Wednesday, December 21, 2011

Pinjaman Bank Dunia: Bukti Malaysia tolak `rescue package'



Bukti Malaysia menolak Rescue Package dari IMF


Dipetik dari KitaGempur.com


Tun M vs Gay Tua- Fakta World Bank dan IMF yang kita kene faham!!
Written by  beruangsakti font size     Print E-mail Be the first to comment!

Tidak pernah habis memfitnah dan memburukkan kerajaan. Terbaru Anwar memfitnah bahawa Malaysia terikat dengan IMF dan menuduh Tun Mahathir menerima dana/pinjaman dari IMF. Apa yang dapat aku bagitau. Anwar dah lebih nyanyuk dari Nik Ajiz. Mungkin tertekan dengan keadaan sekeliling tambahan pula harapan menjadi PM (Perdana Menteri) Malaysia ditabal di Putrajaya makin berkubur nampaknya. Namun begitu, Anwar tetap masih berpeluang menjadi PM (Penduduk Mastautin) di Penjarajaya. Peluang sentiasa terbuka.

Baiklah, straight to the point. Apa yang Anwar cuba buat adalah untuk mengelirukan rakyat. Mari kita lihat dulu apa perbezaan IMF (International Monetary Fund) dan WB (World Bank).

1 - Kita mulakan dengan definasi ;

Apa itu IMF...??? Bahasa paling mudah yang dapat aku katakan adalah IMF itu kita ibaratkan seperti Ah-Long. Mencekik darah dengan interest yang gaban punya tinggi dan kita boleh diperkudakan oleh kuasa asing ini jika hilang kemampuan membayar semula. Sama la macam ah-long kat Malaysia ni, kalau tak boleh bayar silap-silap nyawa melayang. Tapi IMF pula, kalau tak mampu bayar pula negara yang tergadai.

Apa itu WB...??? World Bank dalam bahasa cukup mudah kita boleh anggap seperti Maybank. Kita boleh pinjam dan perjanjian pinjaman tu macam kita pinjam bank-bank biasa di Malaysia ni. Bezanya di Bank Dunia ni mana-mana negara boleh pinjam dengan nilai yang besarlah. Tapi terma dan syarat lebih kurang macam kita buat loan nak beli rumah atau kereta.

2 - Logo

Mungkin Anwar terlalu tua untuk mengenal logo, tapi tak pe... Aku akan refreshkan balik dan harapnya dia membaca article ini.

Logo IMF macam ni rupanya...

 

Logo WB pula macam ni bentuknya...



3 - Kadar tukaran matawang


IMF menggunakan kadar tukaran SDR


WB menggunakan kadar tukaran USD



4 - Baki Pinjaman IMF (beberapa negara untuk perbandingan)

China (Favourite Anwar yang pertama)


Thailand (Favourite Anwar yang kedua)


Indonesia (Favourite Anwar yang ketiga)

 


Filipina (Tak de kaitan dengan Anwar)


Malaysia (Negara yang paling dibenci Anwar)


Semua printscreen diatas lihat dan focus pada kotak merah sahaja. Kenapa Malaysia tertulis "NONE". IMF silap ke Anwar yang silap ni??? Macam mana ni Malaysia tak hutang pun dengan IMF ni... Ah-Long Dunia ni.. Apsal Malaysia tak ambil hutang dengan IMF... Mungkin Anwar ada jawapan dia...

5 - Baki Pinjaman WB (masih negara yang sama seperti perkara 4 untuk perbandingan)

China (Favourite Anwar yang pertama)


Thailand (Favourite Anwar yang kedua)


Indonesia (Favourite Anwar yang ketiga)


Filipina (Tak de kaitan dengan Anwar)

 


Malaysia (Negara yang paling dibenci Anwar)


Mengikut World Bank Malaysia memang berhutang lagi tetapi terendah antara semua negara-negara yang dibandingkan.

China - USD 20, 551, 938, 450.49
Thailand - USD 66, 938, 249.99
Indonesia - USD 11, 361, 689, 885.98
Filipina - USD 2, 944, 311, 360.16
Malaysia - USD 33, 333.34

Sikitnya balance hutang Malaysia pada WB tak macam negara-negara bandingan yang lain. Hanya USD 33, 333.34 manakala negara bandingan yang lain berjuta-juta USD. WB yang silap atau Anwar yang silap ni??

Di atas tadi sebaik mungkin aku cuba menerangkan kepada semua agar semua memahami pembohongan Anwar yang dilaporkan. Semudah mungkin ayat yang digunakan agar budak-budak yang tak lahir dizaman kegawatan ekonomi (Economy Crisis Late 90's).

Mungkin budak-budak yang masih hingusan atau belum lahir pada tahun 1997-1999 boleh dibohongi Anwar tetapi tidak kepada mereka yang merasai kehilangan kerja, kehilangan perniagaan dan kesusahan zaman krisis ekonomi itu. Jika Anwar nak menipu pun, biarlah cerdik sikit supaya tidak nampak terlalu bodoh sangat.

Kami semua faham, mana mungkin penuntut UM jurusan Sastera Melayu seperti Anwar dapat memahami hal-hal berkaitan ekonomi dan trouble shoot untuk permasalahan ekonomi.

