Memalukan. Sikap kurang ajar PR (Pakatan Pembangkang) si Penipu Rakyat memang semakin melampau. Sepanjang tempoh seminggu ini kita masih dapat menahan sabar bila melihat banner-banner pembangkang yang memfitnah BN. Hairannya semua banner ini dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan dari SPR. Semalam sikap kurang ajar ini telah melampaui batas sehingga banner seperti ini di keluarkan.
Saya yakin ini bukan cara orang Sarawak yang terkenal dengan adab sopan. Pehin Sri Taib Mahmud telah mengumumkan berulang kali bahawa ini merupakan pilihan raya yang terakhir bagi dirinya dan dia sendiri akan mengundurkan diri. Apa masalahnya untuk membiarkan seorang Ketua Menteri yang banyak berjasa untuk mengundurkan diri secara terhormat dan melalui proses peralihan kuasa yang teratur.
Bukan budaya orang Sarawak menghina dan meng`anjing'kan pemimpin yang berjasa. Lainlah seperti pemimpin PR yang suka menggelar orang lain dengan gelaran Orang Utan, beruk, Jakun, bercawat, termasuk menggelar polis sebagai anjing. Lainlah orang Pas yang mempunyai Tuhan yang Maha Samseng dan Maha Mencarut!
Inilah budaya Parti Lanun Semenanjung yang orang Sarawak perlu tolak.
Jangan diikut perangai Papa Beruk Utan, DJ Radio Free-Sex Sarawak. Dia memang dah hancur
UBAH patut kepada yang lebih baik, bukan yang LEBIH BURUK!
16 APRIL ini rakyat Sarawak mesti bersatu menolak Politik Sampah PR. Tolak Parti Luar, Parti Lanun yang hanya bernafsu `menjajah' Sarawak.
No comments:
Post a Comment