Monday, January 21, 2013

#RCISabah - kredibiliti saksi bekas tahanan ISA meragukan


[Nota: Kalau mereka mendapat arahan pihak tertinggi, tidak mungkin mereka di kenakan ISA. Peliknya, mereka ini di ISA kan. Mungkinkah mereka menerima rasuah, terlibat dengan sindiket atau ada kepentingan-kepentingan lain untuk memalsukan dokumen pengenalan diri atau kemasukan warga asing, sehingga mereka di ISA kan kerana boleh menggugat keselamatan negara? Susah untuk menekanya. Bagaimanapun ramai yang berpandangan bahawa kredibiliti saksi agak meragukan. Sehingga kini terdapat keterangan saksi bahawa keputusan memberi kewarganegaraan atau dokumen diri di Sabah bukan keputusan kerajaan Pusat semata-mata dan keputusan memberikannya dibuat atas dasar kemanusiaan, tetapi perlu dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah. Kita tunggu keterangan-keterangan saksi lain...]


#RCISabah : Keterangan Saksi Bekas Tahanan ISA Meragukan

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/rcisabah-keterangan-saksi-bekas-tahanan.html


Laporan terbaru prosiding Suruhanjaya di Raja (RCI) di Sabah yang ditubuhkan untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada 200,000 warga Mindanao dan Moro ketika Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri terlalu banyak ditokok tambah dan disensasikan oleh media pembangkang.

Pertama sekali kita perlu faham bahawa Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ini ditubuhkan atas kehendak pemimpin BN.

Malah PM DS Najib Tun Razak sendiri turut berhasrat untuk melihat kes yang telah berlarutan selama 4 dekad ini diselesaikan jelas memperlihatkan keikhlasan PM bagi membuka lembaran baru buat rakyat Sabah.

Kedua terdapat keterangan yang meragukan terutama daripada 5 orang saksi yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing.

Antaranya Nasir Bin Sungip pernah dikenakan tindakan oleh jabatan dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam pemberian IC kepada warga asing.

Keterangan Nasir Sungip yang juga saksi ke- 10 pada 16 Januari yang lalu, besar kemungkinan bias dan dilihat bermotifkan politik memandangkan dia adalah adik kepada Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungip.

Jika aktiviti pemberian kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah adalah usaha yang direstui oleh kepimpinan negara pada waktu itu, kenapa pegawai-pegawai JPN yang terlibat memberikan dokumen pengenalan tanpa mengikut peraturan dan dilihat menjejaskan keselamatan negara dikenakan tindakan?

Adakah aktiviti pemberian dokumen kerakyatan ini merupakan kerja orang seperti Nasir Sungip yang menjual dokumen kepada pendatang asing tetapi kerajaan dipersalahkan secara keseluruhan?




2 comments:

Anonymous said...


Anwar menang saman terhadap Utusan, mahkamah kata akhbar tersebut tidak bertanggungjawab



Oleh Nomy Nozwir

January 21, 2013




Anwar Ibrahim di gambar fail ini, iringgi oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Jan — Mahkamah Tinggi memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Datuk VT Singham juga berkata ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” Hakim Singham memberitahu mahkamah.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif.”

Anonymous said...

padan muka utusan...balasan pada golongan2 munafik dan ahli2 dalam persatuannya..iaitu UNITED MUNAFIQ NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)

Popular Posts