Wednesday, September 16, 2009

Nizar kvv2 - Putar belit oleh `ulama' PKR dalam isu San Miguel Corporation

PKR melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya dilihat sedang berusaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyalah tafsirkan penglibatan Mirzan Mahathir di dalam San Miguel Corporation. Saya percaya Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA), tidak benar-benar mendalami penjelasan oleh Mirzan dan dengan pemahaman yang dangkal itu telah memutar belitkan kenyataan beliau bagi merosakkan nama baik Tun Dr Mahathir.

Perilaku ini bukan sesuatu yang pelik kerana ia boleh dibaca sebagai dendam lama Anwar dan penyokongnya yang masih belum dilunaskan sejak mereka dikeluarkan dari UMNO. Terbukti agenda ini masih merupakan agenda utama PKR dan kali ini dilaksanakan oleh bekas pimpinan ABIM, Dr Muhd Nur Manuty yang memilih untuk berjuang bersama-sama pendukung ideologi sosialis dalam PKR dan DAP.

Ini menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sama ada modul usrah dan bimbingan dalam ABIM benar-benar berjaya melahirkan golongan muslim mukmin yang cemerlang atau adakah berlaku kesilapan di mana-mana sehingga terlahir pemimpin yang rakus, sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kuasa, hipokrit, mempunyai kecelaruan seksualiti dan pakar memfitnah?

Saya lampirkan tulisan Dr Muhd Nur Manuty di bawah sebagai perbandingan untuk direnungkan. Marilah kita bersama-sama menyebar luaskan maklumat dan kebenaran serta mendedahkan agenda fitnah PKR melalui Dr Muhd Nur Manuty ini. Wallahua'alam.

Berikut adalah penjelasan Mirzan Mahathir mengenai serangan terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.


11 September 2009

The Editor,The Malaysian Insider

I read with interest your article about my becoming a director of San Miguel Corporation (“SMC”). As you rightly pointed out, I sit on the board to represent an investment group, Q‐Tech Alliance Holdings Inc., that invested in SMC.

After being in the brewery business for more than 100 years, San Miguel has decided to shift its attention to the infrastructure, public utility and energy requirements of the Philippines. Since Kirin Holdings of Japan acquired a significant direct ownership stake in the brewery division, this will result in a dramatic change in SMC’s revenue mix, with beverages expected to contribute less than 15% of total sales by next year.

This major diversification move, made possible by our taking over of Kirin’s 20% stake in SMC, starts a new era for San Miguel and is the principal reason for my involvement in the company.

Since the last quarter of 2008, SMC has bought an option to acquire a controlling interest in Petron Corp., the largest Philippine oil refiner which owns 1,400 retail stations, and a substantial equity stake in Manila Electric Co., the largest distribution utility in the Philippines that has a base of over 4.5 millioncustomers. Both these firms are publicly listed companies with annual revenues of US$4bn (RM 13.9bn) and US$5.6bn (RM19.4bn) respectively.

SMC has also announced its intention to venture into the telecommunications industry through their stake in Liberty Telecom Holdings Inc. with QatarTelecommunications Co. to initially build a Wi‐Max network and potentially a full‐scale national cellular operation. The company also recently won in a public auction, two major power plants with a combined generation capacity of 1,600 MW. Unfortunately, certain parties are keen to turn this exciting positive change ina well‐managed Philippine corporation into an assault on the reputation of my father, even though he has nothing whatsoever to do with my business interests.

I can only provide a rational explanation for my actions and it would be a pity if facts are twisted to gain dubious points from a straightforward business decision. Your article covered the beverage aspects of San Miguel but ignored the company’s recent purchases and strategy moving forward. As a Malaysian, I am looking forward to assisting San Miguel chart this new course and hopefully, its success will reflect well on our country and people.

Mirzan Mahathir



KENYATAAN AKHBAR
Dr Muhd Nur Manuty

Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluran arak .

Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. (perhatikan elemen fitnah PKR)

BIPPA PKR ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram. Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90). Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. BIPPA ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”. Kita amat dukacita dengan perkembangan ini . Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak. Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaanya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci. (ulasan bersifat `mala fide' daripada seorang yang masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Muhammad, yang jelas tidak menepati adab dalam menyampaikan pandangan seperti yang dianjurkan oleh Islam)

Dr.Muhammad Nur ManutyPengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR14 September 2009

Sunday, September 13, 2009

Isu protes kuil - tersilap memilih wakil rakyat?

