Wednesday, October 5, 2011

#Bersih PR tipu lagi. Dakwaan tembakan gas pemedih mata dalam Hospital Tung Shin tidak benar!



Liew Chin Tong
IGP denies tear gas was fired into hospital. I was there to testify that tear gas was indeed fired into Tung Sen hospital.

LIM Swee Kuan 林芮光
IGP denies water cannon was fired into Tung Shin Hospital? See this picture! #Bersihhttp://lockerz.com/s/118529645

@ police moved frm Pudu Bus Stand towards Magnum n turned towards Tung Shin facing us n fired. Was clear cans went in2 TS too.

Ferdinand Pereira
I saw it with my own eyes em police/ FRU shooting tear gas into Tung Shin Hospital. Don't you fckin dare say otherwise!! #bersihstories

RT @: #bersihstories sum heroes 8 d Tung Shin attack ran at d canisters, wrapped them in wet towels & threw them in2 d drain. F epic!

Police is firing tear gas into Tong Shin maternity hospital where demonstrators are seeking refuge @ #Bersih

#bersih Patients at Tung Shin Hospital affected by Tear Gad fired INTO the hospital

Keadilan Daily
Seorang peserta dilapor patah kaki di hadapan Hospital Tung Shin.

Polis sdg giat mlpaskan gas pemedih mata dan air kimia tanpa belas kasihan di jalan pudu berdepan hospital bersalin cina. #bersih @

Guan Sin / pratamad
Rpt:Police startd entering grounds of tung shin. W were on d road. Nw in chinese matrnty hosp. Cops ran in w batons. #BersihRepressed

“@: Police fired at least 10 shots to disperse crowd at pasar seni even though crowd x advance. Retreating calmly.” #bersih

Keadilan Daily
kira-kira 500 terperangkap di Jalan Pudu, dekat Hospital Tung Shin.

Puduraya: Police treatment of protestors is increasingly harsh. Some are dragged on the road, one bleeding from head. bit.ly/RDOTC

Bersih 2.0 Update: Police have started spraying water cannons and tear gas on protesters in Pudu, after confusion… http://fb.me/K5xJ0w0v

Insider
BERSIH – 10 FRU trucks moving on Jalan Pudu near Tung Shin hospital while police arrest several men near the hospital.

Insider
BERSIH – Riot police march against Bersih crowd near Tung Shin Hospital.

[Note: Baca tweet di bawah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tweet seperti ini, seperti tweet `kematian' berulang kali Suhardi hanyalah gimik murahan untuk membakar emosi rakyat bagi menjayakan agenda kotor perhimpunan haram Bersih. Hati-hati dan jangan tertipu sehingga menjahanamkan negara hanya kerana permainan emosi, fitnah dan pembohongan!]

KENYATAAN AKHBAR
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LAPORAN JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAKWAAN INSIDEN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA &
SEMBURAN AIR DI HOSPITAL TUNG SHIN,
KUALA LUMPUR –
PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 (9 Julai 2010)


YB Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM, pada 14 Julai 2011. Ekoran daripada itu, maka pada 15 Julai 2011, jawatankuasa ini telah ditubuhkan di peringkat Kementerian.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya dianggotai oleh seramai enam (6) orang pegawai pengurusan peringkat tertinggi dan pegawai kanan Kementerian, seperti berikut;

a) YBhg. Datuk Kamarul Zaman b. Md. Isa
Ketua Setiausaha, KKM

b) YBhg. Dato’ Dr Hasan b. Abd. Rahman

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, KKM


c) YBrs. Tuan Mohamad Fazin b. Mahmud

Penasihat Undang-Undang, KKM

d) YBrs. Dr Ahmad Razid b. Salleh

Pengarah, Bhg. Amalan Perubatan, KKM

e) YBrs. Dr Wan Mazlan b. Mohamed Woojdy

S/Usaha, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), KKM

f) YBrs. En. Zailani Hj. Hashim- Setiausaha

Ketua Komunikasi Korporat, KKM


Matlamat utama penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyiasat secara teliti dan mendalam mengenai dakwaan terhadap wujudnya semburan air (water-cannon) dan tembakan gas pemedih mata (tear gas), ke arah Hospital Tung Shin (HTS) semasa berlakunya insiden perhimpunan haram oleh kumpulan BERSIH 2.0, pada tarikh 9 Julai 2011 (Sabtu) lalu dan juga kesannya jikalau benar dakwaan tersebut.

Kaedah siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini adalah melalui pengumpulan maklumat/input secara primer (primary input), input sekunder (secondary input), sesi perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi HTS sesi lawatan ke lapangan (site-visit) dan sesi inkuiri yang dijalankan terhadap tujuh (7) orang (enam orang kakitangan dan seorang doktor perubatan yang bertugas di HTS sebagai saksi (eye-witness), terhadap dakwaan insiden berkenaan.

Selain daripada itu, jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, bagi tujuan penyediaan “Laporan Interim” dan seterusnya “Laporan Akhir”, mengenainya.
Terma rujukan (TOR) jawatankuasa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Sama ada benar atau tidak berlakunya insiden seperti didakwa ;

b) Sama ada insiden tersebut telah memberikan impak dari aspek keselamatan kepada in-house patient di HTS yang boleh menjurus kepada gangguan emosi, (emotional disturbance) kecederaan fizikal (physically hurt) , traumatic dan seumpamanya, pada hari kejadian berlaku ;
c) Sama ada telah berlaku sebarang kerosakan fizikal terhadap mana-mana bahagian bangunan atau premis HTS ekoran daripada insiden tersebut ; dan

d) Sama ada berlaku sebarang situasi ‘kacau-ganggu’ (disturbance) kepada kelancaran bekerja terhadap pengamal-pengamal perubatan (medical practitioners) dan seluruh pihak pengurusan di HTS pada hari kejadian dilaporkan berlaku.

Berikut adalah penemuan (findings) hasil siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM;

a) Berlaku semburan air (water-cannon) oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama HTS (Lampiran I) ;

b) Berlaku tembakan gas pemedih mata (tear gas) dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan HTS (Lampiran II); dan

c) Berlaku lontaran ‘bom asap’ oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital) pada 9 Julai 2011(Lampiran III).

Secara amnya, telah berlaku semburan air (water-cannon) oleh anggota PDRM ke arah kawasan hospital di mana penunjuk perasaan (demonstrators) sedang berkumpul. Sungguhpun demikian, tindakan oleh anggota PDRM tersebut adalah semata-mata untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS.

Dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata kedalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.

Berhubung dengan insiden lontaran bom asap, siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) semenjak bulan September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya, yang akan bermula pada bulan Disember 2011. Sungguhpun demikian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian ini dan telah membawa perkara ini ke perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk diambil tindakan yang sewajarnya terhadap anggota PDRM yang terlibat (melakukan lontaran bom asap), bagi tujuan memastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.

Berikut adalah penemuan (findings) berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini dari aspek ‘impak’ mengenai dakwaan insiden tersebut, iaitu:

a) TIADA sebarang aduan rasmi telah dibuat oleh mana-mana in-house patient, ataupun ‘penjaga’ kepada in-house patient ataupun ‘pelawat’ kepada in-house patient kepada pihak pengurusan HTS, terhadap sebarang kecederaan, ‘kacau-ganggu’ (disturbance) ataupun traumatic, ekoran daripada insiden pada 9 Julai 2011;

b) Akibat daripada rempuhan oleh para penunjuk perasaan (demonstrators) maka berlaku kerosakan kepada pagar di sebelah tempat parkir kenderaan HTS; dan

c) TIADA sebarang gangguan berlaku terhadap operasi dan pengurusan di HTS pada hari berkenaan.


DATUK KAMARUL ZAMAN BIN MD ISA
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-fired-tear-gas-broke-rules-in-tung-shin-incident/

tu la. baca dulu sebelum tulis, buat malu org melayu je. dah makan duit haram UMNO mcm ni la jadinya. pemikiran cetek. bodoh punya melayu

Anonymous said...

baca kenyataan tu, jangan nak bohong spanjang masa.

Popular Posts