Pemerhatian yang dibuat oleh blogger Tinggalkan 1Peluru perlu diambil serius oleh pihak berkuasa. Kita tahu puak-puak ini sering berlakon. Pura-pura sembahyang hajat sebab takut. Mati pun boleh dua kali semasa bersih. Jadi ada kemungkinan ini juga satu lagi helah dan lakonan untuk menaikkan kemarahan rakyat serta memainkan sentimen perkauman. Realitinya SAMM mahupun AMK sudah tidak lagi relevan dalam senario politik Malaysia.
[VIDEO] KEKECOHAN CERAMAH ABU JALAN KEBUN... ANGKARA PEMUDA UMNO?? @chegubard
http://1peluru.blogspot.com/2012/01/video-kekecohan-ceramah-abu-jalan-kebun.html
Chegubard menuduh 'Geng-geng UMNO' yang bertindak mengganggu ceramah ABU di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Menurutnya serangan tersebut cuma ditujukan kepada kaum India dan bersifat rasis! Benarkah kejadian ini rasis atau Chegubard yang cuba menyuntik elemen rasis melalui andaiannya??
Persoalan yang harus dijawab oleh Chegubard... apa buktinya 'Geng-geng Umno' yang melakukan kekacauan tersebut?? Ada mereka bawa bendera atau pakai baju UMNO ke?? Gua harap pihak UMNO akan saman Chegubard kerana membuat tuduhan melulu!
Cuba perhatikan jumlah kerusi yang lebih banyak dari penonton yang datang mendengar ceramah walaupun majlis sudah bermula (Mat Sabu pun sudah berada di atas pentas)... Benarkah ini kekacauan yang tidak diduga atau PLAN B1 yang dirancang oleh Chegubard sendiri - operasi menebus malu sekiranya tidak cukup ramai penonton yang hadir??
Atau PLAN B2 untuk menarik lebih ramai orang datang menghadiri ceramah anjuran SAMM tersebut dengan 'mempromosikan' tentang kekecohan melalui facebook & twitter??
Yang lawaknya Bob Lokman pun turut join sekaki suruh orang datang meramaikan lagi ceramah yang turut dihadiri oleh idolanya, Mat Sabu... Huahahaa!!
1 comment:
Sdr Bad. Saya mohon supaya tidak lagi menggunakan gelaran cikgu satu gelaran yang amat tinggi penghormatannya. Awak orang politik jangan gunakan gelaran cikgu kalau sikap, mentaliti dan tingkah laku tidak mencerminkan guru. Sangat memalukan. Guna nama lain seperti bad pkr ke atau apa sahaja tapi bukan cikgu.
Post a Comment