Pendedahan Dokumen Ini Khalid - Faekah Makin Panas
http://anginperubahan.blogspot.com/2012/06/pendedahan-dokumen-ini-khalid-faekah.html
7 April 2012, Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor telah merayakan Ulangtahun ke-4 memerintah Selangor. Perayaan penuh mewah bernilai RM1 juta itu diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor.
Jumlah perbelanjaan RM1 juta dalam perbelanjaan sambutan empat tahun tersebut disahkan sendiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Setiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.
Kem Azmin Ali tentunya tersenyum puas melihat satu lagi dokumen tentang pembaziran kem Khalid Ibrahim keluar untuk tatapan rakyat Selangor. Inilah yang dimahukan Azmin untuk menumbangkan terus Khalid dan Faekah secara sekali gus.
RM 180,000 dikhususkan untuk hadiah merekabentuk logo SelangorKu dan RM 220,000 adalah bagi majlis pelancaran logo. Banyak betul pembaziran yang dilakukan oleh kem Khalid sewaktu mentadbir Selangor. Tidak menghairankan kerana sebelum ini kem Azmin telah mendedahkan beberapa perkara yang tidak masuk akal yang telah dibuat oleh kem Khalid seperti di bawah ini.
Nizar tidak mahu tolong Azmin ulas data-data ini?
Kesimpulannya, pertelingkahan antara Khalid dan Azmin akan membocorkan lagi banyak dokumen dokumen untuk mempercepatkan lagi proses agar Khalid tidak tercalon terus dalam PRU13. Inilah yang dimahukan oleh Azmin. Satu sudah kena di Sabak Bernam, satu di Gombak Setia, kini target Azmin adalah di Ijok.
No comments:
Post a Comment