
Sekumpulan anak-anak muda telah membuat sedikit penyelidikan mengenai One Israel. mereka adalah anak-anak muda yang tidak mahu membuta tuli mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim dan pembangkang yang mengaitkan One Israel dan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Syabas saya ucapkan, jika begini sikap mereka, mereka tidak akan menjadi seperti anak-anak muda yang menyokong pembangkang, yang diibaratkan oleh kumpulan Reformasi 1998 sebagai mudah ditipu dan dimanipulasikan, termasuk mempercayai tentang `dongeng mereka' mengenai keracunan arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk macam teruk sangat dah, lari ke kedutaan Turki sebab nyawa terancam dan sebagainya.
Sila klik link di bawah:
http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionHistoryAll_eng.asp
http://chareidi.shemayisrael.com/archives5760/mishpatim/anpos.htm
Kalau dilihat pada sejarah, “One Israel” bukanlah datang daripada Ehud Barak, berdasarkan kepada kronologi sejarah politik Israel “One Israel” adalah merupakan sebuah parti politik yang dibentuk oleh Yitzhak Yitzhaky pada 11 Nov 1980 di mana dan dalam tahun yang sama juga parti “One Israel” yang dibentuk oleh Yitzhak telah dibubarkan.
Sila klik link di bawah:
http://www.search.com/reference/One_Israel_(1980)
Malah jika dilihat kebelakang lagi perkataan “One Israel” ini sebenarnya datang daripada Simon Rawidowicz iaitu seorang ahli sejarah terkemuka Israel (1896 – 1957). Beliau telah menulis berkenaan dengan “One Israel” dalam sebuah bukunya yang bertajuk “Israel, the ever dying people and other essays”.
http://books.google.com.my/books?id=3dHjWbgFiH8C&dq=creation+of+%22One+Israel%22+slogan&q=%22one+israel%22#v=snippet&q=%22one%20israel%22&f=false
Few links about SIMON RAWIDOWICZ
http://www.upne.com/0-87451-846-6.html
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.brillonline.nl%2Fpublic%2Fjudaism-philosophy.html&h=1331083a35cdc26337db5e0795ba0b82
http://themagneszionist.blogspot.com/2009/06/david-n-myers-between-jew-arab-lost.html
“One Israel” tidak mempunyai sebarang persamaan dengan 1Malaysia dari segi definisinya dan perlakuannya kita boleh ikuti sendiri Kempen pilihanraya Ehud Barak pada tahun 1999 yang menggunakan platform “One Israel” – “Barak Plan For A Better Israel”.
http://www.knesset.gov.il/elections/knesset15/eoneisrael_m.htm
Tuduhan pihak pembangkang kononnya 1Malaysia meniru “One Israel” adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Malah mereka tidak mempunyai sebarang fakta pun dalam mengaitkan 1Malaysia dengan “One Israel” jika tidak pun mengetahui asal-usul sebenarnya perkataan “One Israel”

