Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Hasan Ali bayangkan Menteri Besar hanya boneka? #DapGantiPas


Siapa parasit dalam Pas, siapa pelesit dalam kerajaan PR?

Nota menarik: Kenyataan Hasan Ali, "Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pak turut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.". Keduanya, "hari ini saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau."


HOT NEWS !!! ROMBAKAN EXCO 
SELANGOR !!! INI JAWAPAN DATUK DR
HASAN ALI !!!

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.

Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar.

Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.

Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain. Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.

Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu,telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.

Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini,maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah dipijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pak turut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.

Hari ini saya dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.

Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor.

Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan di bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini.

Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

YB DATO’ DR. HASAN ALI

ADUN Gombak Setia
Pinggiran Taman Tun Dr Ismail

Wednesday, January 11, 2012

#PasSesat [Video] Ustaz Nasharudin Mat Isa sokong Hasan Ali


Nasharudin: Hasan Ali istiqamah dalam pelaksanaan enakmen sedia ada di Selangor. 
Nota: Maksudnya Pas Selangor dan Pusat tidak istiqamah dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengotakan apa yang dikata? 

Tuesday, January 10, 2012

[Video] Hasan Ali - Dia tak sapu bini orang. Dalam penjara pun nak jadi PM #bebasAnwar901

Hassan Ali



Hasan Ali - Saya tak sanggup hadir 901

Hasan Ali dakwa dipecat kerana Anwar, Azmin
AHMAD NORMAN ABU TALIB
January 9, 2012

PETALING JAYA – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kesal dengan tindakan pemecatannya yang didakwa gara-gara desakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahukan beliau dipecat dari parti itu.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan yang dibuat Azmin yang mahukan Pas memecatnya menjadi punca pemecatannya.

Katanya, beliau mempertikaikan dan hairan mengapa Azmin masuk campur urusan dalaman Pas.

“Saya paling tak seronok bila desakan daripada Timbalan Presiden PKR yang mahukan Hasan Ali dipecat.

“Apa hak Azmin nak minta Pas lucutkan Hasan? Apa hak Azmin nak masuk campur dalam urusan rumah tangga Pas?,” katanya ketika menyampaikan ucapannya di rumahnya malam semalam.

Menurutnya, beliau percaya semuanya berpunca daripada kenyataan yang dibuatnya baru-baru ini tentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, isu pemecatannya timbul selepas beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Anwar mengenai kes liwatnya itu merupakan masalah peribadi.

Hasan berkata, beliau tidak mahu Anwar mengheret rakyat bersama perjuangannya yang didakwa kotor itu.

Beliau menegaskan tidak akan hadir menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901’ hari ini.

“Tetapi di mana timbulanya saya dipecat? Kerana Anwar Ibrahim. Sedangkan apa yang saya komen tentang dia adalah soal peribadi. Saya tidak mahu dia heret rakyat negara ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor perjuangannya.

“Saya tak sanggup nak hadir 901. Saya tak sanggup bersama. Saya adalah antara orang Pas yang tidak pernah keluar bersama Anwar,” katanya.

Menurutnya, sidang media berhubung pemecatannya serta penjelasannya akan diadakan dalam minggu ini.

Katanya, semua rentetan peristiwa serta halangan yang dihadapinya semasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam memperjuangkan tiga perkara berkenaan Islam, hak orang Melayu serta Raja-raja Melayu akan dijelaskan dalam sidang media itu nanti.

Turut hadir di rumahnya yang menyatakan tanda sokongan peribadi serta simpati adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali serta bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh Hasan juga pernah dialaminya dalam memperjuangkan ketiga-tiga perkara terbabit.

Menurutnya, beliau melihat Hasan begitu konsisten dalam memastikan ketiga-tiga perkara tersebut dapat dijaga dengan baik.

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu berita pemecatan serta-merta Hasan daripada ahli Pas

“Saya kagum dengan prinsipnya selaku Exco dalam menjaga kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu malah dalam isu berkaitan gereja baru-baru ini,” katanya.

Beliau mempelawa Hasan untuk menyertai Perkasa sekiranya tidak mempunyai mana-mana parti.

“Kalau tiada parti buat sementara waktu boleh join (sertai) Perkasa kerana Perkasa terbuka untuk Datuk anytime (bila-bila masa),” katanya.

Sementara itu, Nasharudin berkata, sokongan peribadinya yang diberikan kepada Hasan kerana komitmen yang diberikan Hasan dalam hal-hal berkaitan kepentingan agama.

Menurutnya, tindakan pemecatan tersebut dilihat sebagai drastik dan mungkin sejarah dalam parti.

Katanya, sekiranya Hasan ingin membuat rayuan berhubung pemecatannya itu beliau mempunyai tempoh 30 hari untuk berbuat demikian.

“Sebagai ahli Majlis Syura Pas, saya sebutkan peruntukan untuk rayuan tersebut masih ada ruang dan peluang untuk Hasan sekiranya beliau masih terus mahu berkhidmat kepada parti,” katanya.

