Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

#BR1M : @UstazAzharIdrus malas membaca, kenyataan merapu; meh belajar sikit..



Azhar Idrus berceramah di Medan Ilmu, tapi bercakap tanpa ilmu....


Kenyataan Azhar Idrus yang terbaru mengenai BR1M menampakkan kecetekan ilmu pengetahuan dan kefahaman beliau mengenai fakta sesuatu perkara. Paling tidak sebelum membuat sebarang kenyataan, buatlah rujukan terlebih dahulu ..

Kenyataan Azhar Idrus ada 3 komponen:-

1. BR1M tidak setimpal dan ia merupakan HAK RAKYAT

2. Kerajaan Malaysia ada harta, kekayaan ini perlu dapat SAMA RATA

3. Rakyat bayar cukai jalan, kereta, beribu-ribu tetapi dapat RM600 sahaja


Apa punya mengarutlah kenyataan ustaz ini...

Pertama, BR1M bukan hak rakyat. Kalau BR1M hak rakyat maka sudah tentulah di setiap negara lain di dunia pun ada BR1M dan sebelum-sebelum ni juga WAJIB adakan BR1M, jika tidak hukumnya berdosa. BR1M bukan hak rakyat, sebaliknya hasil daripada kebijaksanaan dan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam menguruskan ekonomi dan membantu kebajikan rakyat.

Kedua, SAMA RATA. Azhar Idrus mungkin terlalu seronok untuk bercakap sampai tak sedar, nada bercakap tu dah macam sosialis dan DAP pula. Kembalilah kepada Islam ustaz, dalam Islam, Islam tidak menganjurkan hasil kekayaan ini dibahagikan secara SAMA RATA, sebaliknya secara adil. Siyasah dalam Islam adalah Siyasah al-Adilah, iaitu siasah yang berteraskan dan bermatlamatkan keadilan. 

Azhar Idrus juga perlu faham, bahawa cukai yang dikenakan bukan hak rakyat. Membayar cukai bukan seperti menimpan duit di dalam tabung atau di dalam bank. Duit yang disimpan dalam tabung adalah hak penabung, tetapi duit yang digunakan untuk membayar cukai bukan hak pembayar cukai dan mereka boleh mendapat `refund' sepenuh di akhir tahun.

Sebaliknya cukai adalah SALAH SATU daripada sumber pendapatan kerajaan; dan di dalamnya terdapat hak pembayar cukai, hak rakyat termasuk yang tidak membayar cukai dan hak pemerintah, iaitu hak untuk menguruskan pendapatan negara berdasarkan polisi yang digariskan dan diluluskan. 

Ketiga, kenyataan "Rakyat bayar cukai beribu-ribu tetapi hanya dapat RM600 sahaja" adalah kenyataan yang mencerminkan kedangkalan dan kecetekan pemikiran Azhar Idrus dan berunsur FITNAH. 



Elok Azhar Idrus fahamkan carta Bajet 2014 ini baik-baik. Cukai yang rakyat bayar BUKAN UNTUK BR1M SEMATA-MATA2




Apa yang rakyat dapat lagi sebenarnya dalam Bajet 2014....



Dalam Sektor Pendidikan - Apa yang rakyat dapat?






Apa lagi rakyat dapat? 


Inilah masalah bila golongan seperti Azhar Idrus ni bila malas membaca. Sedangkan Rasulullah saw pun diperintah Allah swt untuk membaca - `Iqra' - Azhar Idrus ni nampaknya macam tak nak ikut Rasulullah saw dan perintah Allah la pulak... 

Malangnya begitu ramai yang menganggapnya benar kerana kononnya ia datang daripada seorang yang mempunyai ketinggian ilmu luar biasa. Latar belakang Azhar Idrus . 

Tu laaa... jangan suka sangat panggil orang "bod..doooh" ..... tak baik.. dosa..


Tuesday, December 27, 2011

[Kartun] #BR1M Siapa la yang buruk perangai tu...?



Dah la ambik duit yang Kerajaan BN bagi, siap pau ahli parti RM100 seorang lak....
Sapa la perangai buruk macam ni ya?


dari kartunis Pistol Nakal
http://pistolnakal.blogspot.com/2011/12/peringatan-br1m.html


Individu yang layak:


(iii) Warganegara Malaysia;
(iv) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah merangkumi ;
a. Berkahwin;
b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
c. Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
d. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.



[ TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA, MAHUPUN PEGANGAN POLITIK ]

Untuk muat turun borang [ KLIK SINI ].
Untuk maklumat lanjut [ KLIK SINI ].




Saturday, December 17, 2011

#BR1M Selepas cubaan sabotaj gagal, PR curi mileage politik pula? Rosak!




Nak curik mileage jugak?!! Memang Pakatan Haram ni suka buat kerja haram macam Ketua Umum dia jugak la. Ini yang dikatakan nak menang menang menggunakan cara haram termasuk mencuri mileage politik sedangkan bukan kerja dia sebaliknya kerja BN dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mana blogger Cucu Tok Selampit tak marah!

Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama? Haisshh Pakatan Haram Ni!
http://khairulryezal.blogspot.com/2011/12/lembu-punya-susu-sapi-yang-dapat-nama.html


Mana Rakyat tak marah dengan Pakatan Haram. Bila Kerajaan bercadang untuk membuat kebajikan untuk Rakyat, merekalah yang ke depan untuk menabur fitnah dan cercaan di dalam ceramah-ceramah politik. Kononnya ini semua gula-gula untuk Rakyatlah, Kerajaan membeli undilah dan macam-macam lagi. 

