Adilkah Mahkamah Tentera menghukum Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja disebabkan kenyataannya mengenai dakwat kekal? Untuk makluman, Zaidi telah didakwa di bawah 7 petuduhan di Mahkamah Tentera. 7 tuduhan itu adalah:-
1. Dua (2) tuduhan melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, "Discipline and Security - Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces," di bawah Para 5 dan Para 13.
1.1 - Di bawah Para 5, beliau didakwa "membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran angkatan tentera"
1.2 - Dibawah Para 13 beliau didakwa "dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan".
5 pertuduhan lain adalah:-
Pertuduhan 3, 4 dan 5, beliau di Taman Bertam Indah pada 3 Mei 2013 didakwa melanggar perintah yang sama di bawah Para 5 dan Para 13 serta satu lagi kesalahan di bawah Para 3, iaitu "dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera".
Pertuduhan 6 - "melanggar perintah tetap pengkalan iaitu Perintah Bahagian 2 Perintah No 51, dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan "Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri djajah oleh penipu dan perasuah, jgn jd bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita" iaitu suatu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui."
Pertuduhan 7 - "Sama2 lah kita berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua serta dilindungi negara kita yang tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT".
Sebagai anggota tentera, beliau tidak dibicarakan di mahkamah sivil, sebaliknya dibicarakan di mahkamah tentera. Mahkamah Tentera pada 27 Oktober telah menggugurkan 5 pertuduhan selain perkara 1.1 dan 1.2 di atas,
Namun, Zaidi diperintah membela diri terhadap 2 pertuduhan lain, iaitu "membuat dan menyiarkan kenyataan kepada media berhubung isu dakwat kekal, tanpa kelulusan Kementerian Pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera."
Panel 5 anggota Mahkamah Tentera diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan dan empat anggota lain terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin, telah menjatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah melanggar protokol anggota tentera dengan membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.
Menurut Saadon, tindakan Zaidi berdiam diri ketika dipanggil membela diri ke atas dua pertuduhan melanggar protokol anggota tentera sudah cukup untuk mensabitkan kesalahannya.
Sebagai anggota tentera berpangkat mejar, Zaidi amat faham akan risiko tindakannya melanggar protokol angkatan tentera. Sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau tidak, Zaidi tidak boleh menolak hakikat bahawa dia TELAH MELANGGAR peraturan tentera.
Seperti mana-mana penjawat awam dan swasta yang tertakluk kepada peraturan dalaman organisasi dan majikan masing-masing, Zaidi perlu akur bahawa pelanggaran peraturan telah dilakukan dan dengan itu amat wajar bagi pesalah dihukum berdasarkan undang-undang tentera yang mengikat dirinya sebagai seorang anggota tentera.
Mungkin di atas sebab ini, Zaidi dan peguam belanya memilih untuk berdiam diri dan tidak mempertahankan diri.
#Nota: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya... Tahniah Mahkamah Tentera kerana bertindak tegas dan adil dalam menguatkuasa dan mendaulatkan undang-undang demi memastikan integriti Angkatan Tentera Malaysia tidak tercalar.
No comments:
Post a Comment