Seorang rakan Facebook (FB) menulis "hari ini (17 Februari 2010) Pemuda UMNO menemui Presiden parti. Katanya pasal PRU 13 tetapi agenda besar ialah bertanyakan bila Ketua Pemuda nak dilantik sebagai menteri sebagai pengiktirafan terhadap Pemuda. Perlukah perlantikan tersebut?"
Sebagai individu yang terlibat dalam pertemuan tersebut, saya fikir saya bertanggung jawab untuk menjelaskan sebaik mungkin tentang keadaan sebenar mesyuarat bersama Perdana Menteri petang semalam bagi merungkai spekulasi yang mungkin timbul.
Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakan FB tadi, saya menulis, "minta maaf; tetapi posting saudara itu tidak betul dan amat salah. TIDAK ADA agenda besar seperti itu melainkan utk memaklumkan perkembangan Pemuda dan hala tuju serta pendirian Pemuda dalam perkara tertentu. Paling penting tentulah utk mendengar dari mulut PM sendiri tentang setiap agenda beliau dan mendapatkan bimbingan (guidance) dan nasihat beliau tentang langkah ke hadapan pemuda."
Rakan FB saya membalas, "TFIA: saya mungkin bersetuju kalau perkataan 'agenda besar' mungkin tidak tepat kerana berbeza mengikut tafsiran dan pemahaman suasana semasa cuma kalau boleh diperbetulkan saya ingin menyatakan 'antara agendanya'. Mungkin itu lebih tepat atau perlukah dikatakan 'antara yang dibincangkan'?"
Saya menjelaskan, "jawapan yang paling tepat - ia tidak dibincangkan dan bukan merupakan salah satu daripada agenda yang ditetapkan. Apa yang boleh saya perkatakan adalah, ia merupakan satu sesi yang bagus dengan sejumlah keputusan yg baik dan akan membantu parti."
Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam responnya menyebut Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan agar Pemuda bekerja kuat. Razali memberi gambaran bahawa pertemuan itu berlangsung dengan bersahaja dan diselangi dengan gelak ketawa. Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu perbincangan yang sangat baik dan membantu Pemuda memahami dengan lebih jelas tentang hasrat dan wawasan Presiden parti.
Ketika ditanya tentang kontroversi krisis kempimpinan Pemuda, Razali menyatakan bahawa ia tidak disentuh sama sekali dalam pertemuan semalam. Tentang soal perpaduan pula, Razali menegaskan, ia adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh mana-mana organisasi sebelum boleh melangkah kehadapan dengan berkesan.
Sebagai pemimpin yang datang dari kilang Pemuda nampaknya Datuk Seri Najib amat memahami cabaran yang dihadapi oleh pergerakan ini dalam melaksanakan tugas dan gerak kerja parti. Dalam ucapan pembukaannya beliau telah menerangkan dengan jelas tentang cabaran-cabaran masa kini parti, pendekatan beliau dalam memimpin kerajaan dan parti, hala tuju serta menerangkan gagasan 1Malaysia dalam konteks tugas dan peranan Pemuda. Tidak ketinggalan adalah ingatan Datuk Seri Najib agar Pemuda turut melaksanakan perubahan.
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ahli Jawatankuasa Pemuda dan Ketua-ketua Pemuda Negeri telah secara aktif menyampaikan pandangan mengenai pelbagai perkara dan isu-isu generasi muda yang dianggap penting bagi melicinkan lagi perjalanan sayap tersebut, baik di peringkat nasional, negeri dan juga bahagian.
Isu, soalan dan pandangan yang dilontarkan ini telah mendapat perhatian Datuk Seri Najib dan telah dijawab dan diulas secara jelas oleh beliau. Hala tuju, pendekatan, program dan pendirian Pemuda, termasuk dalam isu 50 Ahli Parlimen Australia dihargai dan diambil maklum oleh Datuk Seri Najib. Paling penting adalah terdapat pandangan-pandangan kepemimpinan Pemuda yang diterima baik dan Datuk Seri Najib telah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan tindakan susulan yang bersesuaian.
Bantahan terhadap 50 Ahli Parlimen Australia yang mahu kes liwat Anwar digugurkan
Sekali lagi nampaknya seolah-olah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecewakan ramai pihak kerana tidak dapat menghidangkan berita sensasi yang mereka harapkan. Tiada perkara yang panas; tiada kisah kontroversi. Tiada cerita masalah dalaman. Tiada desakan mahupun tuntutan. Hanya satu perkara yang mendominasi perbincangan semalam - KERJA!!!!
7 comments:
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
1 lnilah suatu waktu [antara sekian banyak waktu daripada usia kehidupan] yg Allah telah tentukan kepada Anda semua - masuk ke dalam syaf ulil amri.
2 'Ulil amri'... lnilah kalimah khusus tentang kepemimpinan yang sangat masyhur di kalangan para pemimpin dan umat lslam, yang disedut drp kitab suci yang mereka mengaku beriman dengannya, iaitu al-Quran - ["Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatilah Rasul-[Nya], dan jiga ulil amri drp kalangan kamu..."].
