Saturday, August 20, 2011

#PenipuRakyat: Tony si Penipu? Bahagian 3





Selepas kembali ke Malaysia dari Singapura, Tony Pua telah menubuhkan sebuah syarikat IT yang dipanggil Cyber Village Sdn Bhd ("CVSB"). Beberapa syarikat yang kusut terikat dengan Tony Pua di mahkamah adalah syarikat seperti Berjaya Group Berhad dan Ericsson Business Consultancy (M) Sdn Bhd.

Sekitar tahun 2000, syarikat Tony Pua CVSB memeterai perjanjian dengan syarikat yang dipanggil MY2020.Com. Perjanjian itu dikenali sebagai "Web-Enabled E Procurement Hub Design and Development 26/6/2000" atau secara ringkasnya "Perjanjian E-Hub".

Menariknya, 55% pemilikan MY2020.Com dimiliki oleh Berjaya Group Berhad.

Pada waktu yang sama, 35% pemilikan MY2020.Com dimiliki oleh MOL.Com Berhad - sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam perniagaan IT dan juga merupakan sebuah syarikat berkaitan Berjaya Group Berhad.

Dalam kontrak ini, CVSB dan Tony Pua sebenarnya perlu menyediakan kepakaran yang kononnya mereka punyai dan ketahui bagi mereka-bentuk dan membangunkan sebuah laman web untuk dijadikan sebagai Hab E-Perolehan, yang pada awalnya bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan bagi Syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Berjaya.

Di bawah perjanjian ini, CVSB dan Tony Pua akan menjadi pembekal untuk reka bentuk laman web dan membangunkan platform Hub E-Perolehan yang perlu boleh berfungsi sepenuhnya dalam masa 14-minggu dari tarikh perjanjian itu ditanda tangani. Jumlah jumlah kontrak bagi Hub E-Perolehan ini adalah sebanyak RM2, 595,000.00.

MY2020.Com akur kepada tawaran yang dibuat pada awalnya – dan telah membayar sehingga 75% daripada nilai kontrak keseluruhan.

Walau bagaimanapun MY2020.Com enggan membayar baki sejumlah RM498,750 bagi menyiapkan projek ini 100% dan retention sum sebanyak RM142, 500.00.

Alasan kenapa MY2020.Com enggan membuat pembayaran adalah kerana CVSB dan Tony Pua dengan jelas telah menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek ini apabila gagal menyiapkannya dalam tempoh 14 minggu seperti yang dikehendaki.

Malah pada kiraan sebenar, CVSB dan Tony Pua telah mengakibatkan kelewatan kira-kira selama 1.5 (satu setengah) tahun !!!!!

MY2020.Com membuat begitu banyak aduan kepada CVSB dan Tony Pua bagaimanapun semua aduan ini tidak dijawab.

Bukannya mahu bertanggungjawab dan membantu MY2020.Com menyelesaikan masalah, sebaliknya CVSB dan Tony Pua mengeluarkan pula invois jumlah tertunggak!

MY2020.Com enggan membuat pembayaran memandangkan kerja-kerja di bawah perjanjian masih belum selesai 100% dan E-Perolehan langsung tidak berfungsi!! Terdapat begitu banyak aduan daripada pengguna hab dan pengguna juga menarik diri dari CVSB dan sistem Tony Pua yang tidak berguna itu.

Ini kemungkinan besarnya benar kerana sudah pasti Kumpulan Berjaya mampu membayar CVSB dan Tony Pua jika sistem ini telah disiapkan.

Lebih memburukkan keadaan, CVSB dan Tony Pua telah mengeluarkan SATU LAGI invois!!

Invois ini dikeluarkan kononnya untuk kerja-kerja tambahan yang didakwa dilakukan oleh CVSB dan Tony Pua.

Jika seseorang memeriksa nota-nota prosiding perbicaraan di mana CVSB dan Tony Pua telah menyaman setiap pengarah dan pemegang saham MY2020.Com secara peribadi, terbukti bahawa CVSB dan Tony Pua tidak dapat mejelaskan kewajaran kadar sebanyak RM800 sehari untuk kerja-kerja tambahan ini dikenakan.

Mengejutkan tetapi benar! Keluhuran `nilai teladan’ Tony Pua ini rupanya datang dengan harga yang dikenakan dengan sewenang-wenangnya dan kliennya dibil untuk ini.

MY2020.Com menyatakan kepada CVSB dan Tony Pua bahawa "kerja-kerja tambahan" atau "perubahan" yang dibuat bukan kontraktual kerana ia tidak dipersetujui oleh MY2020.Com.

Bagaimanapun, CVSB dan Tony Pua kemudiannya telah menyaman MY2020.Com.

Walaupun banyak pertikaian fakta dan aduan MY2020.Com bahawa sistem Hub E-Perolehan yang dibangunkan oleh CVSB dan Tony Pua adalah satu kegagalan total, namun CVSB dan Tony Pua telah memohon untuk mendapat ringkasan penghakiman terhadap MY2020.Com.

Walaupun pembelaan MY2020.Com kukuh, entah bagaimana CVSB dan Tony Pua masih berjaya menang di Mahkamah Tinggi.

Jelas sekali ini adalah keputusan yang salah kerana semua orang tahu bahawa apabila terdapat banyak pertikaian fakta, PERLU ADA PERBICARAAN!!! Satu-satu pihak tidak boleh begitu mudah menang melalui ringkasan penghakiman yang hanya dibuat melalui afidavit.

MY2020.Com kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan keadilan.

Bagaimanapun CVSB dan Tony Pua yang pengecut dengan liciknya telah menyebabkan MY2020.Com gulung tikar sebelum rayuan MY2020.Com didengar oleh Mahkamah Rayuan!

Adakah ini apa yang Tony Pua panggilan keadilan ???????

Membunuh seorang lelaki apabila dia jatuh??

Dia perlu belajar bagaimana untuk berdiri dan melawan sehingga penghujung kes dan bukannya membunuh seseorang atau dalam hal ini syarikat yang hanya melaksanakan hak mengemukakan rayuan yang tidak boleh dipersoalkan.

Bahagian yang terbaik dalam urusan kotor ini adalah bahawa MY2020.Com pada mulanya melibatkan pakar-pakar dari Singapura untuk mengilhamkannya pelan perniagaan dan menasihati syarikat, sejauh mana usaha ini boleh berjaya.

Pakar-pakar Singapura mengesahkan bahawa usaha itu akan berjaya asal sahaja terdapat sebuah syarikat yang berwibawa mencipta sistem Hub E-Perolehan yang dapat digunakan dalam masa 14-minggu.

Oleh itu, adalah jelas bahawa `kematian’ MY2020.Com bukan kerana syarikat mempunyai idea perniagaan yang buruk. Sebaliknya MY2020.Com mati kerana CVSB dan Tony Pua telah gagal untuk melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik!!

Disebabkan itu Tony, hentikan sikap menuding jari kepada pihak lain dan cermin diri sendiri terlebih dahulu!

Jika anda tidak dapat melaksanakan tanggung jawab sewaktu berada di dalam perniagaan bagaimana anda boleh menunaikan amanah ini jika berada di dalam Kerajaan?

Malah, jika anda berada dalam Kerajaan, Kerajaan akan menghabiskan separuh daripada hayatnya di mahkamah melawan perniagaan tulen kerana "Tony - itu sajalah perkara yang boleh anda lakukan dengan baik!"

No comments:

Popular Posts