Akhirnya golongan pengacau yang diketuai Ambiga terpaksa berundur ke dalam stadium. Ini adalah satu kemenangan kepada rakyat Malaysia yang tidak ingin golongan pengacau ini membuat kekacauan di jalanan sehingga menyusahkan mereka, menyebabkan rakyat dan negara ini hilang pendapatan dan mengakibatkan maruah dan imej negara tercemar akibat anarki yang dicetuskan.
Apapun keputusan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri, ia tidak menafikan beberapa fakta mengenai Ambiga dan golongan pengacau Bersih;
- Bersih adalah pertubuhan haram
- Aktiviti yang dianjurkan juga haram sehingga mendapat permit
- perbuatan mewujudkan keadaan kucar kacir, mendatangkan mudarah dan kepayahan kepada rakyat, menyebabkan rakyat dan negara kehilangan pendapatan, mencemar imej dan maruah negara, menghilangkan keyakinan pelabur terhadap negara adalah haram
- perbuatan menyokong dan ingin menghidupkan semula ideologi komunis adalah haram
- penyokong golongan pengacau Bersih berimamkan seorang pemurtad umat Islam
- Bersih adalah penipuan politik
Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, pada pandangan saya, tidak wajar pun Ambiga diberi permit untuk berhimpun kerana;
- ia adalah pertubuhan haram
- tuntutan mereka langsung tidak meyakinkan dan telah dijawab oleh SPR
- Ambiga telah berjumpa dengan DYMM Yang Di Pertuan Agong, kenapa tidak serahkan memorandum semasa berjumpa dengan baginda? kenapa tidak sampaikan pandangan Bersih dalam pertemuan 2 jam tersebut? Jika pandangan tersebut telah disampaikan, maka tiada sebab pun untuk mereka berhimpun, ia sudah tidak relevan
Jika mereka hendak juga berhimpun, maka cadangan saya, eloklah perhimpunan ini dibuat di Stadium Shah Alam atau Batu Kawan. Menyalaklah sepuas hati di dalam stadium tersebut. Tidak perlu menyemakkan Kuala Lumpur! :)
Amaran PATRIOT!
PATRIOT menjunjung Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dimana apa juga tuntutan demokrasi dalam usaha menyuburkan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada Negara dan tidak terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, PATRIOT akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya.
PATRIOT diwujudkan untuk menzahirkan seramai mungkin majoriti senyap rakyat Malaysia yang menentang sebarang gerakan yang boleh menjerumuskan negara dalam keadaan anarki, menjejaskan nama baik negara, mendatangkan kerugian kepada rakyat dan merosakkan ekonomi negara.
Kita akan akur dengan Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, tetapi kami memberi amaran sekiranya Ambiga ingkar terhadap Titah ini dan meneruskan Perhimpunan Haram ini, kami tidak akan teragak agak untuk mengumpulkan seramai mungkin PATRIOT bagi berhadapan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terang tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan menderhaka Titah Tuanku.
PATRIOT juga mendesak pihak Polis agar tidak teragak-agak lagi menahan sesiapa sahaja yang ingkar dengan Titah Khas Tuanku ini. Sekiranya pihak Polis gagal bertindak, pihak Tentera juga tidak bertindak, maka jangan salahkan rakyat yang setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bertindak membela tanahair yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment