Showing posts with label Assobiyah. Show all posts
Showing posts with label Assobiyah. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Pertahan isu DNA dan Video - bukti Pas amal assobiyah


Sabda Rasulullah SAW,maksudnya: "Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiyah" (Hadis riwayat Abu Daud).

"Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-assobiyah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya assobyiah itu ialah apabila kamu menolong saudaramu atas kezaliman." (hadis daripada Hassan, riwayat Abu Daud).

Jika dibaca kenyataan Pas, akan didapati bahawa Harun Taib tidak mahu amal assobiyah, tetapi akhirnya pemimpin-pemimpin Pas lain lebih suka amal assobiyah kerana gila kuasa. Tiada salahnya untuk tuntut DNA dan sumbah mubahalah Anwar bagi mendapatkan kebenaran; yang salah adalah kerana mengamalkan assobiyah. Nampaknya demi kuasa Pas lebih suka tidak tergolong daripada kalangan umat Nabi Muhammad saw.


PAS and DAP stand by Anwar
By YUEN MEIKENG

KUALA LUMPUR: PAS and DAP are standing by PKR and Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, following the release of a sex video implicating a high-ranking Opposition leader.

Leaders from both PAS and DAP also believe that the airing of the sex video was politically motivated and condemned it as a “dirty tactic”.

PAS vice-president Salahuddin Ayub said there was no question of PAS severing ties with PKR or leaving the Pakatan Rakyat coalition.

“Everything is wrong about the whole scandal. The way the video was revealed was wrong and watching it is wrong. Islam does not accept this,” he said when approached at the Parliament lobby on Tuesday.

On PAS ulama council chief Datuk Harun Taib’s statement that the party might review its political ties if the sex video was authentic, Salahuddin said: “That is his own view.”

Tuesday, November 24, 2009

UMNO parti assobiyah?

Seorang pengunjung Facebook menyatakan kepada saya dia menolak UMNO kerana UMNO adalah parti assabiyah, iaitu parti berasaskan perkauman dan nasionalis sedangkan bagi dia adalah menjadi tanggungjawab dia menyokong parti yang mempunyai nama Islam.

Saya percaya dari cara dia bertanyakan soalan, anak muda ini sebenarnya ada mengikuti ceramah, tazkirah atau usrah pembangkang tetapi tidak cukup kritikal di dalam forum tersebut. Akhirnya ini menyebabkan dia keliru dan menjadi kritikal secara berpilih terhadap UMNO, walaupun sepatutnya dia bersifat kritikal untuk bertanya soalan di dalam ceramah, tazkirah dan usrah yang diikutinya.
Saya bertanya kepadanya, apakah maksud nasionalis dan assabiyah sama ada dia benar-benar memahaminya. Jelasnya dia gagal memberi takrifan yang baik melainkan menyatakan ia adalah rasisme dan perkauman.

Kedua saya tanyakan, bolehkah dia nyatakan dengan jelas apakah perjuangan UMNO selama ini? Dia menggeleng kerana memang dia tidak tahu. Jadi saya soalkan, bagaimana saudara boleh menyimpulkan perjuangan UMNO adalah berasaskan assabiah dan nasionalis sekiranya pertama, dia tidak benar-benar memahami maksud kedua-dua istilah tersebut dan kedua, dia tidak pernah tahu apakah perjuangan UMNO.

Jelasnya ketiadaan ilmu menyebabkan seorang anak muda yang masih tercari-cari pegangan menjadi keliru, lebih-lebih lagi bila disuapkan dengan maklumat-maklumat yang bias sifatnya dan diterima pula dari pihak pembangkang. Hanya kerana pihak pembangkang berjubah dan berserban, itu tidak bermaksud mereka menyatakan kebenaran atau tidak memanipulasi dan menyembunyikan kebenaran.

Dari segi takrif, ada yang menakrifkan nasionalisme sebagai satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

Nasionalisme boleh mengambil beberapa bentuk seperti nasionalisme sivik, iaitu negara yang memperolehi kesahihan politik dari aspek penyertaan aktif rakyatnya, kehendak rakyat dan perwakilan politik (berdasarkan teori Jean-Jacques Rousseau); atau nasionalisme etnik, iaitu dari aspek budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat (dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder); nasionalisme budaya, iaitu dari aspek budaya bersama dan bukannya sifat keturunan seperti warna kulit, ras dan sebagainya; nasionalisme kenegerian, iaitu variasi kepada nasionalisme sivik di mana perasaan nasionalistik adalah kuat sehinggakan ia diberi lebih keutamaan mengatasi hak universal dan kebebasan; atau nasionalisme keagamaan, iaitu bersandarkan persamaan agama, misalnya Zionisme di Israel.

Dari segi takrif, assabiyah ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Walaupun begitu dari segi hukum, terdapat hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang kekeliruan ini, iaitu "Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-assabiah? Sabda baginda: Tidak, sebaliknya assabiah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman." (hadis daripada Hassan, riwayat Abu Daud). Dalam riwayat lain disebut "dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: Aku bertanya Rasullulah, apakah dia asabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

Maksud assabiyah ini sama sekali tidak ditekankan terhadap aspek keturunan, sebaliknya lebih kepada kezaliman; iaitu mempertahankan kelompok walaupun nyata mereka ini melakukan kesalahan dan kezaliman.
Apakah perjuangan UMNO sebenarnya? Perjuangan UMNO secara mudah disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Ia meletakkan perjuangan agama sebagai perjuangan utama, iaitu meningkatkan syiar, memuliakan dan memelihara kedudukan Islam di dalam negara; membela, memelihara dan mengupaya anak bangsa, nilai, tradisi, seni, budaya, bahasa dan institusi yang melambangkan bangsa dan memeliharanya serta keadilan sosial terhadapnya; dan memaju dan memakmurkan negara.

Adakah perjuangan agama, bangsa dan negara ini bertunjangkan nasionalisme, rasisme dan assabiyah? Adakah ia sama dengan komunisme atau sosialisme dan sekularisme yang begitu menebal kewujudannya di dalam parti pembangkang tertentu? Atau adakah perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara ini masih berada dalam lingkungan yang dibenarkan dan sebenarnya dituntut oleh Islam?

*artkel ini disiarkan untuk pertama kali di laman klik4malaysia.com

Popular Posts