Janji Nik Aziz pada tahun 2010
28 Mei, 2010 15:33 PM |
|
Krisis Air Di Kelantan Semakin Serius, Idea Husam Diperlukan Segera
Beberapa bulan lalu Sinar Harian melaporkan sebuah keluarga di Kampung Laut terpaksa memunggah air untuk memandikan jenazah keluarga mereka yang meninggal dunia.
Hari ini, DetikPerubahan.com melaporkan perkara yang hampir sama berlaku di Kampung Bendang Pak Yong di mana jenazah seorang wanita tua terpaksa dikebumikan lewat empat jam disebabkan tiada bekalan air untuk memandikan jenazah.
Sejak 27 Julai lalu, hampir setiap hari Bernama melaporkan mengenai gangguan bekalan air yang melibatkan puluhan ribu rakyat di negeri ini di jajahan Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas. Sila rujuk di sini , di sini dan di sini.
Utusan Malaysia pula dengan laporannya yang keras terhadap kerajaan Pas Kelantan dan AKSB bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mungkin akan mengambil tindakan undang-undang kerana kegagalan Kerajaan Pas Kelantan dan syarikat miliknya untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih. Rujuk di sini.
Ia ekoran beratus aduan yang diterima Ibrahim daripada penduduk di kawasan berkenaan mengenai keadaan bekalan air bersih yang terputus sejak empat hari lalu. Malah lebih menggeramkan penduduk di Pasir Mas apabila AKSB tidak memberikan sebarang notis atau pun penjelasan mengenai masalah tersebut.
Malah para peniaga di sekitar Pasir Mas turut mengalami kerugian yang besar kerana mereka tidak boleh mencari rezeki disebabkan tiada bekalan air bersih dan sekiranya perniagaan makanan diteruskan ia menimbulkan tanda tanya dari segi kualiti.
Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB tidak pernah berusaha atau belajar untuk mengatasi masalah yang timbul. Mereka lebih suka pasrah menyerah kepada takdir begitu sahaja.
Sekiranya kemarau yang menjadi alasan, soalnya kenapa tiada perancangan awal. Kemarau bukan sekali dua berlaku, hampir setiap tahun akan ada waktu kering tambahan pula dengan keadaan cuaca dunia yang tidak menentu. Alasan sebegini tidak boleh diterima.
Ini mungkin kerana mereka sudah mempunyai set alasan yang standard serta beranggapan ia diterima oleh rakyat negeri ini – alasan tersebut ialah – ini semua salah Kerajaan Pusat.
Apa yang pasti, Pas Kelantan tidak memainkan peranannya sebagai sebuah kerajaan di negeri ini. Mereka masih lagi pembangkang yang hanya mencari kesalahan orang untuk melepaskan diri atau dengan bahasa mudahnya, budaya ‘escapisme’ biarpun telah memerintah lebih 20 tahun.
Jika benar pemimpin Pas ini bijak mentadbir, alasan disekat Kerajaan Pusat tidak boleh diberikan. Sebagai seorang pemimpin yang bijak mereka harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tambahan pula masa yang diberikan sudah terlalu lama iaitu 20 tahun.
Malah keadaan ini dijangka akan bertambah parah apabila anak perantau pulang untuk berhari raya di kampung halaman. Dan keadaan ini juga perkara yang sama berulang sejak 20 tahun lalu. Jadi kenapa perlu pasrah sepatutnya alternatif perlu dicari untuk menyelesaikannya lagi pun kerajaan Pas Kelantan mempunyai pemimpin yang bijak seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Md. Anizam Abdul Rahman.
Gunakanlah kepakaran individu seperti Husam dan Anizam untuk menyelesaikannya. Sayang kalau idea mereka tidak digunakan. Apalah sangat untuk menyelesaikan masalah air berbanding projek Lebuh Raya Kasih yang menelan kos hampir RM2 bilion dan projek kambing jamnapari.
Dan Husam pula jangan malu kambing-kambing menolak pelawaan sekiranya dijemput untuk menyumbang idea untuk menyelesaikan masalah ini. Alasan ‘ini bukan portfolio saya’ juga tidak boleh ada pada orang hebat macam Husam.
Sebagai seorang pemimpin hebat, beliau tidak boleh menghadkan keupayaannya, beliau ‘wajib’ melangakaui sempadan bagi memastikan rakyat benar-benar terbela.
Akhir bicara, kepada anak-anak perantau yang ingin pulang untuk menyambut Aidilfitri anda semua dinasihatkan supaya membawa bekalan air yang mencukupi untuk pulang ke kampung kerana pastinya anda akan menghadapi masalah bekalan sama ada terputus atau tekanan rendah terutama di pagi 1 Syawal.
No comments:
Post a Comment