Sunday, August 21, 2011

Sinchew berusaha menangkan Ketua Menteri Paling Dibenci Dalam Sejarah Pulau Pinang


Lim Guan Eng dikenali sebagai Ketua Menteri Paling Dibenci dalam Sejarah Pulau Pinang. Bekas Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Guan Eng sebagai seorang diktator cauvinis berfikiran komunis. Dakwaan Zahrain mungkin ada asasnya kerana dalam beberapa tindakan, ia dilakukan secara autokratik tanpa meminta pandangan dan nasihat pihak lain selain dari tidak mendengar nasihat rakyat.

Rakyat Pulau Pinang merintih apabila gerai-gerai dirobohkan, tindakan zalim ke atas pemilik restoran dan peniaga di KOMTAR. Rakyat Pulau Pinang juga marah kerana kegagalan Guan Eng menyelesaikan masalah Kg Buah Pala dan banjir yang menyusahkan rakyat sejak sekian lama (klik). Kegagalan untuk memahami sensitiviti umat Islam menyebabkan wang kelab lumba kuda digunakan untuk warga emas sehingga rakyat menjadi marah. Adakah wakil rakyat Islam dalam Pas dan PKR tidak ditanya sebelum tindakan ini dibuat?

Ini tidak termasuk penipuan dalam kes kerusi di Bukit Bendera (klik), dalam pengumuman bantuan sekolah agama (klik), pendapatan Pulau Pinang (klik), rumah kos rendah (klik), pengurusan air (klik), jalan alternatif bebas tol (klik) dan claim mileage tentang penurunan jenayah di Pulau Pinang walaupun itu sebenarnya usaha BN melalui NKRA.

Guan Eng juga gagal mengemukakan sebarang dasar yang jelas untuk memelihara dan memartabatkan agama Islam dan usaha merapatkan jurang pendapatan antara kaum bukan Cina dengan kaum Cina, serta langkah untuk menyelesaikan masalah perumahan, pekerjaan dan perniagaan Bumiputera di Pulau Pinang.

Banyak lagi perkara yang hendak disenaraikan di sini bagi menunjukkan kebencian rakyat terhadap Guan Eng. Tidak mustahil kenapa Guan Eng diserang (klik) dan diugut bunuh (klik) oleh rakyat Pulau Pinang yang membncinya.

Jadi Sinchew - tak perlulah memburukkan Koh Tsu Koon, kerana koh Tsu Koon tidak pernah dibenci oleh rakyat seperti rakyat membenci Lim Guan Eng! Kempen DAP untuk mempertahankan Pulau Pinang telah bermula. Malangnya editorial Sinchew amat berat sebelah. Adakah Timbalan Editor Sinchew dirasuah untuk berbohong kepada rakyat tentang Guan Eng bagi memastikan DAP terus berkuasa?

___________________________________________

Sinchew Daily ms 38
19 Ogos 2011

Pulau Pinang Timbul Banyak Isu
Lim Swee Guan
Timbalan Editor

Selepas negeri Selangor, diikuti pula Pulau Pinang. Timbul banyak masalah. 4 hari lepas, ibu pejabat DAP Pulau Pinang disimbah dengan cat, pada awal pagi Khamis tempat itu dibakar orang pula, Bangunan Pejabat Perbandanran Bukit Mertajam juga jadi mangsa.

Walaupun tidak dapat dikenal pasti angkara siapa, tetapi tanggapan orang pasti tidak terkeluar dari isu politik.

Jika dibandingkan dengan negeri Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang agak lebih kukuh, kerana penduduk kaum Cina di Pulau Pinang seramai 40.9 peratus, dan prestasi kerajaan negeri juga amat memberangsangkan, contohnya pada tahun lepas pelabur asing membawa masuk 12.238 billion ringgit, mencatat yang tertinggi di seluruh negara; ramai pelabur beralih arah ke Pulau Pinang, sedangkan majlah ekonomi juga menyanjung negeri Pulau Pinang daripada takuk yang lama dapat berubah dan membuat pembaharuan.

Sebaliknya BN di Pulau Pinang masih belum jumpa resepi untuk tawan kembali kerajaan Pulau Pinang, malah pengerusi BN Pulau Pinang Koh Tsu Koon berlaku bertikam lidah dengan pengerusi Dewan Cina Pulau Pinang Tan Kok Ping, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin.

