We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control - Najib Razak
Perkataan “kita bukan dalam keadaan krisis” tidak
dapat diterima oleh pengkritik Perdana Menteri Najib Razak. Diakui kedudukan
kewangan negara tidak sebaik tahun-tahun sebelumnya, tetapi hakikatnya, ia bukan
kegawatan akibat krisis matawang seperti pada tahun 1998 atau kelembapan
ekonomi tahun 2009.
Terdapat tiga perkara utama
yang menjejaskan pelaksanaan total Bajet 2015, iaitu penurunan harga petroleum,
penyusutan nilai ringgit dan bencana banjir besar baru-baru ini.
Penurunan harga minyak
global mengakibatkan pendapatan negara berkurang. Bagaimanapun bertentangan
dengan andaian popular, pendapatan Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada petroleum
kerana ia hanya 4.5% daripada keseluruhan eksport Malaysia yang pelbagai.
Pada tahun 2014, anggaran cukai
petroleum adalah RM 28 bilion berbanding keseluruhan pendapatan negara iaitu
sebanyak RM 224 bilion. Justeru walaupun terdapat penurunan harga semasa petroleum,
dibantu dengan penjimatan sebanyak RM 10.7 bilion hasil rasionalisasi subsidi
bahan api, pendapatan negara cuma berkurang sebanyak RM 8.3 bilion bagi melaksanakan
keseluruhan cadangan Bajet 2015 yang diluluskan tahun lepas.
Mungkin pengkritik berharap
agar lebih banyak pengurangan perbelanjaan dibuat. Walaupun kelihatan mulia
tetapi tidak dikisahkan bahawa pemotongan perbelanjaan yang besar mempunyai
kesan langsung yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara, perolehan perniagaan,
peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat.
Pendekatan `anti-establishment’ ini memang dijangka
kerana tanpa pertumbuhan ekonomi, perolehan perniagaan berkurangan, peluang
pekerjaan tidak mampu disediakan dan akhirnya dengan kehilangan pendapatan,
kebajikan rakyat tidak dapat dibela. Dalam situasi sebegini, sudah tentu usaha mengapi-apikan
kemarahan rakyat menjadi lebih mudah.
Kehilangan hasil pendapatan
menuntut perbelanjaan dikurangkan, cuma tidak wajar sehingga menguncupkan
pertumbuhan ekonomi. Pengalaman Malaysia sejak tahun 1998 membuktikan bahawa
pemulihan ekonomi akan lebih cepat sekiranya kerajaan terus berbelanja secara
bijak untuk terus menjana ekonomi.
Apa yang penting, kerajaan
komited untuk memastikan sasaran defisit fiskal adalah pada 3.2%, iaitu hanya bertambah
0.2% berbanding sasaran Bajet 2015 dan lebih rendah berbanding defisit tahun 2014,
iaitu 3.5%. Akaun semasa negara juga terus mempunyai lebihan. Berdasarkan
rekod, akaun semasa mencatatkan lebihan RM 37 bilion pada tahun 2013 dan
dijangka meningkat kepada RM 50 bilion pada tahun 2014.
Strategi pertama langkah intervensi
ini jelas menunjukkan kerajaan tidak berhasrat menjumudkan pertumbuhan ekonomi.
Sebaliknya perancangan pembangunan diteruskan dan tumpuan lebih diberikan kepada
kegiatan eksport, pelancongan dan perniagaan domestik serta peluang kepada
usahawan tempatan.
Apakah yang dijimatkan?
Pertama, sebanyak RM 1.6 bilion melibatkan perbelanjaan ke atas bekalan dan
perkhidmatan, penganjuran majlis, mesyuarat dan perkhidmatan profesional.
Kedua, RM 400 juta melalui penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
tahun 2015. Ketiga, RM 3.2 bilion melalui kajian semula pemberian dan geran
kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan. Keempat, RM
300 juta dengan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya
peralatan pejabat, perisian dan kenderaan.
Apakah yang dikekalkan? Banyak,
termasuk Strategi Ketujuh Bajet 2015, iaitu peruntukan bagi membela kebajikan
dan kesejahteraan rakyat. Antaranya, RM540 juta melalui Bantuan Persekolahan
kepada 5.4 juta pelajar, RM 325 juta melalui Program Baucar Buku 1Malaysia untuk
1.3 juta pelajar, RM 6 bilion untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan,
melalui usaha pembangunan pertanian, pembangunan dan kebajikan nelayan,
termasuk RM 250 juta untuk projek khas perumahan nelayan, bantuan khas kepada
pekebun kecil getah dan kelapa sawit, RM 23.3 bilion untuk perkhidmatan dan
kemudahan kesihatan rakyat, RM 1.2 bilion bantuan kewangan kepada keluarga
miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan banyak lagi,
termasuk membantu pemilikan rumah untuk golongan muda, rakyat dan penjawat
awam.
Apakah yang ditambah? Strategi
ketiga, iaitu Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta
Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir. Persoalannya, adakah pengkritik
mahu kerajaan membatalkan bantuan kepada mangsa banjir ini atas nama penjimatan?
Tegasnya, tiga langkah
intervensi ini bukan mengenai pengurangan perbelanjaan semata-semata,
sebaliknya komitmen kerajaan untuk berbelanja lebih berhemah tanpa mengabaikan
pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.
1 comment:
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Post a Comment