Tuesday, October 18, 2011

Pas sanggup berhimpun untuk Ambiga, tidak untuk Islam? #balaciSosialis


[Nota: Nampaknya Pas memang sudah semakin terpesong. Bermula dengan tidak berani mengotakan janji untuk menutup kilang arak dan premis maksiat di dalam negeri Selangor, kebaculan Pas menjadi-jadi sehingga dapat dikeldaikan oleh Pakatan Sosialis, `syaitan' yang menjadi sahabat perjuangan Pas. Terkini Pas mempersoalkan Himpunan Sejuta Umat Islam. Suka kita ingatkan umat Islam Malaysia, pihak yang tidak suka dan benci akan perpaduan Islam ini hanya tiga - pertama, yahudi zionis, kedua musyrikin dan ketiga, munafiqin. Jadi fikir-fikirlah Pas ini dalam golongan mana.

Kedua - menyokong Pas tidak mungkin membawa kepada penegakan Islam sebab strategi Pas tidak membolehkan mereka menegakkan apa-apa hukum Islam termasuk hudud. Pas hanya bertanding di 60 daripada 222 kawasan Parlimen. Jika mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud, bertandinglah sekurang-kurangnya untuk 2/3 majoriti atau paling tidak untuk simple majoriti. Jika inilah strategi Pas, maka tidak hairan lah mereka akan terus diperkudakan Pakatan Sosialis dan akan besubahat untuk menegakkan sebuah Negara Sosialis, bukan Negara Islam.]


Dipetik dari blog MyMassa

Kenapa PAS Selangor Bacul Sangat?


Sejak kepimpinan PAS Selangor bertukar tangan dari Datuk Dr. Hasan Ali kepada Dr. Rani, kehadiran PAS di Selangor makin tak dirasai.

Jika di bawah pimpinan Hasan Ali, PAS Selangor garang menegur kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang. Oleh kerana terlalu garang dan menimbulkan rasa tak disenang DAP yang memang anti Islam, Hasan Ali telah disejukbekukan. Oleh itu si bacul Dr Rani dilantik untuk mengurangkan keagresifan PAS Selangor.

Bila membaca akhbar Sinar hari ini, timbul persoalan dalam kotak minda MyMassa, adakah PAS ini parti Islam atau parti Kristian? Mengapa semasa perhimpunan BERSIH yang memperjuangkan demokrasi, PAS sanggup turun berhimpun tetapi dalam perhimpunan yang mempertahankan akidah, PAS pula yang persoalkan perhimpunan tersebut.

Kalau bacul sangat DAP pun, janganlah sampai nak persoalkan perhimpunan ini. Sudah tiba masanya PAS gugurkan perkataan Islam dalam nama parti mereka kalau akidah umat Islam pun mereka tak mampu nak pertahankan.

*Banyak sangat makan 'nasi kangkang' Teresa Kok, macam nilah jadinya. Sampai nak pertahankan akidah pun dah tak mampu nak buat. Apa lagi berjihad di jalan Allah.

3 comments:

Anonymous said...

Pejuangan Pas dah hancur, kerana politik dan undi, Pas sanggup jual agama dan akidah umat islam..
Ambiga/puak Dap kafir yg meyokong murtadnya umat islam disanjung/dipuja tanpa berbelah bagi... tp utk memberi sokongan Perhimpuna sejuta umat demi akidah umat islam, nak bersuara pun takut.
Itu semua kerana politi/undi.
Berjuanglah kerana Allah, bukan kerana politik dan undi dari org kafir .

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Pas dah jadi tikus almari dan balaci sosialis :)

Anonymous said...

Nasib baik ketua pemuda PAS wilayah bg ucapan...tertanya2 juga mana perginya at least ketua cawangan UMNO,tak berucap ke?hehehe...UMNO ckp ada 400 ribu ahli.Xkan xde bas nak sponsor kot?hehehe

Popular Posts