Saturday, May 30, 2009

Kenyataan Zaid boleh nyalakan api perkauman

Malaysian Insider reported Zaid Ibrahim, expressed concern today over the racial overtones of the campaign to prevent Chin Peng from coming home. Zaid, who was sacked from Umno and who is expected to join a PR party, defended those who have pleaded for Chin Peng to return to Malaysia. “I wonder if Chin Peng were a Malay, would our stand and emotions be the same?” Zaid noted that Utusan Malaysia was campaigning aggressively against Chin Peng, and while he agreed that the former communist leader was “cruel,” he pointed out the “cruel” communists included former fighters such as Rashid Maidin and Shamsiah Fakeh who were allowed to return home to Malaysia.

Selepas cubaan Nik Aziz meyakinkan masyarakat Islam untuk mewajarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia gagal, jentera propaganda pihak tertentu cuba meyakinkan masyarakat melalui Zaid yang kononnya mewakili golongan the liberal Malays. Malangnya Zaid sudah tersilap premis sejak awal lagi.

Pertama - Zaid tersilap kerana tidak ada sesiapa kisah sama ada Chin Peng itu orang Melayu atau Cina atau India atau Jepun. Isu UTAMA Chin Peng adalah dia adalah KETUA PARTI KOMUNIS MALAYA yang mengarahkan begitu banyak PEMBUNUHAN dan KEGANASAN ke atas rakyat ketika itu. Pembunuhan ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu, tetapi juga kaum bukan Melayu. Memang benar terdapat lebih ramai kaum Melayu yang menjadi mangsa berbanding kaum lain, itupun kerana hampir kesemua orang Melayu menolak fahaman tidak bertuhan komunis dan pendekatan mereka yang bersifat militan, kejam dan zalim. Tidak timbul soal Melayu, Cina atau India - isu pokok adalah KEZALIMAN dan PEMBUNUHAN KEJAM yang dilakukan di bawah arahannya sebagai KETUA PARTI KOMUNIS. Berapa ramai orang bukan Melayu yang tidak mempunyai rekod kezaliman seperti Chin Peng yang dibenarkan bebas keluar masuk negara ini. Malah sejumlah besarnya ditawarkan kewarganegaraan pula.

Kedua - soal Rashid Maidin atau Samsiah Fakeh adalah soal kedua kerana mereka bukan Ketua Parti Komunis Malaya. Mereka hanya pemimpin dalam kalangan orang Melayu yang diperkuda untuk melaksanakan arahan Chin Peng termasuk menggagalkan rundingan Baling. Melayu yang diperkuda dan hilang pedoman seperti ini bukan baru dalam sejarah dan ia masih berlaku pada hari ini - misalnya, Si Kitul, talibarut Inggeris dan Jepun, Melayu yang hilang pedoman sehingga terlibat mendokong perjuangan komunis (walaupun mungkin bukan fahaman tidak bertuhannya), seorang bekas Menteri Besar dan terdapat sejumlah lagi dalam DAP. Melayu sebegini akan terus dikenang sebagai pengkhianat bangsanya. Begitupun, dalam hal ini dosa paling besar tidak dipikul oleh mereka yang diperkudakan ini, tetapi oleh ketua mereka. Dalam hal Parti Komunis Malaysia, orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Chin Peng. Jika Ketua Parti Komunis Malaya itu orang MELAYU dan melakukan kezaliman seperti yang dilakukan oleh Chin Peng, kita, orang-orang Melayu sendiri tidak akan memaafkannya dan langkahlah mayat kita, kita tidak akan membenarkannya dia pulang.

Jadi nasihat kita kepada Zaid, look back at the premise, it has never been racial tone, but cruelty of the person. Banyak hati yang akan terluka dan MARAH bila Ketua Parti Komunis Malaya ini dibenarkan pulang dan lebih ramai lagi yang akan memberontak jika kepulangannya disambut secara besar-besaran pula oleh kelompok tertentu; tidak bermaksud kaum tertentu, tetapi kelompok yang tidak sensitif dan sengaja hendak menggunakan kesempatan ini bagi mengocak keharmonian masyarakat.

