Showing posts with label Madrasah Salihiah Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Madrasah Salihiah Alor Setar. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Kerajaan PR roboh surau - Pembelaan Madrasah Salahiah dapat sentuhan @MukhrizMahathir



Datuk Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah


Panas!!! Datuk Mukhriz Bersama Badan 
Bertindak Madrasah Salihiah

Kedatangan dan sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah amat di alu-alukan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Ini memberi sokongan besar kepada perjuangan Badan Bertindak!


ALOR SETAR 20 Jan. - Kerajaan Kedah tidak perlu menunggu keputusan mahkamah dalam menentukan nasib Madrasah Salihiah yang dijadual dirobohkan bagi membina Kompleks Aman Central.

Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kerajaan Kedah boleh terus mengemukakan pelan baharu yang mengecualikan tapak madrasah itu daripada terlibat dalam pembinaan kompleks tersebut.

Keputusan itu adalah lebih baik selain menjimatkan peruntukan membina surau baru yang dianggar bernilai lebih RM4 juta, katanya kepada pemberita selepas Program 4B Prihatin, Gerakan Belia 4B Alor Setar di pekarangan madrasah itu, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilapor berkata, kerajaan negeri akan akur jika mahkamah memutuskan rancangan meroboh surau itu ditangguh, namun akan melawan andai keputusan menggendalakan keseluruhan projek Aman Central. - BERNAMA 

Untuk Pas Kedah..Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat blogger lain akan perjuangkan Madrasah Salihiah..dan PAS Kedah akan berhadapan dengan satu isu BOM Panas yang akan memalukan PAS,

Kerajaan Negeri Pentabiran PAS hanya putar belitkan isu ini..untuk menutup dari pwngetahuan rakyat Kedah..Kami Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat lain akan bongkar satu persatu isu Madrasah Salihiah,,segala bukti sudah berada di dalam gengaman Team Media Kedah....

Lagi gambar dan video di blog Media Kedah


Wednesday, January 4, 2012

Madrasah Salihiah: Mahfuz #kantoi menipu? #PenipuRakyat


Nota: Apa nak jadi dengan Pas ni? Tak habis-habis menipu. Kan dah kantoi lagi.....



TERPANAS!! Info Terkini Yang Buat Pas Kedah Berak Hijau Lepas ni!!

Info selepas ni boleh menyebabkan Pas Kedah berak hijau.. Mahfuz terkincit dalam seluar.



UNTUK MAKLUMAN TANAH TAPAK MADRASAH SALIHIAH, DIWAKAFKAN OLEH KETURUNAN HAJI SAADI berasal dari YAMAN, ANAKNYA HAJI JAAFAR (1830-1910) pernah MENJADI MUFTI KEPADA SULTAN KEDAH. NAMA SALIHIAH DIambil sempena nama salah seorang anak Haji Jaafar. Nama anak HAJI Jaafar yang seorang lagi SOFIAH diabadikan pada TAMAN SOFIAH JALAN KUALA KEDAH. 

Anak LELAKI kepada Haji Jaafar iaitu Haji Mohd Saad hasil perkahwinan Haji Jaafar dengan Siti HAWA pula pernah menjadi Guru Agama di Istana Sultan Kedah. dan sehinga kini waris berkenaan sudah masuk ke generasi ke 8, dan mereka semuanya sepakat untuk jihad pertahankan tanah wakaf khas ini.

Syed Razak Syed Zain dan Dato Lat Shariman adalah atara waris dari susur galur keturunan Saadi ini menerusi jurai perkahwinan. Setelah dibelek buku salasilah keluarga Saadi, Mahfuz Omar tak dak pun dalam senarai..bukan dia ni anak Mamak Penang kot mai dari Madras atau Kerala. Jadikan sejarah sebagai panduan, bukan nafsu sebagai ikutan.

Baca artikel penuh di blog Kedah Ke KL



Saturday, December 31, 2011

Pas roboh surau: Kerajaan PR Kedah kantoi menipu lagi #saveKedah


SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH!! PAS KEDAH KANTOI MENIPU LAGI!!
http://kedahkekl.blogspot.com/2011/12/terpanas-pas-kedah-memang-munafik-roboh.html#more


Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex. Jawapan Kerajaan Negeri: (PENIPUAN!!!)


Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Itu Jawapan Kerajaan Negeri Pas yang Munafik tu!!

Mari dengar jawapan Mc pulak!

Bagi orang luar yang tak tau perihal Kedah dan cerita yang sebenar, memang la akan telan jawapan depa ni bulat-bulat.

Tapi bagi penduduk tetap Kampung Dato Murad, Taman PKNK dan kawasan Alor Malai. Jawapan kerajaan negeri tu satu pembohongan!

Masjid Al-Bukhari..

Masjid Alor Malai yang bersebelahannya kubur tu, memang tanah wakaf, dan dirobohkan. tapi Masjid Besar Al-Bukhari yang dibina, tetap berada di atas tanah wakaf! Malahan kubur pun di pindah dan di susun rapi dalam kawasan Masjid (masih dalam tanah wakaf). Maknanya 'jariah' masih lagi bersambung kerana dari Masjid kecil, menjadi masjid besar. Kita masih lagi bersembahyang di atas tanah yang diwakafkan.

Shopping Kompleks Giant yang Pas Kedah kata tu sebenarnya di bina di atas tanah PASAR!! Pasar Kampung Datuk Murad!! Tapak Pasar Ramadhan! Jadi apa yang samanya?

Projek Al-Bukhari tu membina sebuah Masjid Besar, Sekolah Agama serta Rumah Anak Yatim.

Pembinaan dari masjid kecil, menjadi masjid besar. Itu kan bagus.

Sedangkan projek Aman Central ni pulak, nak buat Apartment mewah serta Shopping Kompleks. Surau yang dijanjikan pula mungkin hanya sebesar TANDAS AWAM kot.

Jadi kes Madrasah Salihiah ni, langsung tak sama dengan kes Masjid Alor Malai. Pas Kedah tolong la jangan jadi Munafik!! Islam ka apa ni? Macam ni ka cara orang Islam? Dok kerja pembelit nak rampas hak orang?

Pas Kedah punya la pulun nak tanah wakaf Madrasah tu, sampai sanggup buat cerita bukan-bukan. Orang berusaha nak jadi baik dan perolehi pahala. Puak Pas pula dok pulun nak pelingkup agama janji dapat duit. Jenis Islam macam mana pun Mc taktau la.



Punya dok menyanjung Dap.. habis semua depa nak gadai. Agama sudah, kalimah Allah sudah, hak melayu sudah.. kini tanah wakaf pulak.. lingkup la..



Monday, December 26, 2011

#MBangkuh berkeras roboh surau 100 tahun untuk bina kompleks membeli-belah #saveKedah

Inilah yang dikatakan kerajaan PR angkuh. Tidak mendengar denyut nadi rakyat. Kerajaan Pas Kedah adalah bukti jelas keangkuhan pemimpin PAS dan PR yang menunjukkan bahawa mereka adalah `dictator in the making'. Rakyat boleh melihat apa yang berlaku di Kelantan dan pemerintahan autokratik dan angkuh di Pulau Pinang dan Selangor.


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Popular Posts