Showing posts with label Sinchew. Show all posts
Showing posts with label Sinchew. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Sinchew berusaha menangkan Ketua Menteri Paling Dibenci Dalam Sejarah Pulau Pinang


Lim Guan Eng dikenali sebagai Ketua Menteri Paling Dibenci dalam Sejarah Pulau Pinang. Bekas Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Guan Eng sebagai seorang diktator cauvinis berfikiran komunis. Dakwaan Zahrain mungkin ada asasnya kerana dalam beberapa tindakan, ia dilakukan secara autokratik tanpa meminta pandangan dan nasihat pihak lain selain dari tidak mendengar nasihat rakyat.

Rakyat Pulau Pinang merintih apabila gerai-gerai dirobohkan, tindakan zalim ke atas pemilik restoran dan peniaga di KOMTAR. Rakyat Pulau Pinang juga marah kerana kegagalan Guan Eng menyelesaikan masalah Kg Buah Pala dan banjir yang menyusahkan rakyat sejak sekian lama (klik). Kegagalan untuk memahami sensitiviti umat Islam menyebabkan wang kelab lumba kuda digunakan untuk warga emas sehingga rakyat menjadi marah. Adakah wakil rakyat Islam dalam Pas dan PKR tidak ditanya sebelum tindakan ini dibuat?

Ini tidak termasuk penipuan dalam kes kerusi di Bukit Bendera (klik), dalam pengumuman bantuan sekolah agama (klik), pendapatan Pulau Pinang (klik), rumah kos rendah (klik), pengurusan air (klik), jalan alternatif bebas tol (klik) dan claim mileage tentang penurunan jenayah di Pulau Pinang walaupun itu sebenarnya usaha BN melalui NKRA.

Guan Eng juga gagal mengemukakan sebarang dasar yang jelas untuk memelihara dan memartabatkan agama Islam dan usaha merapatkan jurang pendapatan antara kaum bukan Cina dengan kaum Cina, serta langkah untuk menyelesaikan masalah perumahan, pekerjaan dan perniagaan Bumiputera di Pulau Pinang.

Banyak lagi perkara yang hendak disenaraikan di sini bagi menunjukkan kebencian rakyat terhadap Guan Eng. Tidak mustahil kenapa Guan Eng diserang (klik) dan diugut bunuh (klik) oleh rakyat Pulau Pinang yang membncinya.

Jadi Sinchew - tak perlulah memburukkan Koh Tsu Koon, kerana koh Tsu Koon tidak pernah dibenci oleh rakyat seperti rakyat membenci Lim Guan Eng! Kempen DAP untuk mempertahankan Pulau Pinang telah bermula. Malangnya editorial Sinchew amat berat sebelah. Adakah Timbalan Editor Sinchew dirasuah untuk berbohong kepada rakyat tentang Guan Eng bagi memastikan DAP terus berkuasa?

___________________________________________

Sinchew Daily ms 38
19 Ogos 2011

Pulau Pinang Timbul Banyak Isu
Lim Swee Guan
Timbalan Editor

Selepas negeri Selangor, diikuti pula Pulau Pinang. Timbul banyak masalah. 4 hari lepas, ibu pejabat DAP Pulau Pinang disimbah dengan cat, pada awal pagi Khamis tempat itu dibakar orang pula, Bangunan Pejabat Perbandanran Bukit Mertajam juga jadi mangsa.

Walaupun tidak dapat dikenal pasti angkara siapa, tetapi tanggapan orang pasti tidak terkeluar dari isu politik.

Jika dibandingkan dengan negeri Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang agak lebih kukuh, kerana penduduk kaum Cina di Pulau Pinang seramai 40.9 peratus, dan prestasi kerajaan negeri juga amat memberangsangkan, contohnya pada tahun lepas pelabur asing membawa masuk 12.238 billion ringgit, mencatat yang tertinggi di seluruh negara; ramai pelabur beralih arah ke Pulau Pinang, sedangkan majlah ekonomi juga menyanjung negeri Pulau Pinang daripada takuk yang lama dapat berubah dan membuat pembaharuan.