Bila bab Kerajaan nak melaksanakan kebajikan untuk Rakyat, mereka jugalah ke depan. Kononnya, sumbangan dan bantuan itu hasil penat lelah mereka. Dengan muka setebal kamus dewan, sanggup mereka mengaku ini semua hasil dari usaha penat lelah mereka. Kalau Rakyat masih tak nampak jugak lakonan sinetron ini, tak tahulah CTS nak kata apa.

baca seterusnya

Thursday, December 15, 2011

Selepas palsukan dokumen cincin RM24j, orang dalam sebar surat fitnah #BR1M pula? #GajiHaram



[Nota: Malas nak cerita tentang tindakan desperate puak-puak yang hendak mensabotaj produk-produk 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional. Mula-mula sabotaj slogan gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Selepas itu sabotaj Kedai Rakyat 1Malaysia. Datanglah Tony dan Si Kitol Nurul dan Dr Dzul memperlekeh dan menabur pembohongan tentang barangan yang dijual. Kemudian disabotaj borang BR1M. Diadakan dan diedarkan borang-borang palsu untuk membakar kemarahan rakyat. Terkini surat/emel layang pasal BR1M. Dah lah tak tahu nak hasilkan satu produk yang bagus, banyak berpolitik dari bekerja, banyak bercakap dari melaksanakan, sekarang banyak berdengki dan mencontohi yang baik. Susah sangat ke? Baca di bawah pembongkaran oleh blogger Cucu Tok Selampit.. ]

Penjelasan Lengkap Untuk Fitnah Surat Layang Dari "Pekerja LHDN" Untuk Memburukkan BR1M



Surat layang di atas CTS terima daripada e-mail yang tersebar luas. Hasil tinjauan CTS di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Haram telahpun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.


Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:

1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.

2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.

3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!

4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?

Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!

Apa ni? PR hantar SMS minta rakyat derma RM100 dari duit #BR1M kepada parti? #PenyamunRakyat



SMS Asking Opposition Members Receiving BR1M to Donate RM100 to Party Disputed
Wednesday, 14 December 2011 21:16
Last updated on Wednesday, 14 December 2011 21:20


KUALA LUMPUR, 14 DECEMBER, 2011: The messages sent via the SMS asking members of the opposition parties receiving the RM500 aid under the 1Malaysia People's Aid (BR1M) programme to donate RM100 to the party to assist them in the 13th general election are being disputed by several groups.

Umno information chief Datuk Ahmad Maslan said the request was inappropriate because BR1M was meant to assist families who earned less than RM3,000 and not for other purposes. "The money should be utilised to improve their life, to buy necessities and not to be donated to their political parties," he told Bernama, here today.

He said although "it is up to the recipients to donate to whoever they wish, but in terms of morals, they don't appreciate the government assistance because after receiving the aid, they want to donate it to the party."

Senator Ezam Mohd Nor, meanwhile, described it as an irresponsible act.
"They are taking the rights of the poor, who need the aid, for the benefit of political parties," he said.

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) president Datuk Ibrahim Ali said if the claim that the SMS messages were being distributed by the opposition parties was true, then they were committing an irresponsible act because the money was given to ease the burden of the people.

PAS vice-president Mahfuz Omar, in his SMS to Bernama, however denied that PAS had sent the SMS message, saying that the parties in the opposition pact already had sufficient fund to face the general election.

"We don't do such things, we all have sufficient fund and hope that those who receive the RM500 aid will use it for their children's education, the opposition does not need the money," he added.

- Bernama

Wednesday, December 14, 2011

#BR1M: Awas! Borang palsu diedar untuk sabotaj Kerajaan BN? #PenipuRakyat


[Nota: Hati-hati dengan rancangan untuk mensabotaj program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang giat dilaksanakan oleh pihak bertanggung jawab. Jangan percaya jika ada individu, NGO, parti pembangkang atau agen mereka yang menawarkan borang ini dan hati-hati jika pihak pembangkang menawarkan diri untuk memuat turun dan mencetak borang BR1M untuk anda. Semak dan pastikan anda mendapatkan borang yang asli. Untuk lebih selamat, eloklah pergi ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen BN atau NGO yang menyokong agenda kerajaan atau berjumpa dengan Ketua Bahagian/Ketua Cawangan agar tidak tertipu jika terdapat agenda jahat untuk mensabotaj BR1M. Bermungkinan besar anda tidak akan dapat bantuan ini nanti kerana borang ini mungkin tidak akan dikembalikan sama sekali semata-mata untuk membuat anda marah kepada Kerajaan BN.]

GEMPAR !! CONTOH BORANG BR1M PASLU & ASLI
Dipetik dari blog Medan Tempur Kedah. Terima kasih di atas pembongkaran ini.

Gambar di bawah adalah keratan daripada borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)..Kalau sekali imbas borang paslu itu hampir sama dengan dengan borang yang asli tetapi borang palsu ada tercatat nama bank,no akaun bank dan kaedah pembayaran melalui bank..



Borang Asli


Borang Palsu


MTK
Kerajaan dah bagi duit pun ada lagi yang nak menipu

Popular Posts