Lawatan ke tapak pembinaan kuil yang ditawarkan oleh kerajaan Penipu Rakyat Negeri Selangor petang semalam membuktikan beberapa perkara;

1. wakil rakyat Pas, Khalid Samad yang dikenali dengan nama manja pemberian penduduk Shah Alam, Khalid Gereja tidak berperanan sebagai wakil rakyat mereka, tetapi sekadar menjadi lidah kerajaan negeri yang tidak rasional.
2. ketidak rasionalan kerajaan Penipu Rakyat, mengalihkan sebuah kuil yang dibina secara haram di tengah-tengah kawasan perumahan Seksyen 19 yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan penduduk setempat ke suatu tempat yang hampir sama kedudukan dan kesannya kepada penduduk di Seksyen 23 (gambar kuil asal di bawah)



3. kemurahan hati dan kerasionalan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang menyediakan sebuah tapak yang luas dan selesa, hampir seluas tiga buah padang bola, dan tidak terlalu dekat dengan penempatan penduduk di seksyen 18. Ini amat bertentangan fitnah pemimpin dan media Penipu Rakyat yang cuba menggambarkan UMNO sebagai rasis dan penindas agama lain.

Di negeri Selangor, 647,000 penganut agama Hindu mempunyai 810 kuil berdaftar (tidak termasuk yang haram, termasuklah kuil yang tersergam di tengah-tengah kawasan perumahan seksyen 19) berbanding 259 buah masjid untuk 4.3 juta penduduk beragama Islam (itu pun semuanya dibina oleh kerajaan Barisan Nasional) dan 1,015 buah tokong untuk 2.5 juta penganut agama Budha.

Isu ini tidak ada kaitan dengan penentangan terhadap agama Hindu kerana ajaran Islam tidak pernah menghalang agama lain untuk diamalkan. Jika hendak membina kuil, binalah, tetapi janganlah membangunkan kuil secara haram di mana sahaja sesuka hati. Lagipun kerajaan Barisan Nasional yang lalu telah menganugerahkan suatu kawasan yang jauh lebih baik daripada Seksyen 23 dan lokasi asal yang haram, iaitu Seksyen 19.

Jadi apa masalah utamanya;

1. Sikap Khalid Ibrahim yang tidak rasional; mengalihkan kuil yang berada di Seksyen 19, iaitu satu tapak yang tidak menyelesakan penduduk di situ ke suatu tapak yang mempunyai kesan yang sama, iaitu tidak menyelesakan penduduk di Seksyen 23 pula. (tapak di Seksyen 23 yang berhapiran dengan kediaman penduduk, dewan MBSA dan padan permainan kanak-kanak).

2. Sikap penyokong dan media pembangkang yang mengapi-apikan isu ini menjadi isu antara agama dan kaum. Dalam usaha mereka ini, jelas integriti mereka tercalar kerana mereka telah menyebarkan penipuan dan tidak menghiraukan fakta isu ini sama sekali. Antara penipuan yang nyata adalah fitnah terhadap UMNO, walaupun desakan ini datang daripada penduduk Seksyen 23. Satu lagi fitnah adalah dengan mendakwa Ketua UMNO Bahagian Shah Alam terlibat dengan menyebarkan gamber dan berita palsu mengenai beliau.

3. pada waktu yang sama, timbul pesoalan, kenapa pula ditolak tapak cadangan asal di Seksyen 18 yang lebih luas dan selesa? Mungkin potensi dan harga tanah di Sekyen 18 ini wajar dinilai dan dibandingkan dengan potensi dan harga tanah di Seksyen 23 untuk melihat sama ada keputusan ini dibuat kerana rakyat atau kerana nilai komersialnya. (Gambar di bawah : tapak di Seksyen 18 yang begitu luas, mudah untuk memarkir kenderaan dan tidak berada di dalam kawasan perumahan Seksyen 18 walaupun masih berdekatan)
4. sikap Khalid Gereja yang sangat tidak mewakili rakyat dan tidak mengendahkan rungutan mereka. Lebih buruk lagi adalah sikap Khalid Gereja yang telah memfitnah UMNO dan menipu rakyat (dalam bulan Ramadhan) demi untuk menutup kelemahan sendiri.
5. Isu ini telah dijadikan modal untuk menyebabkan ketegangan antara penganut agama walaupun ia hanya antara penduduk Seksyen 23 dan Khalid Ibrahim, Rodziah dan Khalid Gereja, bukan antara umat Islam dan penganut agama Hindu. Pembohongan kerajaan Penipu Rakyat ini akhirnya menyebabkan 12 orang rakyat biasa, penduduk Seksyen 23 didakwa.

Apakah isu ini begitu rumit untuk diselesaikan? Apakah begitu susah untuk kerajaan Penipu Rakyat menyediakan kawasan yang tidak dibantah oleh rakyat. Ingatkan insiden insinerator di Broga dahulu? Berbeza dengan kerajaan Penipu Rakyat, kerajaan Barisan Nasional berusaha berulang kali memberikan penerangan kepada rakyat dan akhirnya akur dengan kehendak rakyat.

Sedangkan dalam isu kuil ini, kerajaan Penipu Rakyat bukan sahaja telah bertindak bongkak dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat malah lebih buruk lagi telah menipu dan memfitnah untuk memberikan justifikasi kepada tindakan mereka.