Sunday, December 25, 2011

Kes Hasan Ali: Belum berkuasa, tapi media PR dah tutup ruang bersuara


Nampaknya PR hanya beretorik tentang kebebeasan bersuara. Hasan Ali adalah mangsa terbaru. Sebelum ini sudah ramai juga yang mengadu tidak diberikan ruang sehingga terpaksa menggunakan akhbar yang pernah mereka kutuk sebelum ini. Mungkinkah ini salah satu punca Harakah semakin tidak laku (Jualan Harakah merudum)? Adakah kerana ia menjadi menjadi alat kepada kumpulan tertentu sahaja di dalam Pas?

Sebenarnya hipokrasi PR di dalam hal berkaitan kebebasan bersuara ini amat jelas. Jika diperhatikan, sudah menjadi tabiat pemimpin-pemimpin PR untuk menyekat atau `block' akaun twitter pengkritik mereka. Kalau dalam twitter pun sudah tidak boleh dikritik dan di`block', kalau mereka berkuasa tak tahulah apa yang akan terjadi; na'uzubillah. Mungkin kerana itu Allah swt masih menyelamatkan Malaysia dari cengkaman PR. Sebagai rakyat yang bijak dan dapat menilai hipokrasi PR dan pemimpinnya, marilah kita sama-sama menyelamatkan Malaysia sebelum menjadi mangsa kepada kezaliman mereka. Selamatkan Malaysia!



Imbas kembali - ruang bersuara yang digunakan oleh Hasan Ali untuk menyuarakan pendapatnya. Mungkinkah Hasan dan Nasrudin disekat untuk mengutarakan pandangan dalam Muktamar platform-platform parti dan media-media PR?

Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah
Jamilah Kamarudin | December 24, 2011
dari Free Malaysia Today


Dr Hasan Ali mendakwa sejak dua minggu lalu beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.


KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.

Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas,  malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.

“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?

“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain,  kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.

Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

`Mungkin perintah orang berkuasa’

“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.

“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yang mendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS  yang lain mengenai isu ini.

Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.

Sementara itu, Dr Hasan  berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.

“Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.

“Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini,” katanya.

Saturday, December 24, 2011

Hasan Ali vs Mustafa Ali: Siapa yang menipu ni?



Siapa yang menipu ni?

Nota: Yang pastinya, dalam satu sidang akhbar bagi menjawab Hasan Ali, Mustafa Ali dengan nada sombong dan perasan mengatakan `You rasa I sombong ke?". "He, he, he", "Saya rasa saya orang yang paling tak sombong dalam dunia ni.". Wah, manusia paling tak sombong dalam dunia - self claimed la ni. Dalam sidang akhbar yang sama, dilihat Mustafa lebih banyak merujuk Buku Jingga dari Al-Quran dan Hadis. Dah jadi sosialis dan tolak Quran dan Hadis ke?


Dipetik dari blog Apa Yang Tersirat . 


SATURDAY, 24 DECEMBER 2011
Mustafa Ali berbohong: Dr Hassan

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan mengenai dakwaan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mengenai pertemuan beliau bersama tiga individu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mustafa pada Khamis mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan Umno yang merujuk kepada satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.

Dr Hasan bagaimanapun berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Hasan yang juga merupakan Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tiga individu yang temuinya.

“Saya tidak dapat menjelaskan sebab saya berasa mereka juga tidak selesa untuk dijelaskan. Cukup saya menafikan sekeras-kerasnya.

“Tiada pertemuan dengan mana-mana orang Umno dan tiada langsung berkaitan dengan Pas dan Umno,” katanya.

Hasan berkata, Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim.

Menurut beliau, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya lagi.

Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung perkara tersebut termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Dalam pada itu, Hasan mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.

“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,” katanya.

Thursday, December 22, 2011

[Video] Updates TV3: Hasan Ali gambarkan Pas hanyut hingga khianati agama, bangsa dan Raja


Hasan Ali beri gambaran Pas hanyut dalam politik Machiavalian; lakukan apa saja, 
termasuk gadai islam, Melayu & Institusi Raja demi kuasa

@DrHasanAli - Pekikan kemenangan tiada makna jika Islam, Melayu entah ke mana


Hasan Ali - Formula Pas ke Putrajaya akan meminggirkan orang Islam dan Melayu 



Imbas kembali wawancara Hasan Ali 

Hassan Ali: Saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili PAS
Dipetik dari blog The `Thirteen Million Plus Ringgit' Guy Rambles / blogger Big Dog
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/12/21/hassan-ali-saya-tidak-terfikir-pun-saya-exco-mewakili-pas/

“Masa saya ambik keputusan itu, saya tidak terfikir pun saya Exco mewakili (parti saya) PAS. Bagi saya, pada masa itu ianya tanggung jawab bagi menentukan akidah orang Melayu sesama Islam seperti saya tidak rosak atau dirosakkan”, penjelasan tegas Exco Kerajaaan Negeri Selangor bagi Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali dalam program Soal Jawab, apabila dibincangkan mengenai isu kontroversi Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Beliau ditemu ramah Pengarah Eskekutif Berita Kumpulan Media Prima Dato’ Ahmad A. Talib mengenai apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church, Seksyen 13 Petaling Jaya pada 3 Ogos 2001 iaitu awal Ramadhan lalu. “Tiada storming berlaku. Hanya yang berlaku ialah siasatan, yang dibuat secara teratur”.

