Friday, February 22, 2013

[Gambar] Nik Aziz beri `lembu' makan guna duit Pas? #PasLembukanRakyat

nik-aziz-bagixxx

Wow - gambar Nik Aziz suap `lembu' ke ni? Rosak Nik Aziz bila samakan penerima bantuan   wang ringgit sebagai binatang...


Ini gambar apa Tok Guru???
KHAMIS, 21 FEBRUARI 2013 23:23 ADMINISTRATOR  

Gambar yang dirakam oleh jurugambar bebas, Minaq Jinggo semasa kempen pilihanraya kecil Galas di Kelantan pada November ,2010 ini tiba-tiba kembali menjadi barang panas.

Sepanjang Khamis ia digunapakai di pelbagai laman blog,facebook dan media internet.

Kata-kata Inggeris berbunyi: a picture is worth more than a thousand words.

Entahlah kalau-kalau Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat juga nak pusing macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes dakwaan video seks 99.9 peratus tulin...kata orang dalam gambar ini gemok sikit dari dirinya.

Apa agaknya rasa penyokong taksub parti bulan itu melihat gambar beliau sedang jolok duit ini bila mendengar kata-kata pedasnya yang menyamakan penerima BR1M seperti ayam dan lembu.

Tolak sebelah puak-puak yang pasti akan pekakkan telinga ini terus anggap setiap kata-kata Tok Guru itu sebagai ' keramat' ....namun dari reaksi yang dengar sana sini ramai sekali yang marah dengan celaan Menteri Besar Kelantan itu yang sudah terlalu over itu.

Sendiri bikin tu apa cerita? Apa agaknya fatwa yang Musyridul Am PAS itu nak keluarkan mengenai gambar beliau dok jolok wang kepada pemuda orang asli ini semasa kempen pilihanraya Galas.

Apakah mereka ini juga binatang Tok Guru?

brimxx

Juga kalau Tok Guru rajin jeling-jeling ramai sekali orang bulan,parti mata dan mereka yang naik roket juga berbaris mengambil BR1M di sana sini.

Bagaimana agaknya perasaan anak-anak mereka bila ibubapa mereka yang tersipu-sipu tunduk malu terima pemberian kerajaan itu disamakan dengan binatang. 

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin turut bersuara mengenai gelagat Tok Guru itu menerusi tulisan dalam lama blognya.Berikut ialah ulasan beliau:

Salam 2 all.

Satu lagi adengan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura PAS merangkap penceramah tetap PAS dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi semalam (Rabu), Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut saperti memberi hampas kepada ayam, saperti memberi jerami kepada lembu. Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan saperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut patwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik! Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan patwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas Al-Quran & Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai. Teman ingat lagi semasa PRK-Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulor duit kepada orang ramai jelas terpampang! Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Budha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang PAS-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang dah ambil bantuan kerajaan Persekutuan samada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit tu. Bukan sahaja ianya tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam & memperlembukan mike yop!

Sementara itu Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas menganggap kata-kata Nik Aziz bahawa BR1M seperti “memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu” itu satu penghinaan melampau.

Beliau menilai ia sebagai satu komen terdesak yang akhirnya boleh dengan sendiri menjauhkan rakyat dari PAS.

Dr.Zambry ditemui di majlis penyampaian Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting, Khamis.

Beliau membidas pembangkang kerana mereka gagal melakukan macam yang dibuat BN kerana telah terbukti “kita komited untuk menolong rakyat yang memerlukan bantuan.”

Sebaliknya kata beliau, ini sangat difahami kerana pembangkang tidak berjaya melakukan program seumpama ini walaupun memegang tampuk pemerintahan negeri jauh lebih lama.(Nik Aziz jadi MB Kelantan 23 tahun).

“Saya melihat ini kenyataan-kenyataan yang terlalu terdesak hingga sanggup mengeluarkan apa jua bentuk kecaman kepada kerajaan.

Beliau menambah “saya yakin kecaman yang begini akan menjauhkan rakyat daripada mereka dan semakin memperjelaskan lagi warna dan wajah sebenar mereka.”

Menteri Besar itu menjelaskan adalah menjadi matlamat kerajaan yang memerintah menyediakan pakej bantuan dan inisiatif kerana “kita tahu masih ada segelintir masyarakat diluar yang berada dalam kemiskinan dan memerlukan bantuan”.

Sikap sini cakap lain..sana cakap lain Nik Aziz mengenai soal bagi duit ini juga dapat dilihat menerusi satu laporan Bernama selepas himpunan Bersih 3.0 tidak lama dulu dimana beliau kata tidak salah bagi duit bantuan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah PAS turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.- 21/2/2013



No comments:

Popular Posts