Paling jelas, kelemahan kerajaan Penipu Rakyat dalam mengendalikan konflik antara kaum dan agama. Walaupun mereka sepatutnya menyelesaikan konflik ini dengan berhemah, namun mereka memilih untuk menghangatkan lagi konflik ini dengan memulakan pelbagai tuduhan dan fitnah. Lebih menghangatkan lagi keadaan adalah apabila ada pula pihak yang mengadakan perarakan lilin di Kuala Lumpur. Masih tidak jelaskah kepada kita warna sebenar Penipu Rakyat?

Saturday, September 12, 2009

Transformasi pendidikan - mampukah ia dijayakan?

Seperti yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan 500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun 2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.

Boleh dikatakan proses ransformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.

Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.

Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.

Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan (standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru diperlukan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.

Bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita PCG) dan latihan guru.

Akhir sekali, pengalaman dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar yang besar sebelum ini seperti KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar transformasi ini beroleh kejayaan di masa hadapan.

Tuesday, September 8, 2009

Cerita Geng Lembu

Ada rakan yang minta disebarkan kandungan blog ini sebanyak mungkin. Oleh kerana hasratnya murni, iaitu untuk membela penduduk Seksyen 23 yang teraniaya, maka saya rasa, permintaan beliau tidaklah begitu berat. url blog yang diberi adalah : http://geng-lembu.blogspot.com/ . Seperti tulisan Satu Sekolah Untuk Semua, saya harap saudara/i boleh membahaskannya. Terima kasih.

Geng Lembu oh Geng Lembu, apa taktik lagi yang kau ada... ?

Satu demi satu taktik digunakan oleh Geng Lembu (Geng Khalid Ibrahim akan Khalid Samad) untuk menafikan KELEMAHAN PENTADBIRAN kerajaan negeri Selangor dan kelemahan Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad atau Khalid Gereja dalam menangani isu. Mari kita sama-sama lihat bagaimana cara Geng Lembu ini berfikir;Mula-mula (sebelum usul periksa)

Salahkah UMNO; fitnah UMNO sebagai dalang; kaitkan pula dengan Pekida dan Pewaris; selepas itu tuduh pula Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Datuk Nawawi terlibat dengan menyebarkan gambar yang kononnya gambar beliau yang dikatakan turut serta dalam demonstrasi tersebut. Bila dibuktikan oleh media yang lebih bertanggung jawab bahawa yang menggerakkan demonstrasi ini bukan UMNO, sebaliknya penduduk setempat, termasuk Pas, PKR dan penduduk non-partisan; dan diketuai pula oleh ahli PKR, dan gambar itu pula adalah gambar orang lain dan bukan Datuk Nawawi, Geng Lembu sudah berasa MALU. Apa tindakan seterusnya?

Kaitkan pula kepala lembu dengan nada perkauman dan penghinaan terhadap agama lain. Pemimpin Hindu yang ektremis, termasuk Hindraf pun membuat demonstrasi dan mereka cuba memberi tekanan agar tindakan diambil ke atas pihak yg membawa kepala lembu. Di sini mereka cuba pula membohongi rakyat dan membakar perasaan rakyat sedangkan kepala lembu itu tiada kaitan dengan penghinaan terhadap penganut Hindu, tetapi simbol kepada kebodohan Khalid Ibrahim, merangkap ketua Geng Lembu. Jelas di sepanjang demonstrasi tidak ada sebarang sepanduk daripada penduduk Seksyen 23 yang menghina penduduk beragama Hindu. Sekiranya KDN mahu mengambil tindakan, kita hendak tanya mereka hendak ambil tindakan atas dasar apa? Jika tindakan masih diambil sedangkan elemen penghinaan terhadap penganut agama Hindu gagal dibuktikan, KDN dan kerajaan sebenarnya telah berlaku tidak adil terhadap penggerak protes ini. Lagi pula, berdasarkan REKOD, tindakan hanya diambil terhadap pemimpin Hindraf selepas berkali-kali mereka membuat kacau bermula di Masjid Putrajaya, beberapa kali di luar KL dan 2 kali di KL, iaitu selepas berkali-kali mereka menghasut bukan sahaja penganut agama Hindu tetapi masyarakat kaum India dengan tuduhan-tudahn yang palsu, misalnya bahawa kerajaan telah dengan sengaja dan terancang membunuh orang India setiap minggu dan merobohkan kuil setiap dua minggu dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan palsu ini menjadi bukti kepada elemen hasutan pemimpin Hindraf dan mereka telah melakukannya berkali-kali dan menggunakan pelbagai media. Sedangkan protes kuil ini hanya berlaku di satu tempat tanpa sebarang slogan untuk membangkitkan kemarahan terhadap orang Hindu dan kaum India, sebaliknya hanya kemarahan terhadap kebodohan pemimpin negeri selangor, iaitu Geng Lembu yang diketuai Khalid Ibrahim dan kemarahan terhadap Ahli Parlimen Pas, iaitu Khalid Gereja. Jadi jika pihak ini diambil tindakan oleh KDN, tindakan ini sesungguhnya uncontitional dan unlawful - MAKA MARILAH kita sama-sama memprotes ketidak adilan ini secara besar-besaran!

