Tuesday, April 12, 2011

PR janji isu air selesai jika menang. Di Pulau Pinang nampaknya parah.....


Khabarnya geng Pakatan Pembulak atau PR (Penipu Rakyat) berceramah di Beting Maro mengatakan jika mereka menang, isu air di Sarawak akan mereka selesaikan dan air diberi percuma.

Wah, hebat janji manis dan kelentong mereka. Mari kita tengok apa yang terjadi di negeri di bawah pemerintahan PR si Pakatan Pembulak ini....

Di Pulau Pinang, rakyat ingat bila PR memerintah, barang tak naik harga. Rupa-rupanya bila PR memerintah HARGA TETAP NAIK. Selama 17 tahun tarif air di negeri Kedah tak naik. Akhirnya bila PR menang, apa dah jadi?

Sepanjang BN memerintah Pulau Pinang, untung Syarikat Air Pulau Pinang berpuluh puluh juta. Bila DAP start perintah tahun 2008... dah mula rugi. Tapi gaji pegawai pegawai tinggi syarikat bukan main tinggi. Cekap sungguh DAP perintah Pulau Pinang ye? Melanun ke?

Lihat video di bawah dan baca komen yang ada....





Di bawah ini pula isu di Kedah.




Apa cerita di Selangor? Di Selangor, MB malas telah mencari jalan singkat untuk menyelesaikan isu air, iaitu membawa rakyat turun ke jalanan, berdemonstrasi di jalanan macam samseng jalanan untuk membantah Syabas, sedangkan sebagai MB, Khalid Ibrahim boleh mencari permuafakatan dengan Syabas atau pun membawa kes ini ke mahkamah.

Apa yang rakyat Sarawak perlu tahu tentang isu air di Selangor?


ISU AIR DI SELANGOR: APA YANG RAKYAT PERLU KETAHUI
FRIDAY, JULY 16, 2010 GHOSTWRITER NO COMMENTS

ØProses penstrukturan semula industri air di Selangor sudah berlarutan selama setahun lebih dan sehingga sekarang rakyat Selangor belum melihat apa-apa perkembangan positif proses penstrukturan industri air Selangor.

ØKerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM 5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Rakyat perlu melihat isu air di Selangor dengan fikiran terbuka kerana secara logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM 5.7 bilion.

ØKerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat dari Singapura dan Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor sekiranya kerajaan persekutuan enggan menerima jumlah penjualan dan syarat-syarat penjualan yang mereka ditetapkan. Syarikat-syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM 20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Jika ini berlaku apakah tiada tarif air akan dinaikkan?

ØKerajaan Pusat menyedari bahawa urusan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi tetap mengambil perhatian mengenainya kerana memikirkan keselamatan dan keselesaan rakyat secara keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik.

ØKerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

ØKerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. Pihak kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

ØPengurusan air sebenarnya memerlukan belanja yang tinggi dan kerajaan Selangor perlu memikirkan mekanisme yang terbaik dalam menguruskan sumber tersebut. Telah sampai masanya kerajaan Selangor melihat semula konsep pemberian air secara percuma sebanyak 20 liter padu kerana banyak pembaziran dilakukan. Pengguna akan lebih menghargai sumber alam tersebut sekiranya dikenakan bayaran yang setimpal dengan kadar penggunaan.
KESAN SEKIRANYA ISU INI TIDAK DAPAT DISELESAIKAN

ØKajian mendapati permintaan air yang telah dirawat di Lembah Klang akan meningkat dan projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor dapat membantu memenuhi permintaan tersebut.

ØKrisis air dalam jangka masa kurang 2 tahun dari sekarang akan berlaku sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju untuk bekerjasama berhubung projek pembinaan paip air dari negeri Pahang.

ØPenduduk di sekitar W.P Kuala Lumpur dan Selangor akan berhadapan dengan krisis air yang paling teruk sekiranya kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kerjasama dalam projek penyaluran air dari Pahang kerana empangan yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah penggunaan air yang semakin meningkat.

ØKerajaan Persekutuan tidak boleh berlengah lagi kerana bekalan air akan susut sehingga 13.4% jika projek ini tidak dimulakan mengikut jadual pada bulan depan dan disiapkan sebelum Jun 2014.



Baca di bawah - rupanya Kerajaan BN Sarawak lebih hebat dari kerajaan PR dalam hal bekalan air bersih....


PUTRAJAYA 7 Okt. - Kelantan terus ketinggalan dalam aspek penerimaan bekalan air bersih apabila hanya 55.7 peratus daripada populasi negeri itu menerima bekalan air terawat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, peratusan penduduk yang menerima bekalan air terawat di negeri itu jauh di belakang kadar nasional iaitu 91.6 peratus.

Menurutnya, keadaan di Sabah dan Sarawak juga lebih baik berbanding Kelantan apabila masing-masing mencatatkan 76.3 peratus dan 86.2 peratus dari segi liputan air terawat untuk penduduk.

"Liputan bekalan air terawat di Kelantan adalah 57.7 peratus di kawasan bandar dan 54.7 peratus di kawasan luar bandar.

"Kelantan paling rendah dari segi peratusan penduduk yang menerima air terawat," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Peter berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini sedang giat melaksanakan projek bekalan air luar bandar di negeri Kelantan melalui kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Bagi negeri Kelantan, kesungguhan Kerajaan Persekutuan terbukti melalui pelaksanaan projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan pembinaan loji rawatan air serta menaiktaraf loji, tangki air dan sistem pengagihan," katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara paling baik dari segi perkhidmatan bekalan air di kalangan negara-negara membangun di Asia.

"Secara purata, 91.6 peratus penduduk negara ini menerima bekalan air terawat iaitu 96.8 peratus bagi kawasan bandar manakala 86.5 peratus untuk kawasan luar bandar.

"Purata liputan perkhidmatan bekalan air bagi kebanyakan negeri melebihi 90 peratus. Hanya Kelantan, Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai liputan bekalan air yang rendah berbanding negeri lain," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Baca di sini (klik) untuk lihat rakyat Kelantan terpaksa menunggu 17 tahun lagi untuk air bersih selepas terpaksa menderita minum air berkeladak selama 20 tahun di bawah pemerintahan Nik Aziz. 20 tahun untuk bina 1 Masjid, 37 tahun untuk beri air bersih. Balak habis pembangunan tak nampak, rakyat minum air berkeladak!

Change should be for the better, NOT for the worse!

Rakyat Sarawak jangan tertipu dengan madah Pakatan Pembulak! Selamatkan Sarawak dari pembohongan Penipu Rakyat!

No comments:

Popular Posts