Friday, September 9, 2011

@HishammuddinH2O - Tun M ada asas. ISA bukan untuk Mat Sabu #marxsabu


Biarkan Mat Sabu terus bercakap....


6P adalah salah satu program untuk mewujudkan sistem pemantauan warga asing, pergerakan mereka dan sebagainya secara cekap. Apabila data yang diperolehi lengkap, maka kita tahu di mana mereka bekerja dan sebagainya.

Sebanyak 14 kementerian dan agensi yang terlibat di dalam sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh TPM untuk proses ini. Ia juga melibatkan Hubungan dengan negara berkaitan - sumber dan destinasi. Kerjasama amat penting dan kita telah wujudkan hubungan ini.

Ramai lagi orang kita yang tidak rasa isu pemerdagangan orang ini serius, sehinggalah bila ia menjejaskan hidup kita secara langsung. Kita tak boleh biarkan ia berlaku. Tindakan perlu diambil mulai sekarang.

Tentang undang-undang sedia ada - Malaysia mungkin salah satu dari negara yang terawal melihat dan menangani isu ini secara holistik.

Sistem dan integriti penting. Pegawai kita mesti faham ini merupakan satu agenda yang besar dan utama. Soal pelarian - NGO, badan antarabangsa perlu adil dan jangan jadi talam dua muka.

Dalam kes rakyat kita yang ditahan di Guantanamo, ditahan tanpa bicara sejak 2002 - tapi kenapa itu tidak diperkatakan dan diperjuangkan (oleh NGO)?

Tindakan negara kita boleh menjadi contoh kepada negara lain. Kita serius dan membuat tindakan secara kreatif.

(Ditanya mengenai ugutan bunuh (peluru)) Jika ia benar ada kaitan dengan soal human trafficking, its not impossible kerana apabila kita ganggu mereka, mereka merasa terancam. Kita kena bersedia untuk berhadapan dengan risiko.

(Apabila ditanya mengenai Mat Sabu) Orang marah. Saya dengar apa Tun Mahathir kata - biar Mat Sabu terus bercakap; rakyat boleh menilai dan melihat siapa di belakang mereka. Ada yg mahu kita ambil tindakan termasuk ISA. Saya nak kata bahawa ISA adalah untuk tindakan yang menjejaskan keselamatan seperti Tamil Tigers, Al-Qaeda dan sebagainya.

Mat Sabu ni politikus, kalau nak guna ISA, pandangan Tun M ada asas. Dia tuduh Dato' Onn kerani British, ejen British dan sebagainya. Kenyataan Mat Sabu ini juga telah menimbulkan kemarahan anggota tentera dan polis yang banyak berkorban. Tan Sri Samsuri dan Tun Hanif dah bersuara.

Kita juga dapat melihat kemarahan terhadap kenyataan Mat Sabu tidak berkisar kepad kaum atau agama tertentu. Semua timbulkan perasaan mereka cukup marah dengan apa yang dibuat. Mana role parti lain dlm Pakatan?

Pengajaran - kita tak boleh pinggirkan sesiapa. Kita jgn lupa sejarah. Akademia, bekas polis, silent majority yang sudah mula bangkit. Apa yang disebut oleh Mat Sabu tak dibuat atas asas rasional.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts