Showing posts with label Shabery Cheek. Show all posts
Showing posts with label Shabery Cheek. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Banjir: Kesiapsiagaan, belajar dari kealpaan lalu @ShaberyC #PascaBanjir

B6v-970CQAEC2wV

Banjir adalah bencana yang boleh dijangka. Justeru persiapan awal boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan akibat bencana tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di dalam sebuah rancangan bual bicara di TV1 semalam. Beliau juga menyebut, tahun lepas, ramai yang kelihatan tidak bersedia kerana tidak menjangka fenomena perubahan iklim yang mendadak mengakibatkan bencana banjir yang lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.


Terdapat banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery mengenai persiapan menghadapi banjir di kawasan Parlimen beliau, Kemaman. Di antaranya, beliau menyebut, “dari segi falsafah, penyampaian bantuan semasa banjir adalah salah kerana bantuan sepatutnya telah tiba sebelum banjir melanda. Apabila banjir sudah melanda, amat sukar untuk menyampaikan bantuan kerana kebanyakan perhubungan dan laluan sudah terputus.”





Dalam keadaan cuaca buruk, bukan mudah juga bagi helikopter penyelamat untuk terbang. Cubaan untuk terbang dalam cuaca buruk boleh membahayakan pasukan penyelamat seperti kejadian helikopter mendarat cemas baru-baru ini. Bukan mudah juga untuk mencari sesuatu kawasan dari udara jika ia tidak ditandakan. Selain sukar mendarat dalam cuaca buruk, helikopter juga tidak boleh turun di kawasan yang sempit.

Menurut beliau, perancangan perlu dibuat lebih awal meliputi persiapan sebelum, semasa dan selepas banjir. Di Kemaman misalnya, struktur organisasi persiapan banjir yang diketuai Pejabat Daerah Kemaman, kemudahan di pusat penempatan sementara dan tapak pendaratan helikopter telah dibuat setahun lebih awal. Malah simulasi menghadapi banjir telah diadakah pada 8 Disember, seminggu sebelum banjir bermula.

Berdasarkan ramalan cuaca, keperluan harian mangsa banjir berbentuk makanan, selimut, tilam, bantal, lampin pakai buang, air bersih, susu dan `sleeping bag’ telah disediakan untuk sejumlah 42,000 orang mangsa. Keperluan yang diunjurkan ini sudah tertentu lebih dari mencukupi bagi mangsa yang terlibat tahun ini, iaitu sekitar 32,000 orang.

Dari segi strategi, Shabery menyebut bahawa pengurusan banjir bukan mengenai bantuan makanan semata-mata, tetapi juga meliputi infrastruktur komunikasi, komunikasi dan pengurusan persepsi.

Komunikasi semasa banjir penting kerana ia menentukan hidup mati mangsa banjir. Justeru pemancar komunikasi di seluruh negara termasuk di Kuantan, Pekan dan Kuala Krai telah dinaikkan agar tidak ditenggelami air,. Malangnya air naik lebih tinggi dari yang dijangka di Kuala Krai, mengakibatkan komunikasi terputus di kawasan tersebut.

Komunikasi dengan penduduk di kawasan banjir juga penting kerana ia membantu pemindahan dan penyampaian bantuan dilakukan dengan berkesan dan sistematik. Di Kemaman misalnya, dijangka ketika air pasang tinggi, air akan naik setinggi tiga meter. Jika hujan turun ketika ini, banyak tempat akan ditenggelami. Semua penduduk di kawasan berisiko di Kemaman telah diberikan kad dan diminta berpindah ke kawasan yang telah ditetapkan jika hujan turun semasa air pasang tinggi.


Memandangkan komunikasi amat penting, perancangan perlu dibuat agar ia tidak terputus semasa banjir. Selain merangka pelan alternatif untuk tidak hanya bergantung kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan komunikasi tidak terputus, `power bank’ juga telah dimasukkan ke dalam prosedur operasi banjir. Perkhidmatan talian kecemasan 999 juga dicadangkan agar diperluaskan untuk bencana seperti banjir.

Sebagai langkah memastikan kesiapsiagaan nasional, Shabery mencadangkan agar kempen kesiapsiagaan menghadapi banjir diadakan di dalam bulan September atau Oktober tahun ini.


Banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery sepanjang rancangan bual bicara selama satu jam ini. Jika penduduk, masyarakat, agensi kerajaan, wakil rakyat dan pemimpin negeri di kawasan berisiko banjir dapat mengaplikasikan pendekatan yang sama, kita yakin pengurusan banjir pada tahun ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Thursday, June 5, 2014

#MYTV wujudkan 200 saluran TV, RTM bakal ada 7 saluran @ShaberyC #TransformasiPenyiaran







7 perkara menarik di dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek:-

1. MYTV adalah saluran TV percuma dan sebahagian daripada agenda transformasi kerajaan bagi keperluan sistem penyiaran pendigitalan.

