Wednesday, January 21, 2015

Kenapa langkah intervensi Najib kecewakan pengkritik?


We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control - Najib Razak


Perkataan “kita bukan dalam keadaan krisis” tidak dapat diterima oleh pengkritik Perdana Menteri Najib Razak. Diakui kedudukan kewangan negara tidak sebaik tahun-tahun sebelumnya, tetapi hakikatnya, ia bukan kegawatan akibat krisis matawang seperti pada tahun 1998 atau kelembapan ekonomi tahun 2009.

Terdapat tiga perkara utama yang menjejaskan pelaksanaan total Bajet 2015, iaitu penurunan harga petroleum, penyusutan nilai ringgit dan bencana banjir besar baru-baru ini.

Penurunan harga minyak global mengakibatkan pendapatan negara berkurang. Bagaimanapun bertentangan dengan andaian popular, pendapatan Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada petroleum kerana ia hanya 4.5% daripada keseluruhan eksport Malaysia yang pelbagai.

Pada tahun 2014, anggaran cukai petroleum adalah RM 28 bilion berbanding keseluruhan pendapatan negara iaitu sebanyak RM 224 bilion. Justeru walaupun terdapat penurunan harga semasa petroleum, dibantu dengan penjimatan sebanyak RM 10.7 bilion hasil rasionalisasi subsidi bahan api, pendapatan negara cuma berkurang sebanyak RM 8.3 bilion bagi melaksanakan keseluruhan cadangan Bajet 2015 yang diluluskan tahun lepas.

Mungkin pengkritik berharap agar lebih banyak pengurangan perbelanjaan dibuat. Walaupun kelihatan mulia tetapi tidak dikisahkan bahawa pemotongan perbelanjaan yang besar mempunyai kesan langsung yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara, perolehan perniagaan, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat.

Pendekatan `anti-establishment’ ini memang dijangka kerana tanpa pertumbuhan ekonomi, perolehan perniagaan berkurangan, peluang pekerjaan tidak mampu disediakan dan akhirnya dengan kehilangan pendapatan, kebajikan rakyat tidak dapat dibela. Dalam situasi sebegini, sudah tentu usaha mengapi-apikan kemarahan rakyat menjadi lebih mudah.

Kehilangan hasil pendapatan menuntut perbelanjaan dikurangkan, cuma tidak wajar sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi. Pengalaman Malaysia sejak tahun 1998 membuktikan bahawa pemulihan ekonomi akan lebih cepat sekiranya kerajaan terus berbelanja secara bijak untuk terus menjana ekonomi.

Apa yang penting, kerajaan komited untuk memastikan sasaran defisit fiskal adalah pada 3.2%, iaitu hanya bertambah 0.2% berbanding sasaran Bajet 2015 dan lebih rendah berbanding defisit tahun 2014, iaitu 3.5%. Akaun semasa negara juga terus mempunyai lebihan. Berdasarkan rekod, akaun semasa mencatatkan lebihan RM 37 bilion pada tahun 2013 dan dijangka meningkat kepada RM 50 bilion pada tahun 2014.

Strategi pertama langkah intervensi ini jelas menunjukkan kerajaan tidak berhasrat menjumudkan pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya perancangan pembangunan diteruskan dan tumpuan lebih diberikan kepada kegiatan eksport, pelancongan dan perniagaan domestik serta peluang kepada usahawan tempatan.

Apakah yang dijimatkan? Pertama, sebanyak RM 1.6 bilion melibatkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis, mesyuarat dan perkhidmatan profesional. Kedua, RM 400 juta melalui penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015. Ketiga, RM 3.2 bilion melalui kajian semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan. Keempat, RM 300 juta dengan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan.

Apakah yang dikekalkan? Banyak, termasuk Strategi Ketujuh Bajet 2015, iaitu peruntukan bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Antaranya, RM540 juta melalui Bantuan Persekolahan kepada 5.4 juta pelajar, RM 325 juta melalui Program Baucar Buku 1Malaysia untuk 1.3 juta pelajar, RM 6 bilion untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan, melalui usaha pembangunan pertanian, pembangunan dan kebajikan nelayan, termasuk RM 250 juta untuk projek khas perumahan nelayan, bantuan khas kepada pekebun kecil getah dan kelapa sawit, RM 23.3 bilion untuk perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, RM 1.2 bilion bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan banyak lagi, termasuk membantu pemilikan rumah untuk golongan muda, rakyat dan penjawat awam.

Apakah yang ditambah? Strategi ketiga, iaitu Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir. Persoalannya, adakah pengkritik mahu kerajaan membatalkan bantuan kepada mangsa banjir ini atas nama penjimatan?

Tegasnya, tiga langkah intervensi ini bukan mengenai pengurangan perbelanjaan semata-semata, sebaliknya komitmen kerajaan untuk berbelanja lebih berhemah tanpa mengabaikan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

1 comment:

AMISHA said...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

Popular Posts