Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Akhbar Cina: Guan Eng masih tidak mengaku burukkan Johor


Video kenyataan KJ membidas Guan Eng.
Kata KJ, bahasa Guan Eng sama seperti Kuan Yew

[Nota: ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan dijatuhi hukuman gantung 6 bulan disebabkan perbuatannya yang tidak PATRIOTIK menghina bendera Malaysia. Ketua Menteri `parti komunis' DAP Lim Guan Eng juga melakukan perkara yang sama, iaitu bersikap tidak PATRIOTIK dengan menghina salah sebuah negeri di dalam negara Malaysia. Persoalannya kenapa tiada hukuman ke atas Guan Eng? Bukankah ini bukti amalan nepotisme di dalam DAP (Daddy Anak Party)?]


Sinchew
Dalam Negeri m/s 07
2 Oktober 2011

Sebagai bukti Selepas ini semua ucapan perlu dirakamkan: Lim Guan Eng

‘Lim Guan Eng menyatakan beliau tidak pernah sebut “Johor tidak selamat diduduki, pelancong ke Johor mungkin diculik”, dengan itu beliau mahu jumpa media yang laporkan isu berkaitan itu di mahkamah’

1hb Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkaitan isu keselamatan sosial dan keamanan di negeri Johor, menyatakan selepas ini dan pada bila-bila masa keberadaan beliau semasa berucap akan dirakam, sebagai bukti untuk diri sendiri.

Beliau berkata, sebelum beliau mendapatkan pita rakaman ucapan beliau itu, Sultan Johor anggap beliau telah mencemar ke bawah Duli, dalam keadaan itu beliau menghormati Sultan Johor, menghormati Duli Yang Maha Mulia dan rakyat negeri Johor dan meminta maaf.

Menyatakan beliau tidak pernah menyebut negeri Johor tidak selamat diduduki, dan tidak pernah menyebut pelancong yang berkunjung ke negeri Johor dikhuatiri diculik, Bernama yang melaporkan isu itu perlu berjumpa di mahkamah untuk membuat penyelesaian.

Lim berkata, berkaitan itu bermula samasa beliau membuat ucapan secara terbuka di Australia, seterusnya apabila beliau membuat ucapan tertutup di Singapura, disebabkan itu satu perbincangan tertutup sebab itu tiada sebarang rakaman pita dibuat.



Kantoi! Rakaman kenyataan Guan Eng. Lagi tidak mahu mengaku?

Monday, October 3, 2011

Guan Eng menipu pelabur dengan beri fakta salah tentang kadar jenayah Pulau Pinang?


Secara umumnya NKRA Mengurangkan Jenayah ilham perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan kejayaan yang amat memberansangkan. Dengan kesungguhan dan kegigihan pasukan polis, kadar jenayah seluruh negara telah menurun dengan drastik.

Lim Guan Eng telah cuba memancing pujian dan pengiktirafan (claim credit) bila dengan bangganya menggambarkan seolah-olah penurunan jenayah di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh pentadbirannya. Malangnya beliau kantoi, kerana tidak bersikap patriotik dengan sengaja memburukkan Johor bagi menarik minta pelabur ke Pulau Pinang.

Sudahlah kantoi kerana tidak PATRIOTIK, didapati beliau juga kantoi kerana diberitakan memberi gambaran yang salah mengenai kadar jenayah Johor dan Pulau Pinang. Ucapan yang mengelirukan ini telah dibangkitkan oleh sejumlah blogger untuk difikirkan oleh rakyat Malaysia dan pelabur asing.

Menurut pendedahan ini;

Pulau Pinang :
Penduduk = 1,520,143 orang
Keluasan = 1,046 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 12,161 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 800 kes

Johor :
Penduduk = 3,233,434
Keluasan = 19,210 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 20,684 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 639 kes

Apa maksudnya data ini? Maksudnya adalah - Johor 161.06 nisbah kes jenayah berbanding bilangan penduduk di Johor adalah lebih rendah berbanding Pulau Pinang bagi setiap 100 ribu.

Menghimbau kembali apa yang pernah dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam satu wawancara mengenai NKRA mengurangkan jenayah, kata beliau; "The government realised we need to change and accommodate the public. We came up with six National Key Results Area (NKRA). I was one of the lead ministers for reduction of crime, specifically street crime. We had set targets to reduce 5% for overall and 20% for street crimes. For the latter, we achieved much more than that. For the first quarter of 2011, there were 5,539 incidents of street crime compared to the same period in 2009, where the statistics were 10,189. This shows a significant drop in the number of incidents. Crime index between January and April this year was 40,729 cases compared to 45,008 cases during the corresponding period in 2010. We really had to think outside the box – utilising the strengths we have in Rela and Civil Defence, for example – with no extra expenses. Since constructing a police station would take too long, we bought mobile stations and converted them. The result is that today, you hardly hear about snatch theft cases."

Dalam wawancara yang sama juga beliau menyebut: "Michael Barber, who was head of Delivery Unit during former British Prime Minister Tony Blair’s administration, said that what we achieved in a year took them 2 1/2 years to achieve. "

Apa yang JELAS - Lim Guan Eng tidak PATRIOTIK, BERBOHONG tentang fakta jenayah dan suka CLAIM CREDIT di atas sesuatu yang dilakukan oleh orang lain, dalam kes ini Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Polis dan KDN, termasuk RELA dan JPAM. Pemimpin jenis apakah ini?

Popular Posts