Monday, July 9, 2012

Visual Amuk di JPM - Mengamuk selepas dengar ceramah @abby_abadi112 ?


amukjpm3

Mujurlah kejadian menggunakan pedang samurai. Jika gunakan bom? Mungkin selepas mayat bergelimpangan baru kita boleh tahan pengganas sebegini?

Macam-macam... petang Isnin di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kecoh seketika selepas seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Kejadia amuk tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Utusan melaporkan Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.-9/7/2012 Agenda daily




7 comments:

Anonymous said...

Akibat terlampau banyak mendengar ceramah Pas.

Anonymous said...

artis yang ntah apa-apa latar belakang pelajaran pun boleh jadi ustazah. tu yang hancur. tutup kepala tapi buat fitnah.

Anonymous said...

tutup kepala + bt fitnah = masih ada harapan masuk syurga
tak tutup kepala + bt fitnah= masuk neraka
tak tutup kepals + tak bt fitnah + hati n peribadi mulia = masuk neraka,
mana lebih baik?
hal hukum jgn diperlekehkan, tutup aurat n fitnah adalah 2 perkara berbeza.

Anonymous said...

Pelik, ada kah fitnah lebih kecil dosanya dari tidak menutup kepala? Bagi saya, perwatakan mulia adalah terbitan keimanan. Saya masih ingat TGNA berkata tidak perlu berjubah untuk kita menunjukan kita orang Islam. Saperti orang askar atau polis, walaupun mereka tak beruniform cara mereka berjalan kita dah tahu mereka itu polis atau askar. Begitu juga Islam, tutur kata kita dan tingkah laku kita harus mencerminkan Islam, itu lebih utama kata TGNA. Saya bersetuju dengan Tuan Guru. Btw jangan lah kita terlalu judgemental menghukum PAS sebagai sebab perusuh tersebut, itu akan menimbul fitnah, Wallahuallam

Anonymous said...

salam...kadang2 sedih dengan sikap politik kita...mungkin manusia melakukan kesilapan..tetapi tak perlu menghukum dengan keji. Rasanya tun x perlu mengaitkan abby abadi dalam isu ini. Berbeza politik bukan satu cr menghalalkan perbuatan fitnah...maaf lah..cuma pendapat...elok berlapang dada sahaja..

Anonymous said...

Tulisan ini berbau fitnah

Anonymous said...

tun faisal mana reti menulis..

merapu pandai la..tu la keje dia di KDN..

cek dlm dlm laman wen KDN, dia ni pegawai khas, tapi mentaliti mcm budak sekolah tak abis.malang sungguh ada orang mcm ni sbg pegawai khas di KDN....patutla cacamerba

Popular Posts