Malu kerana dua taktik di atas sebenarnya makan diri, Ketua Geng Lembu melaksanakan pula Town Hall meeting bertujuan untuk meredakan keadaan. Bagaimanapun Ketua Geng Lembu, Khalid ibrahim dan timbalannya, Khalid Gereja tidak bersedia untuk menjawab kemarahan rakyat. Malah ramai yang berpendapat tindakan bertemu penduduk ini sudah agak terlambat. RUPANYA sebelum ini sudah ada banyak bantahan daripada penduduk dan cubaan untuk bertemu pemimpin Geng Lembu. Malangnya ia tidak diendahkan oleh Ketua Geng Lembu dan Khalid Gereja. JELAS ini adalah masalah pentadbiran dan kesombongan ahli parlimen yang tidak mahu mendengar luahan dan rintihan rakyat. Sekali lagi Geng Lembu telah dimalukan oleh rakyat yang begitu marah - sama marahnya dengan ibu-ibu tunggal yang rumah PPR nya dinaikkan sewa membuta tuli; sama marahnya dengan penduduk yang isu tanah perkuburan di tanah waqaf dipindahkan kerana desakan bukan Islam, yang masih belum diselesaikan.Bila taktik ketiga juga gagal, sekarang Geng Lembu cuba mengalih taktik sekali lagi.

Kali ini dengan mempersoalkan pula kenapa tidak ada protes dari penduduk Seksyen 23 (yang mereka gelar sebagai Geng Kepala Lembu) semasa masjid dan suaru dirobohkan di negeri Selangor? Sekali lagi kita lihat cubaan mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu utama, iaitu masalah KEMARAHAN RAKYAT SETEMPAT terhadap pentadbiran kerajaan Selangor. Sepanjang tempoh kerajaan BN memerintah, sudah beribu2 surau dan masjid dibina. Jika adapun keputusan untuk meroboh atau mengalihkan mana-mana surau atau masjid, sudah tentu ada perancangan untuk membinanya semula di tapak yg bersesuaian, melainkan memang tiada sebarang perancangan dibuat atas sebab lokasi. Malangnya apabila kerajaan bertukar, ada masjid dan surau yang hendak dialihkan tersebut tidak sempat dibina walaupun peruntukannya ada.

Soalan kita, apa yang susahnya untuk membina masjid dan surau yang baru sekarang apabila sudah menjadi kerajaan dan peruntukan telah disediakan? PAS sekarang berada dalam kerajaan selangor dan Ahli Parlimen Pas menjadi exco hal ehwal agama Islam; bina sahajalah surau dan masjid yang sudah diroboh dan yang memang dirancang utk dibina. Kenapa bertangguh lagi?

Adakah wang yang sudah diperuntukkan utk membina surau dan masjid ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah dihabiskan ke jalan yang lain? Jika wang itu sudah habis, bukankah boleh digunakan wang hasil jualan pasir? Kenapa? Duit kutipan jualan pasir tidak cukup atau pasir telah `dicuri' oleh sekumpulan `toyol' di negeri Selangor. Adakah sama modus operandi `toyol' ini dengan `toyol' yang mencuri sedikit demi sedikit dari wang peruntukan projek seperti yang dicatat dalam buku catatan Teoh Beng Hock?

Jika dah tak ada duit peruntukan dan pasir, kenapa tak digunakan duit zakat? Sekarang kuasa sudah di tangan. Kenapa nak dicari Geng Kepala Lembu kerana mereka bukan penduduk TEMPATAN di kawasan surau dan masjid yang disebutkan. Nampak sangat Geng Lembu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim gagal memikirkan cara yang betul untuk berdepan dengan isu ini. Atau Pas memang tiada suara langsung dalam negeri Selangor untuk mendesak agar kerajaan negeri Selangor supaya segera membina masjid dan surau yang telah diputuskan untuk dialihkan ini?

Ternyata Geng Lembu dah buntu dan tak tahu macam mana nak selesaikan masalah sekecil ini... Khalid Gagap, patutlah ada usaha untuk menjatuhkan kamu oleh Azmin dan Hassan Ali. Gila bengap!!* Mohon disebarkan tulisan ini. Bersama hancurkan Penipu Rakyat!!!

Monday, September 7, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua - apa pandangan anda?

Berikut adalah memorandum Satu Sekolah Untuk Semua yang dihasilkan oleh Kijang Mas. Saya percaya hasrat beliau amat baik dan beliau telah tujukan memorandum ini untuk perhatian Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya yakin ia akan mendatangkan kesan berbeza terhadap kelompok berbeza, terutamanya bagi pihak yang mempertahankan kewujudan sistem vernakular ini. Sebagai rakyat Malaysia, mungkin saudara/i mahu membahaskan perkara ini bersama-sama. Silakan...

