Tuesday, January 28, 2014

8 SEBAB Ranking Blogger Pro-UMNO jatuh! Sebab ramai ketagih main #CandyCrush? #Lifestyle #SyokSendiri

Blog tunfaisal.blogspot.com di tangga 17. Terima kasih di atas sokongan para pembaca. 
Nampaknya kedudukan ranking ramai blogger pro-UMNO yang jatuh teruk. Tidak tahu apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan kejatuhan ini. 

Mungkinkah kejatuhan ini diakibatkan oleh :- 

1. kurang penghargaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kepimpinan tertinggi UMNO,  atau

2. mungkinkah kerana penubuhan Jabatan Media Sosial (JMS) tidak melibatkan mereka sehingga mereka berasa fed-up dengan UMNO, atau 

3. adakah kerana kebajikan dan nasib mereka tidak terbela sehinggakan ada blogger yang terpaksa menjual kad pre-paid Tone Excel, burger bakar dan memotong rumput sehingga menghadkan waktu berblog, atau 

4. mungkin juga kerana mereka mengikut saranan untuk mengurangkan masa berblog tentang politik sebanyak 50% dan lebih menumpukan kepada penulisan #Lifestyle, atau 

5. mungkin mereka ketagih main Candy Crush, atau

6. Mungkinkah kerana BLOGGER UMNO marah dan meluat dengan PEGUAM UMNO dan BERUANG UMNO yang bersetuju tarik saman Mustafa Ali DAN terima kenyataan Mustafa bahawa video itu kerja BLOGGER UMNO? Atau,

7. kerana mereka tak mahu Syok Sendiri?

8. Atau kerana mereka yakin dengan kenyataan wartawan pencen ini yang kata mereka sebenarnya tidak membantu kepimpinan UMNO? Jadi biar Kadir sajalah yang buat dan tulis blog. Mungkin Kadir rasa 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13 tu adalah FAKTOR UTAMA yang membantu kemenangan BN dalam PRU13. Suka lu lah Kadir.....

Senarai kedudukan ranking blog pro-UMNO (sambungan...)

SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com/?p=103995

6 comments:

Yuseri Yusoff said...

Hahahaha... pedas ayat lu sekarang bos.

Hafiz Al-Din said...

Larikkk!! Bos mengamuk...

maae said...

Nak tahu kenapa ?

1. Mengejar kedudukan. Artikel berkisar kepada benda yang sama, berulang-ulang.

2. Blogger tidak beriteraksi dengan pengomentar. Rata-rata menganggap ide pengomentar sampah ! Malah ada yang blok ruang komen kepada kawan-kawan sahaja. Untuk apa berblog jika fikiran anda sahaja mesti di rujuk dan berhikmah ? Bukan kah lebik baik komen pembangkang (bukan yang terlalu biadap) di papar untuk di bahas ?

3. Jenis yang pro umno, kedapatan begitu angkuh. Tunjuk pandai yang bukan pandai pun... retorik akademik konon lebih hebat dari yang lain. Macam macam penghinaan bodoh kepada Islam seperti suara ostat OSTB. Ulama Islam, berjubah semua setan, kata nya. Pantau ini. Amat bahaya !

Perhatikan blogger pembangkang. Memang fitnah itu satu kemestian tapi dari segi lain, punya etika dengan geng-geng nya yang lain. Mereka tidak menghentam parti dan idola mereka.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ha3 mana ada mengamuk YY, Hafiz :)

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

maae,

blog PR lagi angkuh. tapi yang menyumbang kpd hits mereka adalah penipuan, fitnah dan memainkan cerita2 sensasi :)

Popular Posts