Showing posts with label Kamalanathan. Show all posts
Showing posts with label Kamalanathan. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

RPK's middle name is `Penipu'?


i) cium tangan atau tidak?



ii) P.Kamalanathan menipu tentang latar belakang pendidikannya?

Someone said me that `Penipu' is Malaysia Today RPK's middle name. He jokingly said that RPK's name is Raja Penipu Kamarrudin. To affirm this, the guy showed me the most recent evidences on top of many previous evidences. So, tengok-tengoklah sebelum terima bulat dan diperbodohkan RPK seperti yang pernah dilakukan oleh Kumpulan Reformasi 1998 apabila menipu tentang racun arsenik, suntikan HIV dan sakit tengkuk....

Adakah RPK meminta maaf selepas menipu? Tidak. Adakah sedikit rasa bersalah pun selepas menipu dan memfitnah?

Adakah ini memang sifat dan sikap sebenar PR?

dari Free Malaysia Today - artikel

Fake Degree? RPK zeroes in on Kamalanathan


Verbal confirmation from Olympia College

News portal Malaysian Insider also reported article today that Olympia College had verbally confirmed that Kamalanathan was a registered student at the college and completed his course.

Olympia's academic director Tan Chee Seng said Kamalanathan's actual student record was no longer available.

However, he added that he remembered Kamalanathan, and he confirmed that Kamalanathan did an external course in communications, majoring in public relations with the Australian varsity.

Tan also explained that universities sometimes kept separate registers for off-campus students and that might explain why a search of the ECU alumni roll turned up nothing, as claimed by Raja Petra.

Tan also revealed that Olympia College processed only one batch of students with ECU before both sides terminated the programme in 2004.

In a previous posting, Raja Petra had said that Olympia College did not offer a Bachelor in Communications and that ECU did not offer off-campus courses in the subject.

Kamalanathan had previously said that he completed the course entirely off-campus.

Friday, April 16, 2010

Saya berjanji bekerja 'siang dan malam' - Kamalanathan



Utusan Malaysia

HULU SELANGOR 15 April - Calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan, 44, berjanji untuk bekerja keras 'siang dan malam' demi kebajikan rakyat di kawasan Hulu Selangor sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 25 April depan.

Kamalanathan juga berjanji untuk menjadikan dirinya milik rakyat dengan tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan Hulu Selangor, seiring dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini jika BN kembali memerintah Selangor.

Katanya, pendekatan mesra rakyat akan digunakan bagi memenangi hati pengundi dengan matlamat utamanya adalah untuk menyedarkan rakyat di kawasan itu betapa pembangunan akan hadir serta-merta jika calon BN menguasai semula negeri ini.

''Saya yakin akan menang dan faham apa yang diperlukan penduduk di sini. Saya akan berenang, timbul atau tenggelam bersama rakyat Hulu Selangor dan tidak akan pulang ke Kota Bharu sebaik memenangi pilihan raya.

''Seluruh jentera akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN di sini. Iltizam saya adalah untuk berikhtiar sehabis mungkin bagi menghadiahkan Hulu Selangor kepada Perdana Menteri sempena setahun mentadbir kerajaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 5,000 penyokong di Markas Induk BN di Bukit Sentosa di sini hari ini.

Pemilihan Kamalanathan melenyapkan spekulasi mengenai pemilihan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan sebagai calon BN di kawasan berkenaan.

Kamalanathan menambah, beliau hanya mengetahui mengenai pencalonannya tengah hari tadi setelah dimaklumkan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya, beliau benar-benar terharu dengan kepercayaan diberi MIC dan BN sehingga menitiskan air mata.

''Umpama askar yang diarah ke medan perang, saya akan bekerjasama dengan askar-askar lain bukan sahaja untuk mempertahankan kubu malah bergerak gagah menawan kubu lawan," ujarnya.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Palanivel pada majlis itu, beliau percaya Timbalan Presiden MIC itu turut merestui pencalonannya pada pilihan raya berkenaan.

''Saya dicalonkan kerana restu Presiden dan Timbalan Presiden BN serta MIC. Begitu juga dengan majlis tertinggi parti dan pemimpin komponen BN, kebanyakan mereka hadir ke sini memberi sokongan.

''Saya kenal para penyokong Palanivel dan telah bertemu dengan mereka. Mereka akan terus saya dekati bagi mendapatkan kerjasama kerana saya tidak boleh berdiri seorang diri," katanya.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC bagaimanapun enggan mengulas mengenai lawannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

''Saya tidak mahu ulas tentang beliau. Biarlah kerja kita yang membuatkan BN menang dan kita akan turun padang. Apa yang penting, saya tidak akan pulang ke Kota Bharu sebaik menang kerana saya cuma tinggal di Sungai Choh, Rawang," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Lagi maklumat mengenai Kamalanathan baca di sini - http://novandri.blogspot.com/2010/04/kamalanathan-kamal-blogger-truth.html


Popular Posts