CHAMELEON |
LIDAHNYA BERCABANG DUA
Anwar menuduh Najib sebagai ‘double talk’ berdasarkan pendapat wartawan Washington Post, walhal akhbar yang sama juga pernah menuduh Anwar Ibrahim sebagai ‘double talk’ pada tahun 2010 ketika Anwar melakukanApology Tour kepada kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat (AS) kerana ucapannya di Malaysia.
Jackson Diehl dari The Washington Post, “Flirting with zealotry in Malaysia“, menulis Anwar memohon maaf di atas kesilapan ‘double talk’ itu. Diehl, seorang penulis Yahudi di Washington Post melaporkan Anwar Ibrahim berkunjung dan menghabiskan masa di Washington beberapa hari lalu semata-mata untuk memberi penjelasan kepada sahabat-sahabat lamanya (kebanyakan Yahudi) berkenaan tuduhan ‘anti-semitik’ dan ’anti-Yahudi’ yang dituduh kepadanya.
Penulis melaporkan bahawa Anwar turut memohon maaf dan menyesal menggunakan istilah yang ’mengguris perasaan zionis’ yang sebelum ini hanya dipakai oleh Ahmadinejad dan bukan maksudnya beliau mahu menjadi Ahmadinejad.
Beliau mengaku ‘menyerang Israel’ untuk mendapat pengaruh dari masyarakat Islam di Malaysia, dan tidak bermaksud ‘menyerang’ dalam erti kata sebagai seorang ‘anti-semitik’ dan ‘anti-Yahudi’.
Kata Anwar, “Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?”. ” Saya harus lebih berhati-hati.”
Malah lebih teruk lagi, pada tahun 2009, majalah The Economist melabelkanAnwar Ibrahim sebagai ‘chameleon’, sejenis binatang sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut tempat dan keadaan.
Majalah antarabangsa itu membandingkan ‘double talk’ Anwar ketika bercakap di hadapan kumpulan Kristian di Perth, Australia dengan kumpulan Islam di Kelantan.
Terbaru kes pendirian terhadap kumpulan homoseksual. Ketika ditanya olehpenyokong LGBT dalam Yahoo Newsroom, 19 Mei 2011, Anwar berkata beliau tidak akan mendiskriminasikan kumpulan LGBT.
Pendirian yang sama ditegaskan Anwar apabila ditanya wartawan BBC News, di Mumbai, India, namun apabila berada dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk kes samannya terhadap Utusan Malaysia, Anwar menafikan menyokong gay, malah beliau mendakwa mahu mendiskriminasi kumpulan tersebut.
Pendirian tidak konsisten dan ‘double talk’ Anwar itu dikecam olehkonsultan penajanya, Phil Robertson, dari Human Rights Watch (HRW)kerana HRW sebelum ini berkempen habis-habisan menyokong Anwar dan mendesak undang-undang anti-gay di Malaysia dimansuhkan kerana berhujahAnwar adalah mangsa undang-undang anti-gay antara dua lelaki dewasa yang sukarela.
1 comment:
Double talk cuma diamal kn oleh UMNO je.Periksa rekod dlu.Pd org Melayu ckp lain,pd org bukan Melayu cakap lain.Toksah hang nk kelentong le.
Post a Comment