1. Rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam tidak wajar membenarkan diri mereka ditipu untuk kesekian kalinya oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan tidak membenarkan Edra dan ekonomi negara disabotaj sekali lagi olehnya. Malah mereka sepatutnya mengambil peluang penyenaraian Edra Power Holdings Sdn Bhd ini untuk terlibat sama dalam industri penjanaan tenaga bersama syarikat China General Nuclear Power Corp (CGN).
2. Sebelum dibeli oleh kumpulan CGN dari China, Edra Global Energy adalah syarikat 100% milik Malaysia dan merupakan syarikat pengeluar tenaga ke-3 terbesar di negara, iaitu sebanyak 14% keperluan tenaga negara. Ia mempunyai 13 stesen janakuasa, 5 di dalam negara dan 8 di luar negara, iaitu di 1 di UAE, 1 di Pakistan, 3 di Mesir dan 3 lagi di Bangladesh. 12 daripada 13 stesen janakuasa ini mempunyai lesen dan kontrak perbekalan tenaga. Hanya 1 stesen sahaja yang masih menunggu keputusan penyambungan lesen dari Suruhanjaya Tenaga, iaitu Stesen Janakuasa Telok Gong. Perolehan Edra ketika itu dianggarkan sekitar RM5 bilion setahun.
3. Penyertaan 1MDB dalam sektor tenaga telah menggalakkan penawaran tarif yang lebih rendah berbanding tarif IPP lama sedia ada. Misalnya, bidaan untuk projek pembinaan Stesen Janakuasa Prai adalah yang paling rendah iaitu 34.6 sen/kWh, lebih rendah daripada TNB, pada kadar 34.7 sen/kWh dan IPP lain pada kadar yang lebih tinggi daripada 35.9 sen/kWh. Begitu juga dalam rundingan semula penyambungan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) di kalangan IPP generasi pertama, Stesen Janakuasa KLPP menawarkan tarif terendah, iaitu 35.3 sen/kWh berbanding TNB Pasir Gudang, 37.4 sen/kWh dan Segari Energy Ventures milik Malakoff, 36.3 sen/kWh.
4. Walaupun ketika itu Edra 1MDB turut mempunyai perancangan untuk projek-projek baru seperti projek 3B dan stesen janakuasa solar di Kuala Ketil, Kedah, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan syarikat ketika itu. Akibat serangan yang hebat ke atas 1MDB oleh pembangkang, usaha untuk menjana dana melalui penyenaraian di bursa saham dan melalui pelabur-pelabur lain tergendala dan akhirnya, projek 3B atau Jimah East Power terpaksa dijual kepada pihak lain pada harga dan tarif yang lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh 1MDB. Sekiranya projek 3B ini tidak dijual, dianggarkan penjimatan kerajaan mungkin sekitar RM2 bilion. Salah seorang yang menyerang 1MDB ketika ini adalah Rafizi Ramli dan pada tahun 2015, Rafizi adalah orang yang sama menyerang KWSP, KWAP dan Tabung Haji dengan maksud untuk menghalang institusi ini dari melabur dalam Edra dan melupuskan pegangan di dalam bon-bon 1MDB.
5. Akibat serangan ke atas 1MDB dan 1MDB ketika itu dalam proses siasatan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu Edra. Selain terpaksa menjual projek 3B, Edra, melalui program Rasionalisasi 1MDB akhirnya terpaksa dijual kepada pembida tertinggi melalui tender terbuka antarabangsa, iaitu syarikat CGN.
6. Selepas dijual kepada CGN, syarikat Edra Power Holdings Sdn Bhd adalah syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dan sebahagian daripada salah satu syarikat tenaga nuklear utama dunia. Edra CGN, selain dari memiliki 13 stesen janakuasa di Malaysia, UAE, Pakistan, Bangladesh dan Mesir, bakal membina loji fotovoltaik solar 50 MW di Kedah dan akan membangunkan stesen janakuasa gabungan kitaran turbin gas (CCGT) terbesar di Malaysia berkuasa 2,242 MW di Melaka. Memandangkan terdapat stesen janakuasa di Malaysia yang semakin berusia dan peningkatan permintaan dalam penggunaan tenaga elektrik, boleh dikatakan prospek IPP seperti Edra ini amat baik.
