sebuah negara bersama-sama adalah atas dasar patriotisme dan kerjasama ini tidaklah sehingga mereka berhak menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin negara atau pemimpin umat Islam (atau menghalang perpaduan sesama Islam?)
  • ketiga, dalam konteks hubungan dengan kafir zimmi dan bukan dengan kafir harbi

Resolusi 5 Perkara Dewan Ulama Pas di bawah jelas menunjukkan Tahalluf Siyasi Pas sudah jauh menyimpang dan bukan sahaja merugikan Pas, tetapi agama Islam dan Ummah.

Baca artikel di bawah tentang Resolusi 5 Perkara Dewan Ulama Pas -

Dewan Ulamak Berikan 5 Perkara Untuk Perhatian Hadi Awang Demi Selamatkan PAS Dari Musnah Jika Bekerjasama Dengan PKR & DAP.

Akhirnya Dewan Ulamak PAS tampil memperincikan asas-asas yang mendorong kepada tercetus resolusi yang mendesak semakan keatas Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP, yang disepakati melalui Multaqa' Ulama' Se-Malaysia anjuran sayap ulamak parti berkenaan, yang diperturunkan seperti berikut:-

1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.

2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR.

3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.

4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.

5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.Kita sendiri dapat melihat bahawa pencerahan 

5 perkara di atas tentunya melalui pengalaman yang telah pun dilalui dan dialami oleh PAS sendiri pada PRU13 yang lalu.Perkara yang dibangkitkan juga adalah mudah difahami dan tidak berkias, serta diketahui ditujukan kepada pihak yang mana.Malah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi.

Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' berkenaan, lapor Harakah Daily. Dengan penjelasan berkenaan, adalah sukar untuk menafikan kewujudan rasa bimbang terhadap penularan anasir-anasir yang tidak Islamik dalam PAS dan anasir ini adalah ibarat anai-anai yang boleh meruntuhkan parti yang membawa imej Islam berkenaan.Tidak mustahil juga ada lagi perkara-perkara yang lebih sensitif dan tidak didedahkan kepada umum, yang dibisikkan oleh Dewan Ulamak kepada TG Hadi Awang dalam menyelamatkan PAS.


No comments:

Popular Posts