Showing posts with label Karpal. Show all posts
Showing posts with label Karpal. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Sembah Mayat Karpal: Keadilan Daily cuba cipta hadis palsu untuk selamatkan Anwar?



Terdapat kecenderungan yang menakutkan di kalangan pembangkang yang sanggup mengada-adakan hadis palsu bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka yang menyalahi aqidah dan hukum-hukum Islam. 

Kecenderungan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa. Bagi Melayu sosialis, pluralis dan mungkin juga ada di kalangan mereka yang agnostic deist dan atheis di dalam PR, bukan masalah untuk mentafsirkan secara salah ayat al-Quran dan hadis, contoh untuk memberi justifikasi terhadap penggantian Biblical God kepada Allah dan menghalalkan demonstrasi jalanan. Malah mereka sanggup mengada-adakan hadis semata-mata untuk mempertahankan pemimpin mereka.



Dengar apa kata Azhar Idrus

Isu Tunduk Jenazah oleh Pemimpin PR

Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi Muhammad saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... 

Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.

Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...

Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak  menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.

Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)

Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:

Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)




Saturday, December 31, 2011

Taktik kotor Karpal: Peguam desak Lembaga Tatatertib ambil tindakan



Karpal Masuk Perangkap Sendiri, Niat Jahat Burukkan Institusi Kehakiman Demi Anwar

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah terjerumus dalam perangkap politiknya sendiri apabila cuba mengheret institusi kehakiman ke kancah politik dan cuba menimbulkan keraguan dalam kredibiliti instutusi tersebut dengan membuat aduan kononnya terdapat hakim yang melakukan plagiatrisme.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun melihat tindakan yang dilakukan oleh Karpal Singh dibuat kerana telah ketandusan idea dalam melakukan pembelaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat YB Karpal Singh telah kehabisan idea dan isu dalam mewakili ketua pembangkang, YB Datuk Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang melibatkan ketua pembangkang tersebut, justeru itu sebagai suatu taktik pengalihan (diversion) dengan beliau terpaksa membangkitkan isu kredibiliti Hakim ini agar institusi kehakiman akan sentiasa dilihat tidak bebas dan sentiasa dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Hari ini, Pejabat Hakim Negara telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak selaku Hakim Mahkamah Rayuan yang kononnya telah dikatakan telah membuat plagiarisme terhadap salah satu keputusan yang beliau telah beri sewaktu beliau menjadi hakim di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Isu ini telah hangat diperkatakan sehingga Karpal Singh telah cuba untuk membawa satu usul di Parlimen untuk didebatkan dan terbaru, semalam Karpal Singh sekali lagi membangkitkannya dalam akhbar The Sun (halaman dua).

“Hari ini saya telah dimaklumkan bahawasanya isu itu tidak timbul malahan ianya tiada merit berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hakim Negara yang dengan Yang Arif Ketua Hakim Negara telah pun menyiasat dan berpendapat bahawa dakwaan itu adalah dakwaan yang tidak mempunyai merit dan aduan itu telah pun ditolak.

“Karpal Singh juga difahamkan telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini daripada pejabat Ketua Hakim Negara. Saya kesal terutamanya tuduhan yang melulu ini tanpa ususl periksa dan tidak berdasarkan fakta yang terperinci dan meyeluruh telah dibuat oleh seorang pengamal undang-undang yang sangat berpengalaman dan senior,” katanya.

Ujar beliau, nyatalah bahawasa Karpal Singh telah hilang pertimbangan selaku seorang peguambela dan peguamcara apabila telah mencampuradukkan isu perundangan dan profesionalisme seorang peguam dengan kepentingan politik.

“Saya berpendapat bahawasanya YB Karpal Singh telah terjerat dalam permainan sendiri yang beliau cuba untuk mengheret institusi kehakiman secara amnya dan secara khususnya untuk mengheret Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak ke kancah politik yang akhirnya telah memakan diri beliau sendiri.”

Aduan Karpal Singh menyatakan bahawasanya beliau telah mendapat maklumat Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak telah membuat satu plagiarisme penghakiman dengan mengambil secara keseluruhan penghakiman yang ditulis oleh seorang Hakim di Singapura iaitu Yang Arif Hakim GP Selvam, yang mana menurut siasatan yang telah dibuat Yang Arif Hakim GP Selvam daripada Singapura itu telah menafikan dengan menulis satu surat kepada Ketua Hakim Negara pada sekitar bulan November 2011.

”Surat yang telah ditulis tersebut jelas bahawasanya Hakim yang dituduh memplagiat penghakiman Hakim daripada mahkamah Singapura telah pun diheret ke satu kancah politik yang kotor yang bermaksud untuk membuatkan beliau dilihat sebagai seorang Hakim yang tiada kredibiliti.

“Serangan peribadi YB Karpal Singh ini juga saya percaya telah mengakibatkan Hakim itu terganggu dari segi fikiran dan juga perasaan beliau terutamanya keluarga beliau. Jadi saya menggesa terutamnya YB Karpal Singh memohon maaf secara bertulis dan terbuka kepada Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak berkenaan tentang serangan peribadi yang langsung tidak profesional dan tidak memeriksa asal usul perkara ini.”

Tegas Hafarizam lagi, apa yang boleh simpulkan daripada kenyataan rasmi ini dan juga fakta-fakta yang telah merangkuminya, Karpal Singh juga telah mengelirukan Parlimen Malaysia dengan membangkitkan perkara yang remeh, tidak benar dan langsung tidak berasas.

“Pada pendapat saya, telah timbul satu kejadian atau kelakuan yang menghina kemuliaan Parlimen Malaysia. Oleh itu, saya menggesa kepada ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen Malaysia supaya suatu aduan rasmi dibuat ke atas YB Karpal Singh kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen Malaysia agar kenyataan beliau yang sebelum ini berkenaan isu plagiarisme Hakim Yang Arif Datuk Malik Ishak diperbincangkan secara menyeluruh, terperinci dan seterusnya keputusan dibuat dalam peringkat jawatankuasa dan akhirnya dibawa ke dewan sidang Parlimen Malaysia agar suatu tindakan yang bersesuaian diambil terhadap beliau bagi memberi makna dan juga mesej yang jelas bahawasanya setiap ahli Parlimen perlu mematuhi peraturan-peraturan sebagai ahli Parlimen Malaysia dan tidak membawa isu-isu yang boleh menyeleweng kepada Parlimen Malaysia pada masa-masa akan datang.

“Saya juga menggesa supaya Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dan juga Majlis Peguam Malaysia memandang serius akan perilaku dan amalan ketidakprofesionalan YB Karpal Singh selaku peguambela dan peguamcara dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.”

Tambah beliau lagi, isu tersebut sangat serius kepada institusi kehakiman, profesionalisme kepeguaman dan yang paling penting kepada kemuliaan Parlimen Malaysia khususnya.

“YB Karpal Singh tidak boleh bebas daripada segala tindak-tanduk beliau dan kenyataan rasmi ini telah membuktikan ianya tidak bermerit dan tidak ada asasnya. Oleh itu, saya berharap bahawasanya isu tentang plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak akan diberhentikan daripada dibicarakan sama ada dalam media atau di Parlimen.”

Thursday, September 22, 2011

Surat Tun M bukti beliau junjung keadilan hudud; tolak kecetekan pemikiran Pas

[Nota: Bandingkan isi kandungan surat ini berbanding dengan amaran Karpal Singh - "Langkah mayat saya!" -






Surat Tun M kepada MB Kelantan menjelaskan kenapa Hudud sukar dilaksana di Malaysia !

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Popular Posts