Showing posts with label Mahasiswa Nasional. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa Nasional. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Akhirnya MAHASISWA TEMPATAN dapat berucap di Perhimpuan Agung. TQ @RazaliIbrahim @NajibRazak #MahasiswaNasional



Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.

Bagaimanapun semalam, sejarah baru tercipta. Melalui Persidangan Mahasiswa Nasional PEMANAS, UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan. Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil. 

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan. 

Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF. Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR).


Tiga wakil mahasiswa dibenar sertai bahas
2013/12/02 - 05:16:43 AM Cetak Emel Kawan
  
Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, tiga wakil mahasiswa akan diberi peluang berucap membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO, tahun ini.

Dua wakil akan membahaskan usul berkenaan pada perhimpunan sayap pemuda dan puteri, manakala seorang lagi pada perhimpunan agung. 


Dato Razali menjadikan perjuangan sekian lama mahasiswa tempatan suatu kenyataan...


Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata perkara itu sudah mendapat persetujuan Setiausaha Agung parti dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). 
Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan” Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO

Katanya, satu jawatankuasa kecil akan dibentuk pada peringkat biro itu bagi memilih wakil mahasiswa, selain mengkaji usul sesuai dibawa ke perhimpunan agung dan persidangan sayap.

“Hari ini (semalam), kita menerima 36 usul daripada mahasiswa menerusi Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 2013). Ia membabitkan usul ekonomi, politik, pendidikan dan agama.

Kaji usul

“Semua usul ini nanti dikaji, kemudian (tiga) wakil (mahasiswa) yang dipertanggungjawabkan itu akan membahaskannya pada mesyuarat berkenaan (perhimpunan agung, puteri dan pemuda),” katanya di sini, semalam. 

Sebelum ini, hanya seorang wakil mahasiswa diberi peluang membahaskan usul ketika perhimpunan agung iaitu wakil kelab UMNO luar negara.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, berkata wakil mahasiswa bertindak sebagai ‘suara pelajar’ dengan mengutarakan hasrat dan keinginan golongan terbabit, sekali gus akan dibawa kepada perhatian kerajaan.

Katanya, mahasiswa terbabit terdiri daripada setiap wakil institut pengajian tinggi awam yang dipilih oleh jawatankuasa pendidikan parti.

“Tahun ini, kita bawa satu kelainan bagi mendapatkan usul yang mantap dan mapan, bukan saja yang dihujahkan oleh wakil setiap negeri, malah daripada kalangan mahasiswa juga. Bagaimanapun, jumlah sebenar wakil masih belum dapat diputuskan.

“Kita mahu perhimpunan kali ini menjadi medium tepat untuk setiap lapisan perwakilan menyampaikan hasrat yang mereka inginkan dalam UMNO tanpa mengetepikan golongan pelajar,” katanya kepada BH.

Friday, November 29, 2013

Persidangan #MahasiswaNasional - Platform Mahasiswa IPTA dan Luar Negara Cadang Usul @ShaberyC @RazaliIbrahim



“Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee)" - Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT



KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia 
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri 
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013



Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara. 



Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.




Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:-



a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;

b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :- 



i. Politik 

“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi

“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”


iii. Agama

“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”


iv. Pendidikan 

“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”


Seramai SEMBILAN (9) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-



i. Politik

YBhg Datuk Fuad Hassan 

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)

YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR /  Peguam)


ii. Ekonomi    

YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali

(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

YBhg Norizan Shariff
(Pengarah Kanan Stakeholder, Teraju)

YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi  Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)
iii. Agama

YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)

YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia)


iv. Pendidikan

YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar

(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)

YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:-


i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO. 

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .


Popular Posts