Syabas kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang berani berhadapan dengan dakwaan Barry Wain dan Lim Kit Siang terhadapnya bahawa RM 100 billion hilang semasa pentadbiran beliau. Saya percaya beliau akan berjaya menegakkan kebenaran dan membuktikan pembohongan Barry Wain dengan meyakinkan.
Saya membesar di dalam keluarga yang tidak menggemari Tun Dr Mahathir. Sejak saya mula dikenalkan dengan nama beliau pada tahun 1982, yang saya dengari adalah ibu dan arwah bapa saya tidak menggemari beliau tetapi gagal mengemukakan dengan baik sebab kenapa mereka tidak menyukai beliau. Akhirnya saya fikir mungkin lebih baik saya mencarinya sendiri.
Bermula dengan Dilema Melayu, saya cuba membaca pemikiran dan wawasan beliau. Selain itu saya juga cuba memahami pemikiran beliau melalui biografi Tun Daim Zainuddin. Selain itu saya mengikuti kritikan-kritikan terhadap beliau, termasuk melalui akhbar Harakah yang sering dibeli oleh ibu saya, akhbar pengguna dan majalah Aliran.
Saya fikir kali pertama saya benar-benar mengkaguminya adalah apabila kritikan pembangkang yang saya baca sebelum itu kesemuanya tersasar terutama mengenai pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara Selatan. Bagi saya pembangkang hanya pandai mengkritik tapi sebenarnya tidak benar-benar ikhlas untuk melihat pembangunan dan kemakmuran negara, sebaliknya lebih berminat untuk menjadikan ia goyah, ekonomi dan pentadbirannya tidak diyakini dan dilihat bergolak semata-mata untuk mereka mengambil alih kuasa. Mungkin itu jugalah yang menyebabkan arwah ayah saya menukar fikiran dan mulai mengkagumi Tun Dr Mahathir beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Saya semakin mengkagumi Tun Dr Mahathir selepas tahun 1990 apabila melihat idea-idea pemodenan Malaysia dan wawasan beliau yang begitu jauh serta diterjemahkan dengan pelaksanaan melalui kesungguhan politik yang begitu tinggi.
Begitu pun, bagi saya jasa beliau yang paling tinggi adalah kerana kejayaan beliau dalam empat aspek, pertama - beliau telah berjaya membawa perubahan yang signifikan terhadap minda rakyat Malaysia, dari sebuah bangsa yang terjajah minda dan tidak yakin dengan kemampuan mereka sendiri (bagi anak-anak muda yang hidup di pasca zaman Malaysia Boleh - semasa saya di usia remaja, bagi ramai di sekeliling saya, hanya Barat dan orang luar saja yang lebih bagus dalam semua perkara - ketika itu semua yang datang dari Barat lebih baik, hari ini pun nampaknya negara kita kembali ke trend yang sama) kepada sebuah bangsa yang lebih yakin dengan kemampuan mereka (ini dibuktikan dengan beliau sendiri meyakini kemampuan seorang doktor berbangsa Melayu untuk melakukan pembedahan pintasan jantung ke atas beliau - pada ketika itu, ramai yang lebih percaya kepada pakar di luar negara untuk mendapatkan rawatan).
Kedua, kejayaan beliau mengalihkan ekonomi negara dari yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan pembuatan serta memulakan peralihan ekonomi yang berasaskan pengetahuan.
Ketiga, kejayaan beliau mempertahankan Malaysia dari penjajahan baru dari segi ekonomi apabila menyelamatkan negara dari dimiskinkan akibat serangan dan krisis mata wang dan membangunkan semula ekonomi negara selepas krisis ini dengan cara Malaysia. Cara beliau ini bukan sahaja dianggap tidak orthodoks malah boleh menyebabkan Malaysia dianggap sebagai `pariah' di mata masyarakat dunia - dan seperti biasa dikritik dengan hebat bukan sahaja oleh masyarakat dunia, tetapi juga PEMBANGKANG dalam negara.
Bagi seorang yang mengalami sendiri kesan akibat preskripsi yang salah oleh bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentulah saya melihat kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dilihat melangkaui kemampuan dan kebijaksanaan menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim. Akhirnya Tun Dr Mahathir membuktikan kepada dunia bahawa preskripsi beliau, walaupun menyanggah teori AHLI EKONOMI, lebih tepat untuk mematahkan serangan penyangak mata wang antarabangsa dan menyelesaikan krisis tersebut.
Keempat, kejayaan beliau menjadi jurucakap bukan sahaja Malaysia, malah bangsa lain (seperti Palestin dan Bosnia) dan negara membangun lain di dunia terutama dalam menghadapi ketidak adilan Order Baru Dunia dan ancaman globalisasi. Tidak hairan kenapa negara Timur Tengah dan sejumlah negara di luar sana begitu menyanjungi Tun Dr Mahathir dan menganggapnya sebagai pemikir moden dalam dunia Islam. Begitulah juga kedaannya semasa lawatan saya ke Korea, perkataan pertama yang disebut oleh rakyat di sana apabila diberitahu saya berasal dari Malaysia adalah Mahathir.
