Tuesday, June 18, 2013

Tun M dah sokong tidak tanding; JOM sokong @NajibRazak, hentikan polemik


Melayu yang bersatu berjaya tundukkan kuasa besar British.
Jangan buang masa, teruskan kerja, pastikan BN menang selesa PRU14. 


Dr. M sokong tidak tanding

Oleh THOMAS CHONG 
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 17 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan sokongan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan di bawah demokrasi tetapi orang ramai tidak begitu memahami fungsi amalan itu.

"Kalau kalah, mereka akan tarik diri dan tubuh parti lain serta memecahkan UMNO. Jika pertandingan diadakan, UMNO akan pecah dua.

"Malaysia sudah ada tiga parti Melayu, akan jadi empat (kalau UMNO pecah) dan lama-kelamaan akan pecah langsung. Sebab itulah saya tak sokong pertandingan. Jawatan lain dalam parti bolehlah dipertandingkan tetapi di puncak tak payahlah bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku The Prisoners' Diaries yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130618/dn_01/Dr-M-sokong-tidak-tanding#ixzz2WVu0Y8kM 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



2 comments:

PASDAPX said...

Sbb apa semua org UMNO kena ikut telunjuk TUN? Bila Tun ckp jgn bertanding baru boleh sokong Najib? Kalau Tun bg isyarat sebaliknya maka perangi Najib?

Mcm ni ke perjuangan UMNO? Siapa presiden skrg? Mahathir sudha dilantik jd MOrsidol AM UMNO ke mcm PAS ada Nik Najis?

Bodoh le org Melayu, smpai Cina dh gigit merata pun masih nk pikir tamak kuasa, jatuh menjatuh. Sehingga Tuhan turunkan bala bencana pd UMNO dn PAS baru kah nk sedar?

So skrg Najib hnya PM boneka? Semua tunggu isyarat TUN? betul lah kata Malaysiakini kalau mcm tu.

Rejim TUn rupanya yg control UMNO, pdnlah KJ dihentam gila2.

Tahniah lah UMNO. smeoga bungkus cepat2.. sama2 lingkup mcm PAS. Dua2 parti Melayu tak guna!!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

pertandingan ni mcm pertandingan tinju, yg lebam2 bukan penonton, tp peninju.

Buat apa nak lebam2 sbb nak puaskan penonton?

u je la yang bertanding kalau berani sgt. ce bagi tahu sapa nama? anak sapa? cawangan mana? anak jantan sgt ke? :)

Popular Posts