Tahniah kepada rakan blogger Sat-D yang mendedahkan penipuan Lim Guan Eng dalam artikelnya `Dividends of anti-corruption'. Mari kita simpulkan dari tulisan Sat-D ini;
- keadaan `surplus' BUKAN perkara baru, malah telah berlaku sejak 6 tahun yang lalu, membuktikan kecekapan tadbir urus kerajaan BN ketika itu
- `silap mata' penurunan pungutan hasil permium tanah-tukar syarat 2008, dari RM 35.92 juta kepada hanya RM 19.23 juta dalam penyata kewangan 2009
- `silap mata' penurunan kutipan cukai tanah 2008, dari RM 93.04 kepada Tuggakan Cukai Tanah yang bernilai hanya RM 7.24 juta
- `silap mata' peningkatan belanja mengurus RM 283.15 juta pada tahun 2008 kepada RM 331.2 juta dalam penyata tahun 2009.
Nyatanya ini bukan pertama kali Guan Eng bermain silap mata dari segi akaun perbelanjaan Pulau Pinang.
Dahulu Guan Eng pernah ditangkap menipu umat Islam apabila cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Pakatan Pembangkang aka Penipu Rakyat (PR) mengadakan sumbangan yang lebih besar untuk Hal Ehwal Islam. Nyatanya, itu hanya penipuan dan silap mata `accounting' seperti yang dinyatakan oleh tulisan ini 'Peruntukan Hal Ehwal Islam - Pembohongan Guan Eng didedahkan'.
Guan Eng mendakwa kononnya kerajaan PR memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun 2009. Hakikatnya, seperti yang didedahkan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid, jumlah sebenar yang diperuntukkan cuma RM11 juta, iaitu lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi oleh kerajaan BN pada tahun 2008 (klik).
Nota: Kalau ya pun nak tunjuk bagus, takkan sampai menipu? PR = Penipu Rakyat!
1 comment:
utusan malaysia kena ambik artikel ni..
mesti kecut perut terberak terus diorang ni.
bab ilmu ekonomi ni saya tak reti sangat.
serah kpd yg pakar lagi arif hehe.
Post a Comment