Friday, July 5, 2013

JOM tangkap budak yang pecah rumah @KhairyKJ ni

Pecah Masuk Rumah Khairi, 2 Lelaki Di Cari

Muka geng pecah rumah Khairy 

Lakaran supek Pecah Masuk Rumah @Khairykj KBS , 2 Lelaki Di Cari @PDRMsia @1malaysia


Pecah Masuk Rumah Khairi, 2 Lelaki Di Cari | Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan fotofit dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pecah masuk kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara di sini, Sabtu lalu.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, polis telah mengambil keterangan pembantu rumah kepada menteri berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami masih memburu suspek yang terlibat dengan kejadian itu dan melalui lakaran fotofit itu diharap dapat membantu mengesan dua lelaki itu secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Tambah beliau lagi, terdapat tiga kumpulan samun dan pecah rumah, termasuk satu kumpulan warga Colombia, yang giat melakukan jenayah di kawasan tersebut.

“Kami juga giat memburu ahli kumpulan samun dan pecah rumah itu,” katanya.

Rumah Khairi Jamaluddin Di Masuki Perompak

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Khairy dan keluarganya tiada di rumah. Suspek memanjat tembok pagar dan memasuki rumah Khairy mengikut pintu depan yang tidak berkunci. Kehadiran suspek disedari pembantu rumah yang memasuki ruang tamu untuk berkemas.

Ketika kejadian itu, pembantu rumah itu terlihat seorang daripada empat suspek memasuki bilik tidur utama dan menggeledah barangan selama kira-kira 10 minit sebelum mereka melarikan diri dengan kereta Proton Waja.

Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah beberapa unit komputer riba dan jam tangan. Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat berkaitan suspek tersebut boleh menghubungi Hotline Polis KL (Rakancop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. sumber

No comments:

Popular Posts