Memorandum Satu Sekolah Untuk Semua

Pengkajian Semula Sistem Pembelajaran Malaysia untuk Melahirkan Suatu Bangsa Malaysia Yang Bersatu, Teguh dan Bersepadu

Dengan segala hormatnya kami mengemukakan cadangan yang tersebut di atas demi melahirnya suatu Bangsa Malaysia yang kukuh, bersatu dan bersepadu yang akan menjamin masa depan negara kita. Kami bukanlah suatu kumpulan politik atau berpihak kepada mana-mana unsur politik negara ini. Kami adalah warganegara yang prihatin terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang jitu dan yang benar-benar sehati dan sejiwa yang akan mengemudi negara kita tercinta ke arah kegemilangan.

Gejala-Gejala Polarisasi Kaum di Malaysia
Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali. Secara lantang anasir subversif ini mempertikaikan segala lambang kedaulatan dan intipati negara kita tercinta. Dari pengamatan kami, puak penderhaka ini antara lain telah menyentuh perkara seperti berikut:-
• Mempertikai kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang diperuntukan dalam Perkara 181 Perlembagaan Malaysia .
• Membangkitkan isi-isu sensitif seperti kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum Bumiputra lain yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia .
• Mengabaikan Bahasa Rasmi negara, iaitu Bahasa Malaysia, dan mempromosikan secara meluas bahasa-bahasa asing, termasuk Mandarin dan Tamil, yang bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.
• Menidakkan adanya suatu Kontrak Sosial (berkaitan kerakyatan masyarakat Bukan Melayu dan kedudukan istimewa Orang Melayu) yang telah terjalin di antara kaum-kaum di negara ini sejak Merdeka dahulu.
• Mengeji dan mempersenda Dasar Ekonomi Baru yang digubal mengikut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.
• Mempersoal dan menidakkan peranan dan pengorbanan Orang Melayu yang telah bertapak di Bumi Tanah Melayu sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dalam pembentukan dan pembangunan negara ini.
• Melebihkan peranan puak imigran dalam pembentukan dan pembangunan negara ini ke tahap yang menyimpang jauh dari kenyataan.
• Menjanakan berbagai penipuan sejarah yang akan memudaratkan pemikiran rakyat negara ini, terutama anak-anak di bangku sekolah.
• Mempersenda dan memperlekehkan segala simbol kenegaraan Malaysia yang patut di sanjungi dan dipertahan oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah lagu Negaraku, Keris, Songkok dan, seperti tersebut di atas, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Malaysia dan sejarah negara ini.
• Mempertikai hujah-hujah pemimpin Bukan Melayu terdahulu seperti Presiden MIC, Tun V.T. Sambanthan dan Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dimana pemimpin-pemimpin ulung tersebut telah melafazkan rasa kesedaran, keinsafan dan berterimakasih terhadap budi perkerti dan sikap bertolak-ansur Orang Melayu di dalam pemberian kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang di Tanah Melayu, tidak seperti nasib yang menimpa kaum mereka di negara-negara serantau.

Kewujudan Bangsa Malaysia Yang Berbahasa Malaysia dan yang Berlandaskan Budaya dan Tatatertib Orang Melayu
Setelah hampir 52 tahun merdeka, negara kita kini menghadapi masalah perkauman dan kerapuhan sosial yang amat membimbangkan. Polarisasi kaum telah sampai ke tahap kritikal dan kini mengancam kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara. Justeru, Malaysia sudah tiada pilihan kecuali berikhtiar untuk menzahirkan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu, yang berbahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama, yang bersepadu dalam pemikiran dan yang mempunyai tahap patriotisme yang tinggi berlandaskan cinta kepada negara dan hormat kepada Perlembagaan.

Berpandukan kepada semangat kenegaraan yang menjadi asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia, Bangsa Malaysia ini haruslah secara menyeluruh :-
•Fasih bertutur di dalam Bahasa Kebangsaan. Bahkan Bahasa Malaysia menjadi bahasa ibunda seluruh Bangsa Malaysia di suatu hari kelak;
•Memahami dan menghormati adat-adat dan tatasusila orang Melayu dan kaum pribumi lain di Malaysia;
•Menghormati kedudukan Agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam sambil menikmati kebebasan beragama sesuai dengan peruntukan perlembagaan;
•Mempertutur bahasa warisan ibunda lain dan mengamalkan warisan budaya ibunda dengan cara yang sesuai dengan peruntukan Perlembagaan, iaitu di luar konteks urusan rasmi dan di amalkan secara peribadi oleh komuniti tersebut.

Konsep Bangsa Malaysia yang kami amati telah diperbincangkan dengan mendalam di wadah kami. Suatu penjelasan menyeluruh telah di huraikan di blog Demi Negara.Titik permulaan dalam pembentukan Bangsa Malaysia tersebut terletak pada sistem pembelajaran negara kita. Sikap terhadap Bangsa Malaysia ini harus di bentuk dari peringkat asas. Justeru, Sistem Pembelajaran Malaysia haruslah di sesuaikan agar menjadi wadah utama dalam penerapan nilai-nilai Bangsa Malaysia tersebut di kalangan anak-anak kita bermula dari usia yang muda.

