Thursday, December 22, 2011

@DrHasanAli - Pekikan kemenangan tiada makna jika Islam, Melayu entah ke mana


Hasan Ali - Formula Pas ke Putrajaya akan meminggirkan orang Islam dan Melayu 



Imbas kembali wawancara Hasan Ali 

Hassan Ali: Saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili PAS
Dipetik dari blog The `Thirteen Million Plus Ringgit' Guy Rambles / blogger Big Dog
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/12/21/hassan-ali-saya-tidak-terfikir-pun-saya-exco-mewakili-pas/

“Masa saya ambik keputusan itu, saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili (parti saya) PAS. Bagi saya, pada masa itu ianya tanggung jawab bagi menentukan akidah orang Melayu sesama Islam seperti saya tidak rosak atau dirosakkan”, penjelasan tegas Exco Kerajaaan Negeri Selangor bagi Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dalam program Soal Jawab, apabila dibincangkan mengenai isu kontroversi Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Beliau ditemu ramah Pengarah Eskekutif Berita Kumpulan Media Prima Dato’ Ahmad A. Talib mengenai apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church, Seksyen 13 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2001 iaitu awal Ramadhan lalu. “Tiada storming berlaku. Hanya yang berlaku ialah siasatan, yang dibuat secara teratur”.

Beliau juga menjelaskan pertama dalam TV apa yang berlaku, “Kami mendapati buka puasa yang berlaku ialah sejam lewat. Terdapat pentas dan mereka memberikan ceramah mengenai Kristian. Semua warna malam itu ialah warna Kristian”, bagi mengambarkan nada, kandungan dan penyampaian keseluruhan majlis malam itu memberikan fokus mutlak mengenai Kristian dan mengagungkan ugama itu, kepada beberapa orang Islam yang dijemput khas.

Hassan juga meluahkan kekecewaan beliau apabila ada pemimpin Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku di DUMC kepada media, tanpa mendapat maklumat komprehensif, termasuk siasatan yang lengkap dilaporkan mengenai saluran yang betul. Jelas, beliau memaksudkan Meneteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Selangor seperti MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid sebagai MB Selangor begitu pantas memohon maaf kepada Pastor Kanan Ho kerana siasatan JAIS keatas DUMC itu, sedangkan Ho enggan bertemu pegawai JAIS untuk membantu siasatan.

Apabila ditanya mengenai proses memurtadkan akidah umat Islam, sebagaimana yang didapati berlaku di DUMC, Hassan menegaskan “Apa yang berlaku di DUMC itu sedikit sahaja. A drop in the ocean“. Beliau juga menjelaskan apa yang mereka dapati itu tidak mudah untuk dibawa ke proses keadilan “Apa yang boleh dibuktikan dalam Mahkamah itu agak rumit”.

Beliau juga menjelaskan tugas beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam menjadi mudah kerana kerjasama yang baik dari Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. “Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga memberikan perhatian bagi hal ehwal Islam”.

“Bagi saya perjuangan ialah Islam, hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan institiusi Raja. Bagi saya, sekiranya ketiga tiga ini beres, orang Melayu akan menjadi kuat. Baru kita sama sama dengan orang lain (Bukan melayu dan Islam) sama sama bangunkan Malaysia”, penerangan ADUN PAS bagi Gombak Setia itu. “Saya menyertai PAS dari zaman Dato’ Fadhil Noor. Saya adalah seorang dari sekular. Saya tertarik kepada Kepimpinan Ulama’ itu dan kesederhanaan hidup oleh pemimpin PAS ketika itu”.

“Keseluruhan perjuangan landasan, menurut pandangan golongan tertentu, telah tersasar. Masih ada (dalam parti) yang tidak selesa dengan shift (perubahan) yang berlaku. Mereka masih mahu PAS memartabatkan Islam”. Apabila ditanya mengenai ‘Kempipinan Ulama’, “Sudah berlaku perubahan kuantiti. Dahulu, 65-70% AJK Pusat ialah dari golongan Ulama. Sekarang sudah berubah. Bukan dari komposisi pemimpin tetapi juga soal dasar. Perubahan juga berlaku kepada kualiti. Pertanyaan ramai ‘Kemana arahnya parti’?”.

“Kalau kita masih utamakan formula (kerjasama dengan DAP dan PKR), maka sudah tentu kita mengabaikan penyokong penyokong tegar kita, iaitu orang Melayu”, merupakan penjelasan ikhlas seorang pemimpin PAS yang kecewa dengan hala tuju memartabatkan Islam yang tergamak dikorbankan demi kerjasama bersama DAP dan PKR. DAP sebagai parti Chauvinis Cina merupakan parti yang terang terang menunjukan sifat anti Melayu dan anti Islam mereka.

“Kalau saya dikatakan ‘berseorangan’, mungkin dari sudut functionality. Tetapi masyarakat menyokong saya. Ada poll yang dibuat, 98% menyokong saya. Dari sudut itu, saya tidaklah berseorangan”.

Untuk soalan mengenai ‘kegembiraan’ apabila Pakatan Rakyat mendapat kuasa, “Semestinya kita gembira apabila mendapat kuasa. Kita gembira kalau dapat menawan Putrajaya. Tapi ‘pekikan kemenangan’ itu tidak ada makna sekiranya ugama Islam kita entah kemana, kedudukan orang Melayu entah kemana, institiusi Raja entah kemana”.

Hassan mengakhiri temu ramah sejam itu dengan ikrar ini, “Saya akan bersama apa jua gerakan yang mempertahankan uagma Islam, kedudukan orang Melayu dan menjulang institiusi Raja Raja. Saya dibina dalam suasana itu dan tidak mampu saya mengorbankan tiga prinsip ini”. Jelas, beliau bersedia menerima dasar Perjuangan yang selama ini menjadi teras UMNO.



No comments:

Popular Posts