Isunya bukan kaum, tapi KESALAHAN. Misalnya dalam kes Zaid, ramai orang meluat dan menyampah kepadanya, bukan kerana dia Melayu atau kerana dia datang dari negeri Kelantan atau kerana dia golongan yang kononnya liberal Malays - tetapi kerana KESALAHAN demi KESALAHAN yang dilakukannya - misalnya, dikhabarkan tidak berada dalam negara dan tidak berjuang bersama-sama anggota parti semasa pilihan raya, tidak berkelakuan dan berpegang kepada etika serta tatacara sebagai seorang Menteri Kabinet, kenyataan akhbar dan alasan tentang ganti rugi bekas hakim yang menjadi jenaka rakyat, perlakuannya yang tidak sensitif dengan menghadiri dan menyertai majlis pembangkang, - menyebabkan rakyat melihat beliau sebagai pelawak yang serba tidak kena.

Hari ini Zaid sekali lagi TIDAK SENSITIF dan membuat KESALAHAN lagi.

Kesalahan Zaid adalah menyimpulkan secara melulu bahawa penentangan terhadap kepulangan Chin Peng berbau perkauman, sedangkan ianya tidak. Sekali lagi Zaid berlaku tidak sensitif - Zaid gagal memahami bahawa dalam kalangan kami, rakyat Malaysia, tidak kira kaum, ada yang menerima kesan langsung akibat kezaliman komunis di bawah arahan Chin Peng; ada juga yang mempunyai datuk, nenek, ayah, ibu, saudara mara yang menjadi mangsa kekejaman komunis di bawah arahan Chin Peng.

7 comments:

Anonymous said...

Bangsat punya Zaid.

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

bro,apa yg zaid cakap ni dengar boleh,percaya dgn ikut jangan sekali.lidah mcm biawak.mentang2 dh kaya.bolehla nk hentam semua orang.

Antibarua said...

Zaid inilah contoh bangsa Melayu yang tak sedar dek untung. Mulanya aku terpengaruh juga dengan idea-idea dia tapi lama kelamaan mujur Allah membuka hatiku dari terus menerima ajaran-ajaran sesat manusia liberal ini. Kalau nak sokongan sekalipun jangan menggadai maruah bangsa.

Alhamdulillah orang macam ni telah dibuang dari UMNO malah kalau boleh dibuang dari negara MAlaysia yang tercinta ini.

Akai ada ka?

Anonymous said...

aku dgr nama zaid aje trus rasa nak termuntah blom baca apa yg dia ckp ....

zaid = lowyer tong taik
(ni gelaran pas kat zaid dulu)

gelaran skrgt selepas di baptis oleh nik aziz...

zaid = lowyer pertama masuk syurga

hehehe...

Anwar Abraham.

pakngah santan said...

saya setuju sangat dengan statement bro yang melayu hanya diperkudakan, sekarang pun masih diperkudakan. tapi ada juga melayu yang tak mau belajar dari sejarah.

di kelantan dulu tak ramai komunis kot? mungkin zaid ni tak pernah merasai pahit getir ancaman komunis.

kita tentang sebab chin peng ni KETUA KOMUNIS, bukan pasal dia cina. dia yang tak mau letak senjata masa rundingan baling. bila dah kalah, baru nak ingat.

Shahnon said...

Zaid ni dah gila.

Anonymous said...

CHIN PENG bukan warganegara MALAYSIA oleh itu kenapa perlu kita benarkan CHIN PENG datang ke MALAYSIA??

Kenapa bukan warganegara MALAYSIA? Kerana CHin Peng menolak kerakyatan yg di tawarkan kerana tidak mengiktiraf MALAYSIA!!

Samsiah fakeh dan Rashid Maidin itu melayu oleh itu memang secara automatik warganegara!!

Popular Posts