Dasar Sistem Pembelajaran Malaysia Di Masa Kini
Kami berpendapat, pembinaan suatu Bangsa Malaysia yang teguh bersatu dan jitu bersepadu tidak akan tercapai selagi adanya gejala Sekolah Vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan atau SJK) di Bumi Malaysia. Sekolah Vernakular tidak selaras dengan matlamat melahirkan Bangsa Malaysia berharmoni dan bersepadu yang berteraskan unsur-unsur nasionalisme yang sepatutnya. Malah ia telah menjadi penghalang utama keatas hasrat kerajaan membina masyarakat yang sehaluan bahasa, minda dan kebudayaan asas.Kewujudan Sekolah Vernakular telah menimbulkan berbagai tanda tanya ke atas peranan dan status nya di masa kini. Ini termasuklah:-

Sekolah Vernakular adalah bertentangan dengan status Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara kita. Malah, Sekolah Vernakular nyata bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan dimana Bahasa Malaysia diwajibkan untuk segala urusan rasmi, dan Sistem Pembelajaran adalah suatu urusan rasmi negara.

Bahasa penghantar di SJKC ialah Mandarin, Bahasa Kebangsaan sebuah negara asing, iaitu Republik Rakyat China. Malah ia bukan bahasa asli mana-mana suku kaum Cina yang tinggal di negara ini. Bahasa penghantar SJKT pula adalah Tamil, bahasa rasmi negeri Tamil Nadu di India. Ini adalah suatu fenomena sosial yang amat ganjil dan tidak harus di benarkan di negara kita.

Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Bahasa Kebangsaan wajib digunakan untuk segala urusan rasmi negara. Sistem Pembelajaran merupakan suatu urusan rasmi negara sepertimana di semua negara di dunia.

Perkara 152(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan :-
“No person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language.”
Fasal tersebut tidak memberi mandat kepada Kerajaan untuk membenarkan, apatah lagi memberi sokongan wang dan sebagainya, kepada mana-mana sekolah yang menggunakan bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan kerana sistem pembelajaran adalah suatu urusan rasmi (“offical purpose”).

Dari segi “protection of the legitimate interest of the others” yang termaktub dalam Perlembagaan, “kepentingan sah masyarakat lain” merangkumi urusan peribadi masyarakat tersebut dan tidak termasuk hak untuk menggunakan bahasa penghantar lain bagi urusan pembelajaran di sekolah. Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia membolehkan pengajaran dan pertuturan bahasa lain secara peribadi di kalangan sesuatu masyarakat, dan bukan hingga ke tahap penggunaan bahasa lain secara berleluasa termasuk sebagai bahasa penghantar utama di sekolah.

Sekolah Vernakular pada amnya mengandungi satu kaum sahaja dalam suasana pembelajaran yang tidak membayangkan arca dan kandungan masyarakat negara ini. Ini tidak sesuai dalam melahirkan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu. Murid Sekolah Vernakular wujud dalam suasana terpencil dari aliran am. Mereka menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja, tidak bergaul dengan kaum-kaum lain, tidak dapat pengalaman berinteraksi, kurang memahami adat resam kaum lain dan susah menerima hakikat bahawa adat resam dan budaya kaum majoriti di negara ini perlu di fahami dan di hormati. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terkongkong dan menjadi janggal dan mereka bermasalah menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini.
Pengasingan sebahagian warganegara ke alam Sekolah Vernakular sejak umur yang senang di pengaruhi telah menjadi penghalang terbesar kepada kewujudan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu di bawah satu bahasa, identiti dan pemikiran.

Tiga Bahasa Penghantar Tidak Sejajar dengan Perlembagaan dan Bertentangan dengan Amanat Rukunegara
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia membenarkan pengajaran bahasa-bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan untuk lain-lain komuniti di Malaysia. Tetapi kebebasan ini nyata terbatas kepada pembelajaran khusus bahasa tersebut sahaja dan bukan untuk ianya dijadikan bahasa penghantar bagi matapelajaran lain di Sistem Persekolahan negara Malaysia.

Kita tidak harus ada tiga sistem pembelajaran dalam tiga bahasa penghantar. Bangsa Malaysia yang bersatu dan bersepadu tidak mungkin lahir dari suasana sebegini. Keadaan tiga sistem pembelajaran ini tidak sejajar dan jelas bertentangan dengan semangat dan peruntukan perlembagaan, dan juga menyimpang dari matlamat utama Rukunegara, iaitu “mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat nya.”

Keagungan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara ini mesti di pertahankan. Perkara yang tidak sejajar, menghalang atau menentang peruntukan bahasa dalam Perlembagaan adalah di sifatkan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan atau “unconstitutional.”

