Monday, January 30, 2012

[Akhbar Cina] DAP guna skrip PKM untuk tubuh Republik Sosialis?




[Nota: Kelihatan seolah-olah DAP cuba menggunakan skrip yang hampir sama dengan skrip Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengabui mata rakyat dan memberi harapan palsu bahawa mereka akan mengetuai  sebuah negara seperti PKM mengabui mata rakyat ketika itu dengan menggambarkan bahawa mereka akan mengetuai sebuah Republik Komunis Malaya. 

Cuma bezanya kali ini, mereka lebih memahami realiti bahawa negara Komunis tidak akan wujud di negara ini selagi umat Islam berpegang teguh dengan agama mereka. Walaupun begitu mereka masih berusaha untuk mengagung-agungkan pemimpin komunis yang zalim melalui beberapa cubaan. 

Biarpun mengagungkan pemimpin parti komunis, slogan negara komunis telah dilunakkan menjadi sosialisme, sehingga orang Melayu yang kurang teguh pegangan aqidah mereka turut terpedaya dan menganut fahaman yang sama. Negara yang ingin ditubuhkan, bukan lagi Republik Komunis Malaya, tetapi sebuah negara sosialis. Republik? Yup, itu cita-cita mereka, sebab dalam kamus sosialis dan komunis, tidak ada istilah Institusi Raja-raja Melayu. Hari ini mereka bersetuju mengekalkan Perlembagaan, tetapi belum tentu mereka akan bersetuju di masa hadapan.


Melayu dipergunakan? Pada zaman komunis, memang ada Melayu yang gila kuasa dan hilang pertimbangan kerana berpegang kepada fahaman ekstremisme, yang mudah dipergunakan.

Dap sosialis? Tidaklah kita sudah nampak belang kapitalis mereka keluar terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang dan kenyataan mereka untuk membuka pasaran dalam bidang ekonomi. Dengan kuasa ekonomi, bukan susah sangat untuk membeli beberapa orang Melayu, apalagi Melayu yang terdesak dan berkepentingan diri. ]


China Press
Dalam Negeri berita Campuran m/s C4
27 Januari 2012

Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan
Kerajaan: Chua Sok Lek

26hb Labis, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.

Soi Lek berkata, orang-orang Cina terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak mungkin dapat tubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah kerajaan pusat, sebanyak 222 kerusi parlimen itu, hanya ada 46 kerusi yang kawasan majoriti orang-orang Cina, walaupun parti berdasarkan kaum Cina boleh menang semua kerusi, namun tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat.

Soi Lek menyatakan, ditambah dengan jumlah penduduk kaum Cina sebanyak 24.5 peratus, dengan itu perlu mendapat kerjasama dari parti berdasarkan dari orang-orang Melayu, barulah dapat memerintah kerajaan pusat.

Chua berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam di kampung Baru Bekok, menyatakan perkara itu adalah sangat mudah, sebelum ini Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, DAP mempunyai banyak kerusi, tetap tidak boleh jadi menteri besar, sebaliknya yang mempunyai kerusi yang sedikit, pemimpin Pas menjadi Menteri Besar.

Beliau mahu pengundi perlu fikirkan dengan hati-hati kelebihan dan kemampuan calon-calon yang dipilih, dan berkata, jika calon dari MCA tidak memberi perkhidmatan, mereka sendiri tidak mungkin disokong oleh pengundi.

Soi Lek berkata, seorang wakil rakyat bukan sahaja rajin berkhidmat, mereka juga perlu berani bersuara, bukan hanya pandai bercakap.

Beliau anggap, di kalangan calon DAP memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak buat kerja, mereka bukan sahaja tidak tahu menyelesaikan masalah, selepas mereka kalah dalam PRU mereka terus menghilangkan diri tak jumpa batang hidung, sehingga pusat khidmat mereka pun tidak ditubuhkan, mereka tunggu sehingga menjelang PRU baru kembali semula.

Selain dari itu, Chua juga memberi sumbangan kepada 23 buah NGO yang turun hadir pada malam itu, setiap NGO mendapat RM3,888.00 ringgit untuk dana aktiviti pertubuhan.

No comments:

Popular Posts