Beliau juga menjelaskan pertama dalam TV apa yang berlaku, “Kami mendapati buka puasa yang berlaku ialah sejam lewat. Terdapat pentas dan mereka memberikan ceramah mengenai Kristian. Semua warna malam itu ialah warna Kristian”, bagi mengambarkan nada, kandungan dan penyampaian keseluruhan majlis malam itu memberikan fokus mutlak mengenai Kristian dan mengagungkan ugama itu, kepada beberapa orang Islam yang dijemput khas.

Hassan juga meluahkan kekecewaan beliau apabila ada pemimpin Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku di DUMC kepada media, tanpa mendapat maklumat komprehensif, termasuk siasatan yang lengkap dilaporkan mengenai saluran yang betul. Jelas, beliau memaksudkan Meneteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Selangor seperti MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid sebagai MB Selangor begitu pantas memohon maaf kepada Pastor Kanan Ho kerana siasatan JAIS keatas DUMC itu, sedangkan Ho enggan bertemu pegawai JAIS untuk membantu siasatan.

Apabila ditanya mengenai proses memurtadkan akidah umat Islam, sebagaimana yang didapati berlaku di DUMC, Hassan menegaskan “Apa yang berlaku di DUMC itu sedikit sahaja. A drop in the ocean“. Beliau juga menjelaskan apa yang mereka dapati itu tidak mudah untuk dibawa ke proses keadilan “Apa yang boleh dibuktikan dalam Mahkamah itu agak rumit”.

Beliau juga menjelaskan tugas beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam menjadi mudah kerana kerjasama yang baik dari Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. “Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga memberikan perhatian bagi hal ehwal Islam”.

“Bagi saya perjuangan ialah Islam, hal ehwal dan adat resam orang Melayu dan institiusi Raja. Bagi saya, sekiranya ketiga tiga ini beres, orang Melayu akan menjadi kuat. Baru kita sama sama dengan orang lain (Bukan melayu dan Islam) sama sama bangunkan Malaysia”, penerangan ADUN PAS bagi Gombak Setia itu. “Saya menyertai PAS dari zaman Dato’ Fadhil Noor. Saya adalah seorang dari sekular. Saya tertarik kepada Kepimpinan Ulama’ itu dan kesederhanaan hidup oleh pemimpin PAS ketika itu”.

“Keseluruhan perjuangan landasan, menurut pandangan golongan tertentu, telah tersasar. Masih ada (dalam parti) yang tidak selesa dengan shift (perubahan) yang berlaku. Mereka masih mahu PAS memartabatkan Islam”. Apabila ditanya mengenai ‘Kempipinan Ulama’, “Sudah berlaku perubahan kuantiti. Dahulu, 65-70% AJK Pusat ialah dari golongan Ulama. Sekarang sudah berubah. Bukan dari komposisi pemimpin tetapi juga soal dasar. Perubahan juga berlaku kepada kualiti. Pertanyaan ramai ‘Kemana arahnya parti’?”.

“Kalau kita masih utamakan formula (kerjasama dengan DAP dan PKR), maka sudah tentu kita mengabaikan penyokong penyokong tegar kita, iaitu orang Melayu”, merupakan penjelasan ikhlas seorang pemimpin PAS yang kecewa dengan hala tuju memartabatkan Islam yang tergamak dikorbankan demi kerjasama bersama DAP dan PKR. DAP sebagai parti Chauvinis Cina merupakan parti yang terang terang menunjukan sifat anti Melayu dan anti Islam mereka.

“Kalau saya dikatakan ‘berseorangan’, mungkin dari sudut functionality. Tetapi masyarakat menyokong saya. Ada poll yang dibuat, 98% menyokong saya. Dari sudut itu, saya tidaklah berseorangan”.

Untuk soalan mengenai ‘kegembiraan’ apabila Pakatan Rakyat mendapat kuasa, “Semestinya kita gembira apabila mendapat kuasa. Kita gembira kalau dapat menawan Putrajaya. Tapi ‘pekikan kemenangan’ itu tidak ada makna sekiranya ugama Islam kita entah kemana, kedudukan orang Melayu entah kemana, institiusi Raja entah kemana”.

Hassan mengakhiri temu ramah sejam itu dengan ikrar ini, “Saya akan bersama apa jua gerakan yang mempertahankan uagma Islam, kedudukan orang Melayu dan menjulang institiusi Raja Raja. Saya dibina dalam suasana itu dan tidak mampu saya mengorbankan tiga prinsip ini”. Jelas, beliau bersedia menerima dasar Perjuangan yang selama ini menjadi teras UMNO.



Popular Posts