Negara tercinta kami ni hampir sahaja digadai oleh Anwar pada ketika itu. Jika tidak kerana Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai pemikiran analitikal dan strategi menambat matawang negara didalam negara dan bail-out, mungkin Malaysia dah lama menjadi hamba abdi IMF. Malaysia bertuah kerana memiliki mantan-mantan PM yang bijaksana dan PM hari ini juga cukup bijak dalam memacu ekonomi dalam transformasi ekonominya yang pesat berjalan bagi menyambung Wawasan 2020. Kini hutang negara kepada WB tinggal USD 33, 333.34 kalau convert kepada matawang negara kurang dari RM 130 ribu. Dan Malaysia bebas hutang dari Ah-Long IMF.

Rakyat Malaysia... nilaikanlah... kalau aku membebel panjang pun tak guna.. Pada yang "budak-budak" lagi tu, sila tanya orang tua korang pasal Krisis Ekonomi 1997-1999. Mereka ada jawapannya. Percayalah mak bapak korang dan bukannya percaya kepada Al-Juburi Al-Liwati...

6 comments:

Anonymous said...

Nampak sangat nak bohong / tipu / mengelirukan rakyat. Tak usah tipu lagi le. Dah sedo dah.

Anonymous said...

benda ni takkan disiarkan di malayskini..yang bangsatnya puok2 pkr ni dah cuci and wash and drain and sidai otak2 kebanyakan rakyat malaysia utk tak bc blog pro-kerajaan, jgn baca newspaper, jgn tgk tv1,2,3..sume jgn tgk..dgr ckp diorang ja..ptuih demokrasi..Allah, selamatkanlah negara Malaysia ini.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

itu sememangnya cara PR memperbodohkan pengikut. dulu masa sekolah dan uni, org2 Pas selalu pesan jgn tengok tv, dengar radio dan baca paper, semuanya lagho, fitnah dan banyak hiburan; hanya baca harakah; tp sbnarnya salah satu cara utk mereka terus memperbodohkan pengikut mereka.. lebih bodoh, nampak lebih PR :)

mya.aleeza said...

mohon share diblog..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

mya.aleeza

Sama-sama kita sebarkan kebenaran dan tangkis pembohongan PR :)

ROSLIZA ZAIDI said...

Saya membawa kabar baik kepada anda semua warganegara Malaysia di platform ini, ALLAH telah benar-benar setia kepada saya dan seluruh rumah saya telah selamat sejak Mei 2019, kesaksian saya dan berita baik saya seperti ini, Nama saya Rosliza Binti Mohd Zaidi, saya tinggal di blok No 49 B 2 Felda Semencu 81900 Kota Tinggi Johor, saya seorang pemasar dan penasihat perniagaan di syarikat yang saya bekerja, Suami saya dan saya ingin menggunakan platform ini untuk memaklumkan semua ini. Platform ini adalah untuk mereka yang memerlukan dan mencari pinjaman yang ikhlas untuk berhati-hati kerana internet dan blog penuh dengan syarikat pinjaman palsu dan penipuan yang hanya di sini untuk merobek anda dari wang susah payah anda.

Suami saya dan saya berada dalam hutang besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman dalam talian untuk membayar hutang kami dan kami menghubungi syarikat pinjaman dari Singapura yang pada Disember 2018, dan kami ditipu oleh pemilik syarikat dengan meminta kami untuk Bayar banyak bayaran yang kami bayar dan akhirnya kami tidak mendapat pinjaman, kami kehilangan kira-kira RM7,685 kepada sebuah syarikat pinjaman palsu di Singapura kerana kami memohon pinjaman sebanyak RM 250,000 dan dengan semua yuran yang kami bayar, kami tidak mendapat pinjaman dan suami saya dan saya sangat kecewa dan saya dipecat dari pekerjaan saya di syarikat tempat saya bekerja kerana saya juga mengambil pinjaman dari syarikat yang saya bekerja dan kita bangkrut dan bosan dengan kehidupan.

Kami berdoa kepada ALLAH untuk bantuan ilahi dan ALLAH mengarahkan kita kepada seorang hamba dan pada hari yang setia ini 20 Mei 2019, saya sedang melayari internet apabila saya dapat mencari keterangan seorang wanita dengan nama Fadzilah Binti dari Alor Setar, bagaimana ALLAH menukar kehidupan kewangannya melalui syarikat pinjaman yang dia minta saya menghubungi Puan Gonzalez dan dia memperkenalkan saya kepada Puan Mariela Gonzalez dan dia memberi saya keberanian dan saya memohon pinjaman dari Puan Mariela dan akhirnya dia membantu saya mendapatkan pinjaman di syarikat dan saya mendapat jumlah yang tepat saya memohon dan saya sangat gembira.

 Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya bahawa jika anda memerlukan pinjaman tulen asli dan ingin mendapatkan pinjaman cepat pada kadar faedah 2%, sila mendaftar melalui Puan Mariela Gonzalez melalui e-mel: (marielagonzalezloan@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini, (roslizamohdz@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

ALLAH memberkati kamu semua!
Terima kasih.

Popular Posts