2. Pelaksanaan MYTV menjadikan Malaysia antara negara ASEAN yang paling terkedepan dalam aspek penyiaran digital Televisyen Digital Terestrial (DTT)

3. Dalam dunia analog, kos yang amat tinggi diperlukan untuk mewujud dan menambah saluran, penyiaran digital MYTV menjadikan kos mewujudkan saluran jauh lebih murah

4. MYTV bakal wujudkan 100 - 200 saluran televisyen

5. RTM boleh mempunyai sehingga 7 saluran, termasuk 2 yang sedia ada

6. Selepas era TV satelit, TV kabel, DTT menawarkan liputan yang lebih meluas dan kualiti siaran yang akan merangsang pembangunan industri konten ke tahap yang lebih tinggi

7. MYTV bermula dari kawasan luar bandar kerana ia merupakan projek untuk rakyat luar bandar dan pelaksanaannya lebih mudah dari aspek teknikal berbanding di bandar



Malaysia Bakal Jadi Perintis Perkhidmatan Penyiaran DTT

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia bakal mempunyai perkhidmatan penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) menjelang 2016 sekali gus menjadi negara Asean yang menerajui bidang itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata saluran TV percuma dikenali sebagai MYTV merupakan sebahagian daripada agenda transformasi kerajaan bagi keperluan sistem penyiaran pendigitalan.

"Kalau apa yang kita rancangkan ini menjadi kenyataan, Malaysia adalah antara negara ASEAN yang ke depan sekali dalam bidang ini. DTT yang berasas kepada teknologi baharu bukan sahaja merangkumi liputan menyeluruh tetapi juga dapat meningkatkan kualiti industri kandungan dengan lebih maju," katanya pada majlis pelancaran MYTV di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara Rabu malam.

Hadir sama Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd, Datuk Hilmi Mohd Noor iaitu syarikat yang dipertanggunjawab melaksanakan projek DTT, Pengarah Projek Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dan Ketua Pegawai Pembangunan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

DTT bakal dilaksana melalui empat fasa bermula dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Januari 2015, fasa 2 merangkumi Sabah dan Sarawak; fasa 3 bermula di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala fasa terakhir meliputi Selangor, Lembah Klang, Putrajaya serta semua kawasan bandar.

Sektor DTT yang dinamik juga dilihat mampu memperkukuh kemampuan Malaysia dalam mempertingkat daya inovasi, reka bentuk, hasil cipta dan pasaran produk baharu untuk menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.

Ahmad Shabery berkata projek DTT akan dimulakan di kawasan pedalaman kerana selain semangat menyediakan kemudahan terkini kepada rakyat bawahan, modul itu juga lebih mudah memandangkan cabaran teknikal untuk bertukar daripada sistem analog kepada digital adalah besar.

"Kami berharap untuk memiliki 100 hingga 200 saluran dalam pasaran dan boleh membangunkan lebih banyak saluran pada masa akan datang," katanya.

Merujuk United Kingdom yang mengambil masa 12 tahun untuk memiliki saluran penyiaran digital sendiri, beliau optimis projek DTT negara dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun seperti dirancang dengan memperlihatkan pengalaman Malaysia yang pernah melalui proses itu.

Sementara itu, Hilmi berkata projek DTT adalah permulaan kepada era industri penyiaran tanah air yang akan memberi tumpuan kepada tiga aspek kumpulan utama iaitu stesen penyiaran, penerbit rancangan dan penonton.

"Gerak kerja kami merangkumi semua peringkat akar umbi untuk memastikan setiap rumah di negara ini dapat menikmati DTT serta faedahnya menjelang pertengahan tahun 2016," katanya.

--BERNAMA

Baca juga

Wednesday, March 26, 2014

Klout Score Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang @NajibRazak @Shaberyc @KhairyKJ



Klout Score Perdana Menteri - 79



Klout Score beberapa orang pemimpin kerajaan









Klout Score pemimpin pembangkang













Klout Score saya sendiri selepas PRK Kajang


Klout Score @TunFaisal - 78


Klout Score Tun_Faisal - 76



Friday, November 29, 2013

Persidangan #MahasiswaNasional - Platform Mahasiswa IPTA dan Luar Negara Cadang Usul @ShaberyC @RazaliIbrahim



“Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee)" - Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT



KENYATAAN AKHBAR BERSAMA


YANG BERHORMAT DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi dan Multimedia 
merangkap Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara

DAN


YANG BERHORMAT DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri 
merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia


Persidangan Mahasiswa Nasional 2013



Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara. 



Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.




Perubahan pendekatan ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat:-



a. memberi pendedahan kepada Mahasiswa Nasional kepada asas perdebatan dalam Parlimen;

b. mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda di kalangan Mahasiswa Nasional; dan
c. melatih Mahasiswa Nasional agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.


Dalam persidangan kali ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :- 



i. Politik 

“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”


ii. Ekonomi

“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”


iii. Agama

“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”


iv. Pendidikan 

“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”


Seramai SEMBILAN (9) orang Pakar Bidang turut dijemput untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka adalah:-



i. Politik

YBhg Datuk Fuad Hassan 

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas – JASA)

YBhg Datuk Zulkifli Nordin
(Mantan Pemimpin Kanan PKR /  Peguam)


ii. Ekonomi    

YBhg Prof Dr Noor Azlan Ghazali

(Timbalan Naib Canselor UKM – Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

YBhg Norizan Shariff
(Pengarah Kanan Stakeholder, Teraju)

YBhg Dr Zubir Harun
(Pengerusi  Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia – AIM)
iii. Agama

YBhg Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali
(Presiden JATI)

YBhg Dr Fathul Bari Mat Jahaya
(Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia)


iv. Pendidikan

YBhg Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar

(Naib Canselor Universiti Teknologi MARA)

YBhg Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dato’ Haji Dasuki
(Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah – YADIM)


Pada penghujung persidangan ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk:-


i. mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk RESOLUSI kepada kepimpinan tertinggi UMNO. 

ii. mengenal pasti jurucakap-jurucakap yang berpotensi untuk diketengah di dalam Persidangan Sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia 2013 .


Popular Posts