1. Di Amerika Syarikat (AS), pengambil alihan aset secara sivil atau pelucutanhak sivil (civil forfeiture) dikecam begitu hebat. Ia dilihat sebagai undang-undang yang zalim kerana memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa AS untuk merampas wang dan harta orang awam tanpa perlu membuat pendakwaan ke atas pemilik harta dan tanpa perlu membuktikan seseorang itu bersalah "melangkaui keraguan munasabah."
2. Untuk melaksanakan pelucutan sivil, pihak berkuasa AS hanya memerlukan "syak wasangka" berdasarkan "kemungkinan terdapat bukti yang lebih banyak" bahawa sesetengah harta mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah. Beban pembuktian untuk membuktikan harta-harta ini "tidak bersalah" terletak kepada individu, dan sebelum dibicarakan, harta-harta ini telah pun dianggap "bersalah".
3. Menurut Jared Meyer, felo di Manhattan Institute for Policy Research di dalam artikel bertajuk "Civil Forfeiture Creates a License to Steal", walaupun di peringkat awal, Kerajaan AS memperkenalkan undang-undang pelucuthakan sivil ini untuk memerangi pengedar dadah dan penggubah wang haram, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah disalah gunakan ke atas individu yang tidak bersalah.
4. Sebagai contoh, Jared memetik kisah Carole Hinders dan pihak berkuasa cukai AS (IRS). IRS telah merampas AS$33,000 daripada Carole. Tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas Carole, tetapi IRS mengandaikan bahawa melalui pindahan wang yang berlaku terlalu kerap, Carole sedang melakukan penggubahan wang dan dengan itu IRS telah merampas kesemua wangnya.
5. Selain pertikaian dari segi undang-undang dan moral kerana IRS mengabaikan prinsip "tidak bersalah sehingga terbukti bersalah," tanpa penyiasatan yang mendalam, IRS juga telah menganiayai Carole, pemilik restoran yang hanya menerima bayaran secara tunai di Mexico. IRS wajar melakukan penyiasatan lanjut sebelum merampas semua wang yang sepatutnya digunakan oleh Carole untuk meneruskan operasi perniagaan kecilnya.
6. Menurut Jared, penganiayaan seperti yang dilakukan ke atas Carole ini terlalu biasa. IRS membuat 639 rampasan pada tahun 2012, peningkatan 460% daripada tahun 2005. Hanya 20% daripada rampasan ini membawa kepada kes jenayah, bermaksud kehidupan dan perniagaan 80% individu yang tidak bersalah hancur akibat pelucutanhak sivil di bawah IRS.
6. Menurut Jared lagi, kebanyakan individu tidak mahu berusah payah mendapatkan semula harta mereka. Oleh kerana ini adalah kes sivil, bukan prosiding jenayah, tidak ada sebarang bantuan dari kerajaan untuk mempertahankan diri (atau harta seseorang). "Lebih mudah dan lebih murah, untuk membiarkan kerajaan 'mencuri" harta-harta ini daripada berjuang untuk mendapatkannya kembali," tambah Jared lagi.
7. Nilai harta yang dirampas di bawah pelucutanhak sivil ini meningkat hampir sepuluh kali ganda daripada AS$407 juta pada tahun 2001 kepada $ 4.3 bilion pada 2012. Sepanjang tempoh itu, polis sahaja telah merampas AS$2.5 bilion tunai daripada hampir 62,000 orang tanpa waran atau dakwaan.
8. Apakah yang mendorong peningkatan mendadak kes pelucutanhak sivil ini? Jared menjelaskan, untuk setiap rampasan, hasil rampasan itu akan dipindahkan ke dalam akaun Dana Perlindungan Aset, Jabatan Kehakiman AS (DoJ), dan dana ini boleh disalurkan kembali kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang membuat rampasan. Pada waktu yang sama, dana yang disita oleh penguatkuasa undang-undang tempatan juga boleh dipindahkan ke peringkat persekutuan dan 20% daripadanya akan masuk ke dalam akaun Dana DoJ.
9. Dakwaan Jared ini ada asasnya. Dalam kes saman sivil ke atas bekas Presiden Taiwan yang mengambil masa selama 6 tahun, selepas anak-anak bekas Presiden Taiwan ini tidak mahu meneruskan penentangan terhadap DoJ kerana kos guaman telah menjadi terlalu tinggi, kerajaan AS hanya mengembalikan AS$1.5 juta kepada Taiwan pada tahun 2016, iaitu selepas dua hartanah yang terlibat dijual.
10. Jumlah ini dilihat terlalu sedikit berbanding nilai sebenar dua hartanah tersebut. Dua hartanah ini berharga AS$2.1 juta pada tahun 2008. Selepas 8 tahun, iaitu pada tahun 2016, tentulah harga dua hartanah ini telah meningkat berkali ganda. Logikkah selepas 8 tahun, nilai hartanah ini tidak meningkat sama sekali, sebaliknya menurun? Hanya AS$1.5 juta dipulangkan kepada Taiwan. Bagaimanakah nilai AS$1.5 juta ini ditentukan dan berapa % dari nilai sebenar yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Taiwan ini dimasukkan ke dalam tabung Dana DoJ?
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendukung, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan...
-
Nama je parti Keadilan, tetapi TIDAK ADIL - itu yang diperkatakan oleh ahli dan penyokong PKR apabila mempersoalakan keadilan berpilih ...
-
Kata seorang rakan yang berkunjung ke LCCT baru-baru ini - "Tiada bilik, tiada lounge, tiada sofa, tiada partition pun. Tempatnya terbu...
-
'NEP not to blame for decline in FDIs' http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/MATLID/Article/ NST Business Times pB...
2 comments:
Temberang jangan kuat sangat, simpan sikit kwbodohan tu..
Undang² tetap undang² di mana pun, mempertahankan hak atau akur dirampas jika ducuti atau pemilikan tidak sah.
Jilat sampai licin....
Post a Comment