7. Justeru rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, Khazanah, PNB, MARA dan yang lain wajar mengambil peluang apabila CGN bercadang melepaskan 35-40% sahamnya, PERTAMA, kerana ini membolehkan rakyat Malaysia memiliki sebahagian daripada saham Edra dan terlibat dalam industri tenaga. Bagi mereka yang mengkritik penjualan Edra kepada syarikat milik China ini dahulu, mereka yang paling wajar membuktikan semangat patriotik, membeli dan menyokong pembelian ini kerana sekalipun Edra tidak dapat dimiliki 100% oleh rakyat Malaysia, setidak-tidaknya rakyat negara ini masih boleh memiliki kembali 35-40% saham syarikat ini melalui pembelian runcit dan institusi pelaburan awam dan dana awam ini.
8. KEDUA, rakyat Malaysia juga wajar menyokong pembelian saham-saham ini agar dapat menggalakkan persaingan dan penawaran tarif yang lebih rendah berbanding yang ditawarkan oleh pembekal tenaga yang lain. Tawaran yang dibuat oleh 1MDB-Mitsui Co Ltd untuk projek 3B pada asalnya adalah pada 25.33 sen/kWh. Bagaimanapun selepas ia dijual, tarif yang ditawarkan lebih tinggi, iaitu pada 26.67 sen/kWh. Manakala untuk pembiayaan projek ini pula, sukuk murabahah Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) sebanyak RM5.25 bilion telah dilanggan oleh KWSP. Jika 1MDB tidak diserang pembangkang dahulu, tidakkah lebih baik jika dana KWSP yang sama tadi digunakan untuk membiayai projek 3B di bawah 1MDB-Mitsui yang menawarkan tarif yang lebih rendah sekaligus penjimatan yang lebih tinggi kepada kerajaan? Apa sahaja yang boleh membantu mengurangkan tarif eletrik di dalam negara ini sudah tentu wajar disokong dan digalakkan.
9. KETIGA, tidak timbul soal 1MDB kali kedua. CGN bukan syarikat kecil anak, sebaliknya syarikat ternama China yang ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berdaftar RMB 10.2 bilion. Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam R&D dan operasi projek tenaga nuklear. Ia merupakan pengendali tenaga nuklear terbesar di China dan mempunyai 35,000 orang pekerja di seluruh dunia. Edra Global Energy milik 1MDB telah dijual sepenuhnya kepada CGN melalui tender antarabangsa. 11 syarikat membuat tawaran pembelian saham, 4 syarikat disenarai pendek dan 3 syarikat telah membuat bidaan. Mengambil kira jumlah aset, usia aset dan kontrak perbekalan tenaga yang ada di Malaysia dan luar negara, dan pengalaman CGN dalam industri tenaga, sudah tentu nilai yang ditawarkan oleh CGN untuk pembelian Edra dari 1MDB adalah mengikut piawaian antarabangsa dan tidak timbul soal terlebih bayar seperti yang didakwa oleh Rafizi. Pada waktu yang sama, penyenaraian ini membolehkan dana diperolehi untuk membiayai projek-projek baru seperti Projek Solar Kedah dan stesen janakuasa CCGT terbesar di Malaysia di Melaka, tidak timbul soal menanggung hutang 1MDB buat kali kedua atau terjebak dalam skandal 1MDB kali kedua seperti dakwaan Rafizi.
10. Seperti serangan pertama pada tahun 2015, serangan kali kedua Rafizi ke atas Edra ini juga sarat dengan pembohongan. Matlamat Rafizi dan pembangkang adalah untuk menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara agar mudah mereka mengambil alih kuasa. Justeru janganlah mudah terpedaya.
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran PEKEMBAR/UMNO ke-65 - Semoga Allah terus memberi petunjuk, merahmati dan memberkati semua pejuang per...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
Mungkinkah ini akan terjadi? Siapa Ku Li sebenarnya? Di mana bukti kesetiaannya? Pada tahun 1998, dalam usaha untuk membela Anw...
No comments:
Post a Comment