Jika BN mahu merampas kembali kerajaan Pulau Pinang, BN sepatutnya memilih terlebih dahulu bakal ketua menteri Pulau Pinang yang akan datang. Tubuhkan satu pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang. Calon tersebut sepatutnya calon yang tinggal dan menetap di Pulau Pinang dan secara terbuka orang itu berani berdepan bertanding di kawasan Lim Guan Eng di DUN Air Putih, bangkitkan semangat BN, supaya rakyat dapat membuat keputusan.

Pada PRU 2008, meletakkan tokoh seperti Ting Hock Nam, Teng Chang Yaw dan Lee Kah Chuan adalah kesilapan besar BN dalam strategi itu; selepas kalah teruk dalam PRU, mereka tidak dapat wujudkan satu kumpulan ataupun wakil untuk bakal ketua menteri akan datang, bermakna kesilapan itu bertambah-tambah.

Koh Tsu Koon asyik diejek, lembik tidak keras (pada awal tahun ini beliau berjanji mahu berubah bertukar kulit, mahu habis-habisan serang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang), sebaliknya atas semangat dalam komponen BN UMNO tidak boleh tukar pengerusi BN negeri. Mereka tidak berani melanggar peraturan itu “membenarkan orang Cina yang menjadi ketua menteri” sebagai perjanjian, sebab itu UMNO hanya mampu membantu perluaskan lagi sokongan orang-orang Melayu di Pulau Pinang pada BN.

Sejak berlakunya isu warong, isu orang-orang Melayu di Pulau Pinang diketepikan, “isu rusuhan di Komtar” dan tunjuk perasaan di Komtar, perhimpunan secara haram membantah Lim Guan Eng, isu politik Pulau Pinang berturut-turut berlaku.

Kerisauan UMNO boleh difahami. Strategi yang begitu agresif mungkin boleh mendapatkan sokongan dari pengundi Melayu, tetapi dikhuatiri akan kehilangan pengundi Cina pula, ia hanya akan menguburkan peluang MCA dan Gerakan yang sudah pun tipis itu.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN, di kawasan di mana orang Cina ramai, terdapat 14 kerusi, kawasan Melayu 10 kerusi, kawasan campuran 16 kerusi, walaupun UMNO boleh menang semua kerusi di kawasan Melayu, paling banyak pun UMNO hanya peroleh 10 kerusi dan tidak mungkin boleh memerintah kerajaan negeri.

Pada akhir tahun lepas UMNO bertukar pengerusi negeri, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid lepaskan jawatan itu dan ketua bahagian UMNO Nibong Tebal Zainal Abidin dilantik sebagai pengerusi negeri, tetapi Zainal Abidin tidak dapat berkesinambungan dengan MCA dan Gerakan untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Chua Sui Lek selepas dilantik menjadi Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang masih belum menampakkan beliau boleh memberi kesan-kesan yang tertentu.

BN sepatutnya hentikan mencabar kerajaan Pakatan Rakyat, kerana ia adalah tindakan yang salah, sepatutnya BN bersungguh-sungguh mengkaji satu rancangan dan strategi PRU untuk di Pulau Pinang, jika tidak BN akan kalah secara berasingan.

Diharap perbalahan politik yang berlaku tidak menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat di Pulau Pinang, ibu pejabat DAP dibakar ia hanya satu isu terpencil, sepatutnya politik dibiarakan hanya untuk politik sahaja, biarkan rakyat sendiri yang tentukan siapa pula yang dipilih yang akan memerintah kerajaan untuk masa depan mereka.

4 comments:

Unknown said...

tp koh tsu koon kena realize dia mmg kena berundur..
gerakan & mca perlukan hero baru utk org cina bg menandingi dap..

p/s: awat susah sgt aku mintak bro link dan follow balik blog aku?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

dah link dah. ada kat bawah tu.

Anonymous said...

TUN MACAM MANA NAK CONTAC TUN..NAK JOIN MAJLIS BELIA PUTRAJAYA DGN PERKAS PUTRAJAYA LAH

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

boleh contact thru emel tunfaisal@yahoo.com, bg nama & fon number nanti. atau ikut twitter je.

Popular Posts