Amat menyedihkan apabila membaca kenyataan pemimpin pembangkang mengenai kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS). Rupanya pengetahuan mereka mengenai kes ini amat cetek. Tidak hairanlah kenapa kenyataan mereka begitu dangkal dan mengarut. Tak tahu, rasa nak menangis atau ketawa sebenarnya. Penyokong pembangkang patut berasa malu kerana tahap pengetahuan pemimpin mereka, termasuk yang bergelar Ahli Parlimen begitu menyedihkan.
Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB ini mungkin boleh membantu meningkatkan tahap pengetahuan ahli parlimen dan pemimpin pembangkang. Ia juga boleh menjawab soalan, BENARKAH WANG 1MDB TELAH DICURI DAN PENCURINYA ADALAH NAJIB?
1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB. Jika kerajaan AS yakin bahawa aset-aset tersebut adalah hasil "money laundering" atau kegiatan haram yang lain, sudah tentu kerajaan AS akan terus merampas aset dan mendakwa setiap individu yang dinamakan melalui PROSIDING JENAYAH dan bukan melalui PROSIDING SIVIL. Persoalannya, kenapa AS tidak merampas aset-aset tersebut dan mendakwa terus semua individu yang dinamakan di dalam saman ini? Malah didapati Jabatan Kehakiman AS juga tidak berani menamakan pihak tertentu di dalam saman tersebut. JAWAPANNYA: kerana Jabatan Kehakiman AS TIDAK MEMPUNYAI BUKTI atau TIDAK MEMPUNYAI BUKTI YANG MENCUKUPI untuk mendakwa bahawa semua aset yang tersenarai di dalam saman ini adalah dari hasil "money laundering" atau kegiatan haram.
2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan atau prosiding jenayah sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.
3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."
4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York dan California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.
5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan beberapa pihak lagi, termasuk yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.
6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Kerajaan AS tidak boleh merampas aset ini sewenang-wenangnya. Untuk merampas aset ada TIGA langkah yang perlu dibuat terlebih dahulu. Pertama, memastikan siapa pemilik sebenar aset-aset ini. Kedua, memastikan tiada pihak lain yang menuntut aset tersebut. Ketiga, menyiasat dan memastikan adakah aset itu hasil daripada kegiatan haram atau kegiatan perniagaan yang sah. Selepas TIGA langkah ini dilaksanakan baharulah kerajaan AS boleh merampas aset-aset ini.
7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia atau negara asal dana tersebut.
8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.
9. Dalam tindakan saman sivil ini, Jabatan Kehakiman AS tidak ada atau tidak mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan setiap individu terbabit dengan kesalahan jenayah. Dengan menggunakan saman sivil ini mereka mahu pihak yang kena tuduh mengesahkan bahawa aset mereka bukan dari sumber haram. Jika pihak yang dituduh memperolehi aset dari sumber haram yang lain selain dari 1MDB dan tidak mahu mengesahkan sumber wang dalam pembelian aset ini pun, kerajaan AS tetap akan merampas aset mereka. Tidak semestinya ia dikaitkan dengan 1MDB. Jika pemilik aset boleh mengesahkan bahawa ia adalah dari sumber pelaburan yang sah dan bukan dari kegiatan haram, maka aset-aset ini tidak boleh dirampas.
10. Memandangkan Jabatan Kehakiman AS tidak mempunyai bukti yang mencukupi dan jika betul pembelian semua aset ini menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, maka ia bukan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh 1MDB. Sebaliknya dalam kes ini, 1MDB adalah mangsa kepada perbuatan jenayah. Berdasarkan fakta kes, sehingga kini pertikaian hanya timbul dalam transaksi yang melibatkan IPIC dan Aabar. Jika itu kesnya, maka baguslah jika wang dari hasil penjualan aset dan produksi filem blockbuster ini dikembalikan kepada Malaysia atau 1MDB yang menjadi mangsa 'kecurian' ini.
Jadi apa isunya?
2 comments:
Umat Islam menolak MUNAFIK dan konco konco nya
not sure whether u are ignorant, stupid, a hopelessly 'bran eater' or all of these together ��
Post a Comment