3 Untk siapa & utk fungsi apakah kalimah 'ulil amri' ini jika mahu
dimaknai dari segi tuntutan al-Quran & tolok ukur syara' sbgai hukum yang mengikat seluruh amal perbuatan setiap Muslim? Kerana itu, setiap Muslim yang masuk ke dalam syaf uili amri, kena jelas akan takrif syari'inya. Yakinilah
bahawa: Muhammad SAW itu, selain Rasul, juga 'ULIL AMRI TERAGUNG' yang Allah turunkan untuk seluruh umat manusia. Betapatah lagi untuk umat yg mengaku beriman dengannya, WAJIB mengambil hanya kepemimpinan Muhammad SAW - kepemimpinan yang berjalan di atas landasan & petunjuk wahyu - sebagai ikutan. Kerana ikutan yang selain itu, petunjuk siapakah yang hendak diambil oleh "orang-orang yang beriman" ?
4 "Orang-orang yang beriman" yg disebut di dlam ayat itu KITAlah, yang telah bersyahadah, yang telah berikrar untuk sentiasa mentaati dan mencontohi Muhammad SAW dalam segala amal perbuatan [seluruh fardhu 'ain & kifayah], TERMASUK DI DALAM URUSAN KEPEMIMPINAN, KENEGARAAN & PEMERINTAHAN.
5 Sungguh teramat rugi sekali ketika melakukan ibadah khusus [spt solat, haji, puasa, sedekah, zikir, & sbgainya] mengikuti contoh-teladan Muhammad SAW, sedangkan di dalam muamalat pula [kepemimpinan politik, bernegara & berpemerintahan], ajaran baginda SAW ditolak jauh-jauh dan tidak mahu diterima menjadi landasan.
6 Maka, kenalah disimak-simak semula setiap niat, perilaku, matlamat dan ikutan yang diambil di dalam kepemimpinan, kerana gelaran "ulil amri" ini bukan calang-calang gelaran jika masih mahu disandarkan pada tolok ukur al-Quran yang menyebutkan kalimah tersebut. Yang pasti; "Setiap pemimpin adalah gembala yang [pasti] akan dipertanyakan tetang gembalaan [tanggungjawab]-nya" [Maksud hadisth].
Wallahu a'lam.
siapa yg mengharapkan perpecahan tanda mazmumah dalam hatinya..
kita kena seru agar hati kita mesti bersih dari perkara dosa dan maksiat.
jika tidak perpecahan akan diusahakan..
oleh kalangan yg dibantu dengan bisikan syaitan.
Salam,
Minta dilinkkan blog Tuan dengan blog kawan.
Salam Tun,
Terima kasih di atas penerangan Tuan. Sayapun agak boring jugak dengan satu pihak ni yang tak habis-habis nak lagakan Pemuda. Yang sudah tu sudahlah. Tahulah puak ini makan gaji dari orang tertentu. Tak payahlah nampak sangat sampai kami semua muak. Sekali lagi terima kasih Tun.
Saudara Tun faisal, betul atau tidak saudara Ali Mazat ada bertanyakan soalan mengenai jawatan kabinet untuk ketua pemuda dan membandingkan kedudukan ketua pemuda dengan ketua Puteri dan Ketua wanita? Malah lebih teruk lagi dikatakan ali mazat memprsoalkan mengapa Ketua Wanita yang kalah pilihan raya dapat jawatan tapi kj tidak?
Aslmkum, benar sekali saranan DS Najib supaya gerakan Pemuda perlu difokuskan kepada org muda. lagi pun adalah menjadi tugas Pemuda untuk melunaskan tangungjawab tersebut. Selama ini Pemuda kerap menumpukan kepada ahli-ahli sahaja, sedangkan kat luar ni ramai lagi yang tak jadi ahli Pemuda. Golongan inilah sepatutnya di jadikan sasaran agar rintihan, idea, inspirasi mereka didengari dan diberikan perhatian. Kena ingat pada PRU 13 nanti, bilangan mereka bukan sedikit. pasti akan bawa kesan kepada keputusan PRU. Sewajarnya fokus Pemuda kini lebih terarah untuk mendengar idea golongan ini khususnya yang tidak jadi ahli parti.
Tidaklah tepat untuk menyatakan ramai pihak yang kecewa kerana Pemuda tidak menghidangkan apa apa jua menu panas selepas perjumpaan tersebut.
Yang lebih tepat tidak ada sesiapapun yang meletakkan harapan tinggi kepada Pemuda yang diketuai KJ kerana status pergerakkan Pemuda sekarang tidak lebih dari 'pondan yang dimamah usia' lanjutan dari bekas Ketua Pemuda yang kerisnya patah.
Nasib baik bawah Najib kalau di bawah Anwar, dah ramai yang jadi 'anak ikan'nya walaupun tak berapa macho.
Post a Comment