Barry Wain seperti penulis-penulis lain di luar, tidak mengetahui dengan sebenar keadaan dalam negara ketika 1998. Dia tidak berada di dalam kerajaan dan tidak terdedah dengan pelbagai maklumat dan data serta bagaimana ekonomi negara cuba dipulihkan dalam keadaan negara miskin akibat nilai mata wang jatuh, syarikat-syarikat dalam negara bakal dijual pada harga yang begitu rendah disebabkan kejatuhan nilai mata wang dan keyakinan terhadap ekonomi yang rendah serta perbuatan anak-anak muda yang tidak usul periksa merusuh di jalanan yang mengakibatkan keyakinan terhadap kestabilan politik dan ekonomi semakin merudum.
Bagi mereka yang berjaya melalui krisis ini melalui kepantasan tindakan dan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir, mereka lebih mengetahui hakikat sebenar; dan disebabkan itu mereka berterima kasih dan menyanjungi jasa-jasa Tun Dr Mahathir. Seperti apa yang diceritakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dalam ucapannya Financial Crisis 1997-1998, "we owe Dr Mahathir Mohamad much gratitude for what he has done for Malaysia over the last 22 years".
Bagi anak-anak muda, jangan begitu mudah terpedaya. Eloklah lebih membaca dengan lebih banyak tentang pemikiran Mahathir melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya dan bertanya kepada pihak yang tahu tentang apa yang berlaku ketika itu, termasuk membacanya di sini dan di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
1. Rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam tidak wajar membenarkan diri mereka ditipu untuk kesekian kalinya oleh Ahli Pa...
-
NOTA : Angin ada. Bunyi ada. Pohon bergoyang. Entah apa kaitannya tak tau la. Tapi mungkin sebab ada monyet... beli popcorn, hot do...
-
Guna akal semata-mata? Tidak bersandarkan ilmu? Muktazilah? Guna kaedah fiqh, konteks dan aqal? Nak lebih jelas? Dengar ya...
-
"Soi Lek: Sokongan undi kaum Cina berpunca dari UMNO" - begitulah tajuk laporan akhbar Sin Chew Daily, 5 Jun 2010, muka surat 10 ...
8 comments:
Kudos kepada dua Tun.
Lawan tetap lawan Tun tapi kesian...
Patutnya pada umurnya yg sebegini, beliau sepatutnya tidak perlu lagi untuk bergelut dgn perkara-perkara yg sengaja dibuat2 untuk menyusahkan beliau hingga ke akhir hayat sperti apa yang ditimbulkan oleh penulis, Lim kit Siang Malam dan juga Brader Anwar Bin Ibrahim.
Letih la Pak long tu. Nasib baik jantung dah tukaq bateri baru.....
I lebih rela to trust Tun M daripada percaya kepada "penjahat" politic like Anwar and Lim Kit Siang
Mungkin ada hikmahnya.. apabila dibawa ke mahkamah, setidak-tidaknya menyelesaikan beberapa perkara...
dan harapnya pihak yang berkenaan atau mempunyai "dendam" terhadap Tun ambil peluang ini untuk membuktikan kes.
Bukan baling batu sembunyi tangan. :)
Dan sebagaimana yang Tun Mahathir cadangkan, bawa sekali yang lain-lain sama.
I love this article. i also happen to have read the 98financial crisis article by nor yakcob before this and i keep it in my thumbdrive so i can read it anywhere as it is very inspirational. I also agree with saifullubukbesar. lawan tetap lawan, tapi beliau sudah tua. kenapa la di dalam dunia ini org sungguh tidak behati perut. berani jugak meraka yg xda data dan bukti yang kukuh nak accuse tun mahathir macam tu. mereka bukan dalam kerajaan dan mereka bukan PM mereka mana tahu.
artikel yg mantap Tun.
ia membawa saya memahami bagaimana pencarian tun dlm membina pendirian politik yang kukuh hingga sekarang.
saya setuju kita akan bersama Tun dalam menghadapi fitnah ini.
negarawan seperti beliau perlu dipertahankan.
salam perjuangan
HE HE HE
PENCACAI TETAP MENCACAI
100 BILLAIN DAH HILANG
270 BILLAIN DAH LESAP
INJIN DAH KEMANA
NILAH 1MALAYSIAH
bila manusia tidak diajar bersyukur kpd Allah dan sesama manusia, mungkin ini jdnya.. :) salah siapa? selalu org akan tgk ibu bapanya, klu bukan ibu bapanya mungkin dirinya, tetapi masih akibat didikan ibu bapanya..
saya sentiasa diingatkan - perkhidmatan boleh kita tingkatkan, org boleh kita gantikan, tp perjuangan - ia sesuatu yg diimani dan berasaskan kepercayaan yg kuat atas pemerhatian, pengalaman dan bukti2
yg konsisten.. :)
itu yg membezakan di antara pejuang dan pengikut.. :)
tq panglima, bersama2 kita meneruskan jihad ini.. :)
Post a Comment