1. Rafizi Ramli kelihatan bodoh dan umpama badut apabila Pkr Selangor membuat kenyataan u-turn dalam hal RUU355.
2. Dalam kenyataan media Penerangan Pkr Selangor pada 11 April 2017, disebut bahawa Pkr Selangor "menyokong apa-apa usaha positif untuk memartabatkan undang-undang syariah serta institusi Mahkamah Syariah" dan "sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana anggota parti adalah bersifat peribadi sepertimana yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk NGO Invoke".
3. Pkr Selangor juga mengakui dan mengesahkan "Pencerahan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan YB Takiyuddin Hassan adalah bukti bahawa RUU 355 bukanlah berkaitan undang-undang hudud dan ianya tidak melibatkan orang bukan Islam."
4. Tindakan 'u-turn' oleh Pkr Selangor ini tidak sukar difahami. Selepas melihat Ahli Parlimen Pandan dikecam hebat oleh umat Islam Malaysia, termasuk kecaman ini menjadi trending di laman facebook dan twitter, timbul rasa gentar di kalangan pemimpin Pkr bahawa mereka bakal menerima kesan politik akibat perbuatan dan kenyataan Rafizi.
5. Kepimpinan Pkr mungkin sudah mencongak bahawa perbuatan biadap Rafizi ini bakal menghilangkan sokongan umat Islam dan penyokong Pas terhadap Pkr bukan sahaja di negeri Selangor, tetapi juga di seluruh negara.
6. Nampaknya Pkr semakin sedar undi penyokong Dap belum tentu dapat menjamin survival politik mereka di Selangor dan Permatang Pauh. TANPA SOKONGAN UMAT ISLAM DAN PENYOKONG PAS, Permatang Pauh dan Selangor pasti bertukar tangan.
7. Inilah keindahan dan kekuatan apabila umat Islam bersatu. Bayangkan jika tiada langau politik seperti Parti Pribumi dan Pan. Sudah pasti parti cauvinis dan sekularis Dap tidak mempunyai tempat dalam negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Mungkinkah ini akan terjadi? Siapa Ku Li sebenarnya? Di mana bukti kesetiaannya? Pada tahun 1998, dalam usaha untuk membela Anw...
-
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
-
Orang Sarawak jangan sampai dipijak-pijak Guan Eng macam gambar di atas Kononnya Dap sungguh berjaya di Semenanjung? Itulah yang dijual oleh...
-
1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hi...
-
Semalam melalui twitter , Tricia Yeoh cuba memperlekehkan sumbangan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemodenan Mala...
-
Saifuddin lupa Tun Daim tak kayakan ayah dan adik beradiknya, tetapi Anwar? Kroni-Kroni Anwar Ibrahim http://anginperubahan....
-
DAKWAAN 1 HUKUM GST ADALAH HARAM – Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus • Hukum memungut cukai bersif...
-
Mujurlah kejadian menggunakan pedang samurai. Jika gunakan bom? Mungkin selepas mayat bergelimpangan baru kita boleh tahan penggana...
No comments:
Post a Comment