Adakah saudara atau rakan anda menjadi mangsa peserta Bersih? Rakyat berhak marah kepada Ambiga yang menganjurkan acara yang dia tidak mampu kawal. Sebelum mengadakan sesuatu acara penganjur mesti mempunyai senarai semak untuk memastikan keselamatan peserta dan orang awam. Jika tidak mereka sengaja mengambil risiko. Ambiga selaku penganjur demonstrasi ini harus bertanggung jawab kerana gagal memastikan keselamatan penjawat awam dan harta benda kerajaan. Ambiga harus bertanggung jawab atas kehilangan nyawa, kecederaan setiap peserta, orang awam dan penjawat awam. Pada waktu yang sama Ambiga juga mesti bertanggung jawab dan membayar ganti rugi terhadap semua kerosakan harta benda awam dan kerajaan akibat tindakan ganas peserta demonstrasi haram Bersih.
1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAW...AT DI HKL.
2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.
3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.
4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.
6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.
7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.
8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.
9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.
10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
2 comments:
Ini adalah satu pemberontakan:sekarang yang penting apakah tindakan menteri kdn terhadap Ambiga penderhaka tu. kami nak menteri mengambil tindakan yang benar-benar tegas, keras dan betul.
Ambiga penderhaka ni telah mengalirkan darah anggota Polis DIRAJA. ini bermakna telah menghina dan menentang YANG DIPERTUAN AGONG. polis adalah dibawah panji-panji YDA. justeru kami tak mahu KDN bertindak seperti orang dayus. keselamatan majoriti rakyat mestilah sentiasa terjamin. jika kdn takut dengan penderhaka-penderhaka ini bermakna keselamatan kami sebagai orang awam tiada jaminan. mungkin lepas ini ada lagi pemberontakan berlaku. kerana apa ? sebab pihak KDN takut dengan manusia perosak negara. jika tiada tindakan terhadap ambiga diambil secepat mungkin... maka kami majoriti orang awam minta dengan hormat agar Menteri KDN letak jawatan. kami tak mahu orang yang bertanggung jawab dalam keselamatan rakyat terdiri dari seseorang yang mudah dipermainkan.
yang ko post, video pendemo mengganass konon..tapi yg puluhan polis pukul pendemo yg terbaring, tak pula ko pos,,,
yang polis SB berkeliaran menyamar, ada gelang di tangan tak pula ko pos....fb dato zahrain sendiri bocorkan rahsia..nampak sgt ko bukannya nnak cerita kebenaran, tapi nak mengakkan benang basah..
konon polis, wartawan dikasari...
tapi cuba ko teliti berita, wartawan, orang asing yang disepak polis..
dulu2 boleh la suratkhabar, tv nak menipu...sekrg ni di internet, rakyat boleh tau pembohongan umno..
sudah2 la nak membohong pon
Post a Comment