Masalah-masalah yang timbul dari kewujudan Sekolah Vernakular banyak di perkatakan bukan sahaja di blog Demi Negara, malah di berbagai blog lain. Contoh hujah-hujah di alam siber yang mempertikai kewujudan Sekolah Vernakular di huraikan di lampiran bersama surat ini.

Berdasarkan kepada fakta dan pendapat yang terpapar di sini dan segala hujah yang dikemukakan di pautan-pautan berkenaan, kami dengan hormat nya meminta agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

Kesemua Sekolah Vernakular yang ada sekarang harus diserapkan kedalam Sistem Sekolah Kebangsaan dimana peruntukkan secukupnya dibuat untuk menyediakan pembelajaran bahasa ibunda khusus untuk mana-mana murid yang memerlukannya.

Langkah susulan yang kami syorkan:-
Pengkajian Semula Sistem Pelajaran Negara oleh Kumpulan Bebas
Kami mencadangkan suatu kajian terperinci oleh kumpulan pengkaji bebas di adakan keatas fenomena Sekolah Vernakular ini. Kumpulan pengkaji bebas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman yang setimpal dan berkecuali dari politik (non-partisan) sepenuhnya demi menentukan integriti laporan yang akan dikeluarkan. Tokoh asing yang terkenal dan berpengalaman dalam kajian sebegitu boleh juga dijemput ke kumpulan pengkaji untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti kajian dan laporan tersebut.

Penggubalan semula Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 tidak sejajar dengan matlamat pengwujudan Bangsa Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Akta tersebut yang membolehkan wujudnya sekolah vernakular haruslah dirombak agar ianya kembali kepada niat asal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Akta tersebut berbunyi:-

“AND WHEREAS the above policy is to be executed through a national system of education which provides for the national language to be the main medium of instruction, a National Curriculum and common examinations; the education provided being varied and comprehensive in scope and which will satisfy the needs of the nation as well as promote national unity through cultural, social, economic and political development in accordance with the principles of Rukunegara.”
Walaubagaimanapun, kewujudan sekolah vernakular mengabaikan objektif yang tertera di atas. Penggubalan semula Akta ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengecapi suatu struktur pendidikan yang seragam melalui keperkasaan sistem sekolah kebangsaan.

Mata Pelajaran Sejarah Di Mestikan
Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, arca dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.

Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara.

Penulisan Semula Buku-Buku Teks Sejarah
Kami juga mencadangkan supaya buku-buku teks Sejarah negara di kaji semula secara menyeluruh. Fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan terperinci harus dicatatkan oleh kumpulan cendiakawan yang terbukti kewibawaan dan integriti mereka. Penghuraian sejarah yang betul akan memainkan peranan sebagai pencetus kepada pembentukan suatu Bangsa Malaysia yang sehati dan sejiwa di Tanah Air kita yang bertuah ini.

Rumusan
Kewujudan Sekolah Vernakular adalah satu-satunya punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta. Fenomena ini hampir tiada tolak bandingnya di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Dalam segi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Sekolah Vernakular jelas tiada tempatnya, bahkan bercanggah dengan fasal-fasal Perlembagaan dengan begitu ketara sekali. Percanggahan ini harus di bendung dan di perbetulkan secepat mungkin demi kestabilan dan keselamatan negara.

Kami pohon agar Y.A.B. Tan Sri memberi perhatian, pertimbangan dan penekanan yang sewajarnya keatas cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini demi masa depan Bangsa dan Negara Malaysia tercinta. Kami berdoa agar tindakan yang sejajar dengan kepentingan perkara ini diambil oleh Y.A.B. Tan Sri dan langkah-langkah susulan dilaksanakan oleh kementerian Y.A.B. Tan Sri.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

KijangMas Bagi Pihak Komuniti Blog Demi Negara

Sunday, September 6, 2009

Protes kuil di Shah Alam dedah tembelang siapa?

Walaupun pembangkang berusaha menyelamatkan keadaan dengan memutar belitkan isu ini menggunakan pelbagai media dan blogger upahan; disusuli tindakan demonstrasi balas oleh pemimpin Hindu yang ekstrem dan rasis, termasuk yang menganggotai Hindraf, namun mereka masih lagi belum dapat memadamkan kemarahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam sehingga menyebabkan Menteri Besar, Khalid Ibrahim terpaksa memanggil mesyuarat `town hall' malam tadi.

Seperti yang dijangkakan, ianya tidak dapat meleraikan kekusutan kerana Ahli Parlimen PAS begitu angkuh untuk memahami isu dan motivasi sebenar tindakan penduduk Seksyen 23.

