Thursday, September 13, 2012

Penggerak UM : Pro-M senada dengan politik pembangkang



Penggerak Sedia Tawan Semula Universiti Malaya #AspirasiMahasiswa


KUALA LUMPUR,12 September - Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya, Marwan Kahar Baharudin menyatakan kesediaan Penggerak Mahasiswa dalam menempuh pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.

Bercakap kepada MyMahasiswa dalam satu pertemuan,beliau juga turut menyatakan bahawa mereka di pihak Penggerak Mahasiswa akan membawa 4 agenda utama seperti tahun sebelumnya."Kami diperingkat Penggerak Mahasiswa akan membawa 4 agenda yang menjadi teras perjuangan kami selama ini iaitu Agama,Ilmu,Perpaduan dan Kebajikan".

Disamping itu juga beliau turut menjelaskan bahawa Penggerak Mahasiswa ialah satu gerakan mahasiswa yang melahirkan mahasiswa yang bertindak mengikut rasional dalam tindakan dan bukannya berlandaskan emosi.

"Perjuangan berlandaskan emosi akhirnya tidak akan membawa kepada apa-apa perubahan.Banyak contoh yang kita boleh lihat pada masa-masa lepas.Kes kalung bunga kepada pimpinan negara semasa demonstrasi mansuh PTPTN serta kes tunjuk punggung semasa malam ambang Kemerdekaan adalah antara contoh perjuangan berlandaskan emosi yang akhirnya hanya akan  menyebabkan mahasiswa dilabel sebagai biadap".

Tambah beliau "Melalui perbincangan dan jalan rundingan,perjuangan dari pihak Aspirasi Mahasiswa Nasional yang sebenarnya memberi manfaat kepada mahasiswa.Contohnya Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) adalah hasil perjuangan dari rakan-rakan kami dari Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang ternyata memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta mahasiswa di seluruh negara".

Ulas beliau lagi "Perjuangan itu bukan sekadar meniti di mulut tetapi ia juga perlu disusuli dengan tindakan yang rasional.Kami diperingkat Penggerak Mahasiswa tidak memilih jalan demonstrasi sebagai wadah  untuk menyampaikan idea , sebaliknya  memilih jalan diplomasi sebagai cara kami untuk menyampaikan idea dan pandangan  kerana kami yakin dengan jalan diplomasi ini, hasrat dan idea kami dapat didengar dengan lebih baik".

Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya turut menegaskan bahawa Pro Mahasiswa jangan bermain wayang dengan mengaitkan Penggerak Mahasiswa dengan politik luar sedangkan selama ini Pro Mahasiswa dilihat sejajar dengan agenda politik luar terutamanya pembangkang.

"Jangan jadikan ini sebagai alasan sekiranya Pro Mahasiswa kalah pada PRK kali ini" ujarnya tegas.

Beliau juga menyeru kepada semua mahasiwa supaya berkumpul pada 15 September ini di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru dalam sebuah perhimpunan Suara Merdeka Siswa yang menghimpunkan pemimpin mahasiswa dari seluruh IPT.

Sumber : 
http://www.mymahasiswa.com/2012/09/penggerak-mahasiswa-universiti-malaya.html


No comments:

Popular Posts