Kenyataan media oleh 1MDB. 18 Julai 2015
Perkembangan terbaru mengenai Pelan Rasionalisasi
Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat, 1MDB memulakan sebuah kajian strategik pada bulan Januari 2015, yang mana hasilnya telah diumumkan pada 18 Februari 2015.
Kajian strategik tersebut mengenalpasti keperluan untuk menyatukan aktiviti-aktiviti syarikat, meningkatkan tadbir urus korporat dan menjana dana (monetise) daripada aset-aset untuk mengurangkan hutang syarikat.
Hasil serta merta daripada kajian strategik tersebut adalah pelaksanaan usaha sama pada bulan Mac 2015 dengan Lend Lease dari Australia untuk membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).
Dengan tidak mengambil kira kejayaan awal ini dan hakikat bahawa 1MDB adalah 100% dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, kami menjadi subjek kepada kempen berterusan dan tidak berasas yang bermotifkan politik oleh beberapa ahli politik pembangkang tertentu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disokong pula oleh beberapa saluran media cetak dan online tertentu.
Pihak-pihak ini bukan sahaja melemparkan fitnah terhadap 1MDB malah menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj urusan perniagaan harian syarikat, yang mana memberikan impak terhadap, antaranya, cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) oleh Edra Global Energy. Pelbagai dakwaan tidak berasas dilemparkan, antaranya, “RM42 bilion hilang” dan “aset berjumlah RM16 bilion tidak bernilai” serta dakwaan bahawa 1MDB telah bersubahat untuk menyalurkan dana kepada pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, 1MDB dan pemegang saham 100% syarikat, iaitu Kerajaan Malaysia, kini sedang dalam proses melaksanakan sebuah pelan rasionalisasi, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015. Sejak itu, 1MDB telah mengambil pelbagai langkah konkrit untuk mengurangkan hutang syarikat dan memastikan nilai maksimum dihasilkan.
Khususnya, kami telah melangsaikan pembayaran semula pinjaman USD975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) pada 8 Jun 2015. Ini dilakukan setelah perjanjian kertas terma yang mengikat (binding term sheet agreement) dimeterai dengan IPIC yang akhirnya akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.
Pada 30 Jun 2015, kami mengumumkan niat kami untuk melantik penasihat hartanah bebas untuk membantu mengkaji ekspresi minat (expressions of interest) yang diterima untuk tanah-tanah syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.
Secara berasingan, seperti yang diumumkan oleh penasihat hartanah bebas kami C H Williams Talhar and Wong, kami telah menerima ekspresi minat (expressions of interest) daripada lebih 40 pihak dari dalam dan luar negara untuk menjadi rakan usahasama pembangunan bagi projek Bandar Malaysia kami yang berkeluasan 486 ekar.
Selain itu, kami mengumumkan pada 16 Julai 2015 bahawa 1MDB telah menerima tawaran indikatif, tidak terikat (non-binding) daripada beberapa pihak, dalam dan luar negara, berkenaaan proses penjanaan dana (monetisation) pelaburan kami dalam Edra Global Energy Berhad.
Secara keseluruhan, langkah-langkah penting oleh 1MDB ini akan menurunkan kadar hutang dengan ketara dan memastikan kemampanan jangka panjang tiga aset utama kami, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.
Seperti yang dicerminkan dalam beberapa inisiatif yang sedang dijalankan, 1MDB menumpukan kepada dan sedang mencapai kemajuan yang baik dalam pelaksanaan pelan rasionalisasi kami.
Dalam masa yang sama, pihak syarikat sedang bekerjasama penuh dan memberikan maklumat-maklumat kepada pihak-pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan dengan profesional dan teliti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Is Murphy Pakiam responsible to bring the Catholics back to the `right path'? I would like to share a number of interesting thoughts by ...
-
1. APAKAH GST? GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) merupakan penambaikan kepada sistem percukaia...
-
RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 Pergi Penampar Tian Chua http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/03/rm50000-u...
-
UN to vote on MH17 disaster resolution on July 21, 2014 Pro-Russian rebels hinder OSCE monitors full access to MH17 crash site ...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dipetik dari Malaysian Insider Armed for cyberwar, Umno Youth wants ammo from Putrajaya The Malaysian Insider  By Shannon Teoh KUALA LUMPUR...
-
Satu demi satu dakwaan Tun M dibuktikan tidak berasas, palsu dan pembohongan Media statement issued by 1Malaysia Development Berhad on 16 ...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
24 blog pro-BN, berbanding 6 blog pro-Pembangkang dalam senarai Top 30 Ranking Blog Politik Malaysia. Blog tun faisal dot com berada di tang...
No comments:
Post a Comment