Begitupun insiden ini menarik kerana ia telah membuka mata rakyat terhadap beberapa perkara, iaitu antaranya;

1. Sikap defensif dan bongkak kerajaan negeri Selangor, Ahli Parlimen PAS dan media yang dikuasai mereka telah menyebabkan mereka gagal melihat bahawa ia bukan isu perkauman. Ia bukan kerana penduduk seksyen 23 bersikap anti kepada agama lain. Ia juga bukan soal tidak mahu membenarkan pembinaan kuil kerana jika orang bukan Islam mahu membina rumah ibadah atau berhala mereka, mereka boleh membinanya, tetapi janganlah bertindak sesuka hati dan membinanya di mana sahaja yang mereka suka. Binalah jika mahu, tetapi pertama, mintalah kebenaran rasmi. Kedua, binalah di tempat yang tidak menerima bantahan majoriti penduduk tempatan. Ini merupakan pendekatan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sebelum ini, bukan sahaja dalam isu kuil (seperti yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri Khir Toyo dalam blog beliau), ladang babi, malah dalam isu insinerator di Broga.

2. Bahawa kerajaan negeri Selangor terlalu bongkak untuk mendengar pandangan penduduk. Akhirnya, Khalid Ibrahim masih perlu berjumpa dan bertemu penduduk. Barulah Khalid Ibrahim sibuk untuk mengadakan town hall meeting dan sebagainya.

3. Bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (atau yang diberi gelaran mesra oleh penduduk Shah Alam sebagai Khalid Gereja) terlalu bongkak untuk mendengar rintihan penduduk Islam dan Melayu. Insiden ini juga mendedahkan pekung beliau, iaitu menampakkan beliau sebagai seorang penipu yang amat nyata. Sebaik sahaja isu timbul, Khalid Gereja dengan tangkas menyalahkan UMNO. Beliau menulis di dalam blog, menampakkan seolah-olah beliau telah bertemu pihak yang berdemonstrasi di situ dan mendedahkan bahawa ada dalam kalangan mereka ini merupakan anggota Pekida dan Pewaris. Beliau mengaitkan kedua-dua pertubuhan ini dengan UMNO dan melakukan ini semata-mata kerana hendak menunjukkan bahawa UMNO berada di belakang isu ini. Malangnya pembohongan ini tidak lama sebab terbukti bahawa bukan UMNO yang menjadi dalangnya, sebaliknya ia merupakan inisiatif penduduk di kawasan terbabit. Jelas bahawa ia adalah hasrat penduduk yang diwakili oleh semua golongan termasuk PAS dan demonstrasi ini rupanya diketuai oleh ahli PKR. Mungkin akibat malu dengan tindakan terburu-buru Ahli Parlimen PAS ini, maka Khalid Ibrahim terpaksa mengadakan town hall meeting untuk bertemu penduduk Seksyen 23.

4. Bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang pula cuba menegakkan benang basah. Mereka dengan amat yakin telah melabelkan gambar salah seorang dalam kalangan yang mengikuti demonstrasi tersebut sebagai Datuk Nawawi, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Malangnya penipuan ini tidak lama kerana, terdapat pihak yang membuktikan bahawa gambar tersebut bukan gambar beliau sebaliknya gambar orang lain. Walaupun ia tidak betul tetapi fitnah ini telah disebarkan secara meluas; membuktikan hakikat bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang sebenarnya tidak mempedulikan fakta dan kebenaran, dosa, mahupun soal halal dan haram. Apa yang penting bagi mereka hanyalah untuk mempertahankan kumpulan mereka. Ini juga membuktikan bahawa mengamalkan assabiah atau ketaksuban kumpulan dan kepartian yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
5. Bahawa jelas Khalid Gereja dan PAS tidak berkemampuan melaksanakan tanggung jawab dalam mewakili suara umat Islam dan Melayu di negeri Selangor, malah telah membelakangkan pula kehendak mereka. Ada dalam kalangan penduduk Seksyen 23 yang menyatakan bahawa mereka ada mengemukakan surat bantahan tentang perkara ini kepada Khalid Gereja, tetapi surat ini langsung tidak diberikan perhatian oleh beliau.

6. Bahawa keputusan Kerajaan Negeri Selangor dan pendirian Khalid Gereja ini adalah ibarat menyiram air garam ke atas luka umat Islam kerana isu Tanah Perkuburan Islam di atas tanah waqaf yang terpaksa dipindahkan kerana desakan penduduk berbangsa Cina di shah Alam yang masih belum diselesaikan. Masalah ini dianggap remeh. Sebaliknya keputusan memindahkan kuil lebih diutamakan.

7. Bahawa Khalid Gereja jelasnya tidak nampak bagaimana penduduk-penduduk Seksyen 23 merupakan ahli-ahli PAS-PKR-UMNO dan mereka yang berada di atas pagar; yang boleh mengenepikan pegangan politik dan bersatu hati atas kepentingan umat Islam. Ini membuktikan ego Nik Aziz bahawa kerajaan perpaduan tidak boleh wujud ternyata tidak benar di bahagian Parlimen yang dikuasai PAS.

* Gambar - Karikatur satira Animal Farm karya George Orwell. PAS hari ini digambarkan sebagai mempunyai `wajah' dan perangai lebih buruk daripada pihak yang dituduhnya sebelum ini, iaitu UMNO.

Popular Posts