Sebaliknya BN di Pulau Pinang masih belum jumpa resepi untuk tawan kembali kerajaan Pulau Pinang, malah pengerusi BN Pulau Pinang Koh Tsu Koon berlaku bertikam lidah dengan pengerusi Dewan Cina Pulau Pinang Tan Kok Ping, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin.

Jika BN mahu merampas kembali kerajaan Pulau Pinang, BN sepatutnya memilih terlebih dahulu bakal ketua menteri Pulau Pinang yang akan datang. Tubuhkan satu pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang. Calon tersebut sepatutnya calon yang tinggal dan menetap di Pulau Pinang dan secara terbuka orang itu berani berdepan bertanding di kawasan Lim Guan Eng di DUN Air Putih, bangkitkan semangat BN, supaya rakyat dapat membuat keputusan.

Pada PRU 2008, meletakkan tokoh seperti Ting Hock Nam, Teng Chang Yaw dan Lee Kah Chuan adalah kesilapan besar BN dalam strategi itu; selepas kalah teruk dalam PRU, mereka tidak dapat wujudkan satu kumpulan ataupun wakil untuk bakal ketua menteri akan datang, bermakna kesilapan itu bertambah-tambah.

Koh Tsu Koon asyik diejek, lembik tidak keras (pada awal tahun ini beliau berjanji mahu berubah bertukar kulit, mahu habis-habisan serang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang), sebaliknya atas semangat dalam komponen BN UMNO tidak boleh tukar pengerusi BN negeri. Mereka tidak berani melanggar peraturan itu “membenarkan orang Cina yang menjadi ketua menteri” sebagai perjanjian, sebab itu UMNO hanya mampu membantu perluaskan lagi sokongan orang-orang Melayu di Pulau Pinang pada BN.

Sejak berlakunya isu warong, isu orang-orang Melayu di Pulau Pinang diketepikan, “isu rusuhan di Komtar” dan tunjuk perasaan di Komtar, perhimpunan secara haram membantah Lim Guan Eng, isu politik Pulau Pinang berturut-turut berlaku.

Kerisauan UMNO boleh difahami. Strategi yang begitu agresif mungkin boleh mendapatkan sokongan dari pengundi Melayu, tetapi dikhuatiri akan kehilangan pengundi Cina pula, ia hanya akan menguburkan peluang MCA dan Gerakan yang sudah pun tipis itu.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN, di kawasan di mana orang Cina ramai, terdapat 14 kerusi, kawasan Melayu 10 kerusi, kawasan campuran 16 kerusi, walaupun UMNO boleh menang semua kerusi di kawasan Melayu, paling banyak pun UMNO hanya peroleh 10 kerusi dan tidak mungkin boleh memerintah kerajaan negeri.

Pada akhir tahun lepas UMNO bertukar pengerusi negeri, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid lepaskan jawatan itu dan ketua bahagian UMNO Nibong Tebal Zainal Abidin dilantik sebagai pengerusi negeri, tetapi Zainal Abidin tidak dapat berkesinambungan dengan MCA dan Gerakan untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Chua Sui Lek selepas dilantik menjadi Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang masih belum menampakkan beliau boleh memberi kesan-kesan yang tertentu.

BN sepatutnya hentikan mencabar kerajaan Pakatan Rakyat, kerana ia adalah tindakan yang salah, sepatutnya BN bersungguh-sungguh mengkaji satu rancangan dan strategi PRU untuk di Pulau Pinang, jika tidak BN akan kalah secara berasingan.

Diharap perbalahan politik yang berlaku tidak menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan masyarakat di Pulau Pinang, ibu pejabat DAP dibakar ia hanya satu isu terpencil, sepatutnya politik dibiarakan hanya untuk politik sahaja, biarkan rakyat sendiri yang tentukan siapa pula yang dipilih yang akan memerintah kerajaan untuk masa depan mereka.

