Tuesday, October 25, 2016
Menjawab pertanyaan dan perilaku aneh Husni dan Ezam
Ramai yang tanya saya bagaimana nak menjawab soalan 'maut' Husni Hanadzlah dan kenyataan Ezam Mohd Noor. Jawapan saya:-
1. Husni bertanya semasa sesi pembentangan usul di Dewan Rakyat. Memandangkan soalan ini ditanya oleh Husni semasa sidang Dewan Rakyat, maka lebih molek dan sesuai jika ia juga dijawab oleh Menteri di Dewan Rakyat semasa penggulungan nanti. Tidak sesuai pula jika mendahului menteri.
2. Bagaimanapun, suka dinyatakan bahawa Husni sendiri pernah menjawab soalan mengenai penubuhan 1MDB. Dalam kenyataan pada 20 Februari 2015, Husni menyebut, "1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan. Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya." (lihat paparan skrin)
3. Ezam pula pada pandangan saya hanya makhluk yang sedang cuba menangguk di air keruh. Ezam secara jelas menyatakan dia tidak mempunyai akses terhadap fail berkaitan. Jika begitu kesnya, anggap sajalah, Ezam ini tidak mempunyai maklumat mengenai soal ini.
4. Dakwaan Ezam ini sejak dulu lagi ada bermacam-macam, termasuk cerita 6 kotak berisi dokumen rahsia. Bagaimanapun sampai sekarang, tiada sebarang bukti dikeluarkan dan tiada sesiapa pula yang didakwa berkaitan kotak tersebut termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
5. Sebenarnya bukan semua orang boleh mendapat akses kepada fail-fail tertentu, lebih-lebih lagi Ezam yang mempunyai sejarah mengkhianati kerajaan dan pernah membuat ugutan untuk membocorkan rahsia kerajaan. Jika saya yang mengendalikan fail tersebut, saya sendiri tidak akan menyerahkannya kepada Ezam. Bukan fail 1MDB saja, malah fail-fail lain pun tidak mungkin saya serahkan kepada seseorang yang berisiko tinggi.
6. Oleh kerana Ezam tidak mempunyai sebarang akses kepada fail berkaitan, maka tidak perlulah Ezam membuat sebarang dakwaan berdasarkan andaiannya semata-mata. Dalam soal SRC, SPRM telah membuat siasatan dan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan berdasarkan laporan media, Peguam Negara pada 26 Januari 2016 menjelaskan bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri menyalah gunakan kedudukannya. Manakala proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri pula dibuat secara teratur. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri meminta atau dijanjikan sebarang suapan daripada sebarang pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat. Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah. Panel Penilaian Operasi SPRM juga pada 26 Februari 2016 telah meminta SPRM melengkapkan siasatan mereka.
7. Berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi, Ketua Audit Negara telah menjelaskan bahawa beliau sendiri yang mengklasifikasikannya sebagai Rahsia selepas berlaku kebocoran laporan interimnya. Laporan Audit ini telah diteliti oleh PAC yang terdiri daripada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Dapatan daripada Laporan Audit JAN ini juga ada disebut dan dimasukkan di dalam Laporan PAC setebal 106 muka surat.
8. Husni sepatutnya lebih beretika dan berintegriti dalam hal ini. Membuat pertanyaan berkaitan Kerajaan yang pernah dianggotainya dalam penggal ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan portfolionya sendiri sebenarnya agak janggal, tidak beretika dan berintegriti. Lebih-lebih lagi jika ada di antara pertanyaan tersebut pernah dijawab oleh Husni sendiri sebelum ini. Sebagai mantan Menteri Kewangan II dan bekas jurucakap kerajaan dalam hal 1MDB, sepatutnya dia sudah tahu serba serbi berkenaan 1MDB, lebih-lebih lagi pertanyaan yang pernah dijawabnya sebelum ini.
9. Ezam pula bagaimana? Abaikan sahaja makhluk yang sudah tiada kredibiliti kerana fantasi 6 kotak dokumen rahsia yang dijajanya selama ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Is Murphy Pakiam responsible to bring the Catholics back to the `right path'? I would like to share a number of interesting thoughts by ...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
UN to vote on MH17 disaster resolution on July 21, 2014 Pro-Russian rebels hinder OSCE monitors full access to MH17 crash site ...
-
Satu demi satu dakwaan Tun M dibuktikan tidak berasas, palsu dan pembohongan Media statement issued by 1Malaysia Development Berhad on 16 ...
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 Pergi Penampar Tian Chua http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/03/rm50000-u...
-
1. APAKAH GST? GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) merupakan penambaikan kepada sistem percukaia...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Apabila Tony Pua, melalui twitter , mempersoalkan semangat Malaysia Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila menyatakan be...
2 comments:
Lupakan psl ezam dan kotaknya.
Lupakan juga psl husni "just unitlah" yg juga bekas menteri kewangan 2. Mungkin beliau xtau apa hanya sekadar baca skrip ketika itu.
Mari kita berbicara psl menteri kewangan 1 yg masih ada yang juga mewujudkan 1mdb.
1. Berapakah hutang terkumpul 1mdb?
2. Berapakah peluang pekerjaan dijana dari 1mdb?
3. Mof telah mnyerap 1mdb, siapakah yg bertanggungjawab mnyelesaikan hutang 1mdb?
4. Didalam bajet tidak diterangkan peruntukan utk mnyelesaikan hutang 1mdb mahupun rancangan utk mnyelesaikan kesemua hutangnya. Bagaimana mof boleh membayar hutang 1mdb yg tidak dinyatakan didalam bajet?
6. Apakah tindakan yg diambil terhadap pengurusan 1mdb yg kebetulan telah tersalah byr kpd syarikat bukan milik ipic yg kebetulan milik jho low yg kebetulan naik kapal mewah bersama2 menteri 1 sekeluarga?
7. Sebagai badan pemikir, apakah sebenarnya yg difikirkan?
8. Adakah berfikir bagaimana nk mnyelesaikan hutang 1mdb tanpa mengambil sesen pun duit kerajaan atau pun menjual aset negara?
9. Atau berfikir jalan mcm mana sekalipun nk putar asal imej najib bertambah baik?
Lupakan psl ezam dan kotaknya.
Lupakan juga psl husni "just unitlah" yg juga bekas menteri kewangan 2. Mungkin beliau xtau apa hanya sekadar baca skrip ketika itu.
Mari kita berbicara psl menteri kewangan 1 yg masih ada yang juga mewujudkan 1mdb.
1. Berapakah hutang terkumpul 1mdb?
2. Berapakah peluang pekerjaan dijana dari 1mdb?
3. Mof telah mnyerap 1mdb, siapakah yg bertanggungjawab mnyelesaikan hutang 1mdb?
4. Didalam bajet tidak diterangkan peruntukan utk mnyelesaikan hutang 1mdb mahupun rancangan utk mnyelesaikan kesemua hutangnya. Bagaimana mof boleh membayar hutang 1mdb yg tidak dinyatakan didalam bajet?
6. Apakah tindakan yg diambil terhadap pengurusan 1mdb yg kebetulan telah tersalah byr kpd syarikat bukan milik ipic yg kebetulan milik jho low yg kebetulan naik kapal mewah bersama2 menteri 1 sekeluarga?
7. Sebagai badan pemikir, apakah sebenarnya yg difikirkan?
8. Adakah berfikir bagaimana nk mnyelesaikan hutang 1mdb tanpa mengambil sesen pun duit kerajaan atau pun menjual aset negara?
9. Atau berfikir jalan mcm mana sekalipun nk putar asal imej najib bertambah baik?
Post a Comment