Dasar Buku Negara (DBN) diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 November 1985. Dasar ini diperlukan kerana ia boleh membantu untuk memperkukuh hasrat Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.
DBN menggariskan empat matlamat utama. Pertama, untuk memastikan buku dalam Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan budaya; kedua, memastikan minat membaca rakyat meningkat; ketiga, agar buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat; dan keempat, untuk memastikan semua buku yang diterbitkan mempunyai kualiti yang tinggi.
Menurut buku Dasar Buku Negara yang diterbitkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), dasar ini diperlukan kerana ketika itu Malaysia masih tidak mempunyai satu perancangan penerbitan buku yang boleh membantu para penerbit menentukan keperluan buku bagi negara, terutama judul bacaan umum. Keadaan ini boleh melemahkan Dasar Bahasa Kebangsaan kerana selagi negara tidak dapat menerbitkan buku yang mencukupi untuk keperluan masyarakat, selama itu juga negara perlu bergantung kepada buku import yang kandungannya sering tidak menepati matlamat pembangunan negara.
Permintaan agar DBN dikaji semula telah dibuat buat pertama kali oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-23 pada 22 Mei 2004 berikutan kerisauan beliau melihat terdapat matlamat-matlamat DBN yang belum dapat dicapai pada kadar yang memuaskan selepas 20 tahun ia diluluskan.
Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat DBN telah dapat dicapai. Kajian Profil Membaca Masyarakat Malaysia 1996 misalnya, menunjukkan bahawa tahap pembacaan rakyat Malaysia meningkat daripada hanya dua halaman setahun dalam tahun 1980-an kepada dua buah buku setahun. Walaupun begitu matlamat untuk memastikan buku dalam Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan budaya rakyat Malaysia tidak memadai dan perlu ditingkatkan. Hasrat untuk memajukan penerbitan buku dan menggalakkan perusahaan buku di negara ini juga masih belum mencapai sasaran.
Berdasarkan statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 2003, Malaysia menerbitkan 6,500 judul buku pelbagai bidang dan hanya sekitar 500 merupakan judul buku bacaan umum. Pada waktu yang sama, dalam pasaran negara ketika itu, nisbah buku import berbanding buku tempatan adalah 70:30.
Berikutan permintaan beliau, satu Seminar Khas Kajian Semula DBN telah diadakan pada 3 September 2004 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil dari kajian semula DBN, dilaporkan bahawa skop DBN sedia ada adalah lengkap, bagaimanapun ia tidak jelas dan tidak mengandungi pernyataan dasar buku yang sebenar. Ia juga tidak memberi perhatian terhadap pengintegrasian pembangunan buku dalam dasar dan perancangan pembangunan negara, selain tidak mengambil kira faktor revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang telah banyak mengubah kaedah penyampaian ilmu dan maklumat dalam abad ke-21. Sebagai contoh, dicadangkan dalam pernyataan yang baru, `buku’ dalam konteks hari ini diterjemahkan juga sebagai semua karya penerbitan, baik yang bercetak, elektronik mahupun digital.
Dalam seminar yang sama disebut bahawa status dan struktur organisasi MBKM ketika itu secara relatif tidak sepadan dengan peranannya yang amat besar sebagai penasihat buku peringkat kebangsaan yang diberi amanah untuk melaksanakan hasrat DBN. Status MBKM yang hanya merupakan suatu unit di bawah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) tidak mungkin memberikannya kredibiliti dan kemampuan untuk memainkan peranan yang berkesan untuk memajukan dan merancakkan industri penerbitan buku di dalam negara.
Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 6 Mei 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
No comments:
Post a Comment