Tuesday, August 16, 2011

Sinchew teruskan serangan terhadap MCA @drchuaSL @weekasiongmp

Serangan demi serangan dibuat oleh akhbar Sinchew terhadap MCA. Kali ini bukan sahaja serangan dibuat terhadap MCA, ada juga penipuan dengan mengatakan DAP telah mengotakan janji mereka. SPRM memang perlu menyiasat Timbalan Editor akhbar ini untuk melihat punca sebenar kenapa maklumat yang berimbang tidak diberikan dalam isu DAP dan MCA ini. Hari ini, apabila Perdana Menteri mahu mengkaji semula undang-undang penapisan berita, eloklah pemimpin MCA lebih rajin mempertahankan diri dan menyerang pembangkang.


Sinchew Daily News
m/s 38
12 Ogos 2011

Tekanan Bagi MCA
Lim Swee Guan
Timbalan Editor


Dalam keadaan sekarang ini, sama ada dari segi politik mahupun dari segi ekonomi yang semakin tidak menentu ini, pada PRU akan datang yang terima tekanan yang sangat berat bukan UMNO sebaliknya MCA.

UMNO sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan dan modal politik yang tertentu yang paling asas, sekurang-kurangnya tiket undi di kawasan kampung-kampung masih kukuh dan mantap bagi UMNO, tetapi selepas pembersihan Bersih pada 9 Julai, termasuk inflasi dan kejatuhan saham di seluruh dunia, ia telah menggugat pengudi golongan pertengahan, ia telah merosakkan usaha yang dibuat oleh MCA selama setahun lebih itu iaitu selepas (perebutan kuasa) dalaman MCA.

Ia bukan kerana presiden MCA Chua Sui Lek tidak mampu memikul tanggungjawab, ataupun tidak mempu memimpin, beliau memang diketahui umum bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang ampuh dan mantap, dan mampu mengstruktur semula organisasi di peringkat bawahan, yang mempunyai kemahiran dan kekuatan untuk memimpin di peringkat bawahan; malangnya semasa beliau ambil alih kuasa dari tangan Ong Tee Keat, banyak beban-beban yang berat yang ditinggalkan oleh Ong Tee Keat terpaksa beliau pikul, beliau hadapi tentangan pola kuasa yang menebal. Dalam keadaan seperti itu, beliau secara individu tidak mungkin mampu membuat banyak perubahan.

Bekas pemimpin MCA Ling Liong Sik dan Chong Kong Choi didakwa, Chua mengkritik rakan-rakan dalam parti, termasuk Chen Ya Ying dari Gelang Patah yang tidak hadir dalam aktiviti-aktiviti parti di peringkat kawasan dan bahagian, mengkritik Chang Xie Seah yang dikatakan tidak layak mengkritik isu “balik Pulau Pinang untuk membantu suami”, Chua menghentam Heng Seai Kie kerana menyokong calon bertanding ketua kampung dari wanita PKR, mengkritik dalaman MCA Pulau Pinang kerana bertelagah sesama sendiri, ini telah menampar muka MCA sendiri.

Dilema dan masalah yang MCA hadapi seperti di bawah:

1. Polisi telah terbentuk kekal. Selepas PRU Mac 2008, kerajaan BN lancarkan projek-projek perubahan ekonomi dan politik, tetapi dari segi keseluruhannya polisi itu tidak nampak berubah, MCA laungkan mahu ambil bahagian dalam membuat keputusan dalam polisi kerajaan, sehingga sekarang tidak nampak kesan-kesannya, termasuk isu pengiktirafan sijil-sijil gabungan sekolah menengah swasta Cina.

Sebelum ini Chua telah mengaku, ada sesetengah pagawai di Kementerian Pelajaran tidak menjurus untuk membantu perpindahan dan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, dan mereka juga mambantah tanah sekolah rendah kebangsaan untuk diubah kepada tanah sekolah rendah Cina.

Kerajaan BN semasa PRU Mac 2008 telah berjanji mahu bina 6 buah sekolah rendah Cina dan uruskan perpindahan tempat kepada 13 buah sekolah Cina tidak nampak dikotakan semuanya, termasuk isu tanah sekolah rendah Cina di negeri Selangor. Dan MCA hadapi halangan Napoleon, dari segi itu pengundi tetap tidak memahaminya, menyebabkan pada PRU DAP dapat ambil kesempatan isu meyerang MCA.

Selain dari itu, MCA lari dan mengelak daripada beberapa isu-isu besar, contohnya dalam aktiviti Bersih 9 Julai dan masalah nisbah penduduk kaum Cina menurun kepada 24.6 peratus.

2. Tekanan daripada Kemelesetan ekonomi disebabkan kejatuhan pasaran saham di Benua Eropah dan Amerika, ramai kaum Cina yang menjalankan aktiviti perniagaan, mereka amat peka tentang kestabilan ekonomi dan pemulihan ekonomi.

Jika ekonomi dunia kedua-duanya meleset, MCA bukan sahaja akan kehilangan tiket-tiket undi, mungkin MCA akan juga kehilangan wang pertaruhan dalam politik.

3. Masalah kehidupan rakyat di kawasan-kawasan undi. Yang paling malang ialah, dalam kawasan MCA ada banyak isu yang perlu segera diselesaikan, contohnya di kawasan parlimen Kuantan isu industri rare earth (tanah nadir), kawasan parlimen Raub yang hadapi masalah isu perlombongan emas, dan dalam masa 2 tahun kawasan Kluang berlaku 3 kali catuan air.

Ada sesetengah masalah itu yang ditinggalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lepas-lepas, termasuk isu pembayaran pampasan ternakan babi di Negeri Sembilan, janji-janji yang tidak dikotakan.

4. DAP telah mula kotakan janji-janji mereka yang telah mereka janjikan pada PRU lepas, mungkin MCA boleh kritik isu pemilihan ketua kampung itu membazirkan duit kerajaan, tetapi di Kampung Baru Cina mereka sekurang-kurangnya diberi peluang untuk peroleh tiket undi ke-3 untuk mengundi.

DAP telah laksanakan pemberian air percuma di negeri Selangor serta kupon membeli-belah, kerajaan Pulau Pinang memberi 100 ringgit kepada orang-orang golongan tua dan anak-anak yang baru lahir, ini juga alat penyebaran propaganda yang kuat untuk DAP.

Dalam beberapa tahun ini, MCA laksanakan banyak kerja-kerja mereka, termasuk lancarkan perubatan dan kesihatan 1 Malaysia membantu golongan miskin untuk semua kaum, tetapi dari segi keseluruhannya ia tidak memberi keuntungan kepada parti yang berasaskan kaum Cina itu, ini bukan kesilapan-kesilapan yang sepatutnya berlaku.

Wednesday, August 10, 2011

#Murtad Akhbar Cina serang Hassan Ali, SPRM sila siasat!


Jelasnya Timbalan Editor akhbar Sinchew, Lim Swee Guan hanya merupakan rubber stamp kepada kerajaan PR Selangor tanpa kemampuan untuk memahami gambaran yang lebih besar.

Matlamatnya hanya untuk mempertahankan kerajaan PR Selangor tanpa memberikan penilaian berimbang terhadap kerisauan masyarakat umat Islam di dalam negeri Selangor terhadap gejala rasuah untuk menukar agama yang dipraktikkan secara meluas dalam negeri yang ditadbir pembangkang itu.

Benarkah akhbar Sinchew bebas? Atau merupakan alat propaganda dan lidah kepada PR?

Mungkin elok juga SPRM masuk menyiasat Lim Swee Guan untuk melihat sama ada dia ada menerima sebarang sogokan dari kerajaan PR Selangor untuk menulis artikel sebegini.

_______________________________________


Sinchew Daily News, m/s 26
8 Ogos 2011

Bermain Api
Lim Swee Guan
Timbalan Editor akhbar

Jabatan agama islam negeri selangor dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor, jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama itu, mereka akan berterus menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.

Rekod lepas-lepas Jabatan Agama Islam negeri Selangor dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini Jabatan Agama Islam negeri Selangor pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara pas dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, beliau mahu Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi.

Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila kementerian sumber manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, kementerian dalam negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.

Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor menggeledah dan memecah masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC), selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu meminta Jabatan Agama Islam Selangor ajukan laporan; dan Puan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua Jabatan Agama Islam negeri Selangor berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu.

Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.

Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor. “Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam”, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.

Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan Kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak, jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.

Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.

Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik; suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama” ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.

Tentang isu Naib Censelor UniSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu. Untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.

Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Popular Posts